CERAMAH SAMBUTAN MAULIDUR RASUL Oleh : Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri Tarikh : 27 Feb 2013, Rabu Masa : Selepas Maghrib Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang
Semua dijemput hadir Biodata Dr.Zulkifli Mohamad Al-Bakri Anak jati kelahiran Terengganu ini merupakan seorang graduan bidang Syariah daripada Universiti Islam Madinah. Ketika di sana, beliau berpeluang untuk belajar secara talaqqi dengan beberapa orang ulama besar di Madinah. Kemudian, beliau melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana (Master) di Syria, di samping bertalaqqi dengan ramai ulama seperti Syeikh Sadiq Habannakah, Syeikh Rusdi Qalam, Syeikh Dr. Muhammad Abdul Latif Farfur dan lain-lain. Seterusnya menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Sains Malaysia (USM). Pernah bertugas sebagai pensyarah di USIM dan menjadi Ahli Jawatankuasa Fatwa Terengganu (2005). Selain itu, beliau turut menjadi Panel Kajian Aqidah JAKIM, Panel Kajian Syariah JAKIM, Panel Penasihat Ibadat Haji Tabung Haji dan Panel Syariah Bank Muamalat. Beliau juga telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Maulidur Rasul bagi peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1433H/2012M. Dr. Zulkifli Bin Mohamad TEMPAT LAHIR : Gong Pauh, Kemaman, Terengganu. PENDIDIKAN Sarjana Muda Syariah,Universiti Islam Madinah, Arab Saudi 1989-1993 Sarjana Syariah Universiti Ilmu-ilmu Islam Dan Arab, Syiria: 1994-1997 Doktor Falsafah (Ph.D), USM, Pulau Pinang, Malaysia: 2002-2004. BIDANG KEPAKARAN Fiqh Dan Usulii. JAWATAN: Pensyarah Kanan Kolej Uniti, Port Dickson: 1997 ± 2006. Jawatan Sekarang : Karyawan Tamu USIM Panel Penasihat Syariah Tabung Haji AJK Fatwa Negeri Sembilan dan Negeri Terengganu Panel Kajian Aqidah JAKIM Penulis dan Pendakwah

