Mereka berjanji tender Hospital Rembau bagi kerja-kerja bangunan pada fasa kedua dijangka dibuka pada hujung Mei 2012. Kini sudah awal Februari 2013, carian di laman web Tender JKR mendapati tender Hospital Rembau untuk kerja-kerja bangunan masih belum dikeluarkan. Satu lagi janji ditepati untuk pengundi di Rembau sejak tahun 2008. ********* Hospital Daerah Rembau dibina dalam 2 fasa KUALA LUMPUR 29 Mac 2012 - Pembinaan Hospital Daerah Rembau di Negeri Sembilan akan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu melibatkan kerja-kerja tanah dan pembinaan bangunan dengan kos dianggarkan berjumlah RM122.6 juta. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, bagi fasa pertama, Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang menyediakan pelan reka bentuk dan tender bagi kerja-kerja tanah dibuka pada 27 Februari lalu dan ditutup pada bulan ini. "Bagi kerja-kerja bangunan pada fasa kedua, tender dijangka dibuka pada hujung Mei ini," katanya menjawab pertanyaan Datuk Kamarul Baharin Abbas (PKR-Telok Kemang) pada sidang Dewan Rakyat hari ini. http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2013/02/hospital-rembau-bila-agaknya-nak-mula.html

