Beberapa hari lalu berlaku rusuhan di
sebuah kilang di Johor berkenaan isu gaji minima untuk pekerja asing.
Kini pekerja asing di sebuah kilang di Negeri Sembilan pula
mengadakan protes besar-besaran. Adakah Dato Seri Anwar Ibrahim akan
dituduh menjadi dalang terhadap tindakan tidak puas hati pekerja
asing seluruh Semenanjung Malaysia selepas ini? Adakah anggota
keselamatan kita mencukupi untuk menghadapi sebarang kemungkinan di
Semenanjung Malaysia memandangkan ramai anggota keselamatan telah
dikerah ke Sabah?

10 Mac 2013

NILAI – Kira-kira 1,000 pekerja warga
asing sebuah kilang kain di kawasan perindustrian Nilai mengadakan
piket di sini semalam, sebagai tanda protes terhadap tindakan pihak
pengurusan kilang yang tidak memberi mereka gaji minima.

Difahamkan, pekerja warga asing
terbabit mogok di hadapan kilang terbabit sejak awal jam 8 pagi
kelmarin dan diteruskan sehingga ke hari ini (semalam).

Mereka dipercayai tidak berpuas hati
dengan tindakan pihak pengurusan kilang yang tidak memberikan mereka
gaji minima memandangkan sebelum ini mereka hanya memperolehi RM600
sahaja dan meminta gaji minima sebanyak RM900 dipertimbangkan.

Bagaimanapun, warga asing berkenaan
mengadakan protes secara aman dan operasi kilang kain berkenaan
berjalan seperti biasa yang dikendalikan oleh pekerja tempatan.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan
Mohd Yusof Awang berkata, tiada sebarang kes jenayah yang berlaku
berikutan protes tersebut.

“Namun, polis mengambil maklum
berkenaan dengan perkara ini dan semuanya berada dalam keadaan
terkawal,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/warga-asing-protes-kilang-tak-beri-gaji-minima-1.138246
 

Kirim email ke