Sejarah Angkatan Tentera Malaysia bermula dengan penubuhan Rejimen
Askar Melayu pada 1 Mac 1933 hasil usaha 4 orang pembesar Melayu, 2 orang
pembesar Melayu dari N.Sembilan dan 2 orang pembesar Melayu dari Perak.
 
Kini selepas 80 tahun berlalu , jasa-jasa 4 orang pembesar tersebut
sepatutnya dikenang. Apa yang menyedihkan rumah salah seorang pembesar Melayu
tersebut di Chembong, Rembau dalam keadaan terbiar.
 
Sedangkan rumah berkenaan mempunyai banyak peristiwa bersejarah hasil
usaha seorang pembesar Melayu yang sentiasa memikirkan masa depan perjuangan
bangsa.
 
Semoga ada usaha oleh semua pihak untuk mengenang kembali jasa-jasa 4
orang pembesar Melayu tersebut serta memulihara rumah beliau di Rembau yang
kini terbiar untuk dijadikan sebagai bangunan warisan.
 
Arwah ayah saya pernah berkata, keturunan pembesar Melayu dari Rembau
yang mengasaskan Askar Melayu hanya ada 2 orang sahaja yang menyertai Askar
Melayu. Iaitu ayah saya dan pakcik dia (datuk saudara saya).
 
Datuk saudara saya ini masih hidup lagi, dan mukanya sering keluar
dalam TV Al Hijrah tiap Khamis dan Jumaat jam 6.15 ptg ruangan Cinta Ilmu
menemani Ulama Nusantara , Sheikh Nuruddin Al Banjari. 
 
Rozmal bin Malakan
http://rozmal.blogspot.com 

Kirim email ke