Baru-baru ini dalam siri jelajah rumah ke rumah mengedar risalah
manifesto Pakatan Rakyat oleh petugas PAS di DUN Kota dalam Parlimen Rembau
terdapat kisah yang pada mulanya membimbangkan akhirnya menjadi lucu.
 
Tn Hj Harun AJK PAS DUN Kota berkata ketika mereka mengedar risalah di
sebuah taman perumahan dalam DUN Kota, dari jauh kelihatan seorang lelaki India
yang cuba mengelak petugas. Kemudian apabila menghampiri lelaki India
berkenaan, lelaki India berkata ; “Saya tak mahu, saya tak mahu, saya tak mahu
ini”. 
 
Para petugas PAS dah mula gusar, ingatkan akan berlaku kekecohan.
Kemudian lelaki India itu berkata perlahan ; “Saya tak mahu ini risalah, saya
mahu bendera PAS”. Terkejut petugas PAS yang mendengarkan permintaan lelaki
India berkenaan lalu diberikan kepada lelaki India berkenaan bendera PAS.
 
Kalau orang India di kampung-kampung pun kini boleh berubah, boleh
menerima PAS dan Pakatan Rakyat, takkanlah orang Melayu di kampung-kampung di
Negeri Sembilan ini tidak boleh berubah?
 
Kepada mereka yang berada di DUN Kota dalam Parlimen Rembau yang
inginkan bendera PAS untuk diletakkan di halaman rumah mereka sila hubungi Sdr
Izamri 013-2124086 atau Tn Hj Roni 012-2268230.
 
Dapatkan maklumat semasa aktiviti Pakatan Rakyat dalam Parlimen Rembau
di http://rembau-hari-ini.blogspot.com 

Kirim email ke