Semoga perkara ini tidak berlaku di Malaysia. Sebenarnya ianya pernah hampir
berlaku di Malaysia. Ketika itu arwah ayah saya bertugas sebagai BM di Markas
Briged. Berlaku pergaduhan antara polis dan tentera pada ketika itu di sebuah
premis awam. Waktu itu negara masih berada dalam ancaman pengganas komunis awal
tahun 1970an.
 
Arwah ayah saya dapat tahu berita pergaduhan  tersebut dia mengumpulkan anggota 
tentera yang
berani bertempur lengkap dengan senjata dah bersiap sedia untuk menyerang.
Mujur datang Panglima Briged datang berjumpa ayah saya dan anggota tentera lain
yang telah siap untuk bertempur dan menenangkan keadaan. (Tak perlu
campurtangan orang lain atau media untuk mententeramkan keadaan).
 
Menurut emak saya , orang menggelarkan untuk arwah saya ketika bertugas
sebagai “Harimau Berantai”.
 
Itu kisah dulu, sejarah dulu sebagai panduan masa kini. Semoga anggota
ATM dan PDRM kita dilindungi Allah dan diperkukuhkan dalam ukhuwwah Islamiyah
dan perpaduan antara kaum.
 
95 askar serang ibu pejabat polis
8 Mac 2013 
 
JAKARTA - Seramai 95 anggota tentera Indonesia menyerang dan membakar
sebuah ibu pejabat polis dan empat balai polis lain di wilayah Sumatera Selatan
semalam.
 
Mereka dilaporkan marah selepas seorang askar dibunuh anggota polis.
 
Jurucakap polis, Mejar Jeneral Suhardi Alius berkata, empat anggota
polis termasuk seorang ketua polis tempatan ditikam dalam serangan yang berlaku
di daerah Ogan Komering Ulu.
 
Dua anggota polis lain dilaporkan kritikal.
 
Serangan tersebut tercetus selepas anggota tentera ditembak mati oleh
seorang pegawai polis pada Januari lalu berikutan satu dakwaan kesalahan
trafik.
 
Suhardi berkata, anggota-anggota tentera itu pada awalnya mahu mengetahui
proses undang-undang kes tersebut tetapi mereka tidak menjangka ia kemudian
bertukar menjadi ganas. - AP
 
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0308&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm
 

Kirim email ke