Negara sekarang sedang menghadapi krisis pencerobohan di Sabah yang
melibatkan pendatang asing. Dalam pada masa yang sama 2-3 hari ini di Johor
pula berlaku kes rusuhan di sebuah kilang yang melibatkan pekerja asing yang
tidak puas hati dengan majikan yang belum melaksanakan gaji minimum RM900. Dan
yang terkini di N.Sembilan pula 1000 pekerja asing melakukan protes tidak puas
hati dengan gaji minimum RM900 yang belum dilaksanakan.
 
Sebelum ini saya ada menulis di blog saya yang telah disekat di 
http://waghih.blogspot.com betapa
pentingnya usaha dakwah dan kebajikan terhadap pekerja dan pendatang asing yang
beragama Islam di Malaysia. Artikel itu akan saya terbitkan semula dalam blog
baru saya di http://rozmal.blogspot.com 
 
Usaha dakwah dan kebajikan di kalangan pekerja asing dan pendatang
asing yang beragama Islam adalah amat penting untuk memperkukuhkan perpaduan
ukhuwwah Islamiah di antara rakyat Malaysia yang beragama Islam dengan pekerja
asing yang beragama Islam untuk mengelakkan sebarang perselisihan faham yang
timbul di kemudian hari.
 
Warga asing protes kilang tak beri gaji minima
10 Mac 2013
 
NILAI – Kira-kira 1,000 pekerja warga asing sebuah kilang kain di
kawasan perindustrian Nilai mengadakan piket di sini semalam, sebagai tanda
protes terhadap tindakan pihak pengurusan kilang yang tidak memberi mereka gaji
minima.
 
http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/warga-asing-protes-kilang-tak-beri-gaji-minima-
 
 
Pekerja mengamuk tuntut gaji minimum
10 Mac 2013 
 
MUAR - Kesabaran 150 pekerja warga asing di sebuah kilang di Parit
Jamil dekat sini yang melancarkan mogok sejak kelmarin bagi menuntut kenaikan
gaji minimum RM900 sampai ke penghujungnya apabila mereka bertindak memukul
seorang pengurus pengeluaran dan tiga penyelia kilang semalam.
 
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0310&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm
 
 
*********** 
Pelik jika solat di tepi jalan kaki lima di Malaysia
 
Pada 16 Mei 2012 sekitar jam 1.35 ptg saya ke Dataran Senawang,
N.Sembilan kerana ada urusan di bank. Memang susah nak cari tempat letak kereta
di Dataran Senawang waktu tengahari. Sebab letak kereta percuma, yang ada cuma
tiang mesin meter letak kereta. Mesinnya belum dipasang walaupun tiang dah
pasang lebih setahun rasanya.
 
Terpaksalah pandu kereta jalan belakang kedai yang sempit, tengok kalau
boleh celok mana-mana. Terperanjat bila saya lalu belakang sebuah Restoran
milik orang Melayu di Dataran Senawang. Saya dapati seorang pekerja lelaki
restoran tersebut sedang solat di satu sudut yang amat sempit belakang kedai,
yang muat-muat satu sejadah sahaja.
 
Kagum dengan kesungguhan pekerja tadi, memang saya salute pekerja
restoran tadi. Kalau semua umat Islam kita boleh mencontohi pekerja tersebut
semasa sibuk bertugas terutama peniaga pasar malam kita.
 
Saya pun tak pasti, adakah pekerja tadi solat di lorong belakang kedai
, kerana restoran tersebut tiada disediakan bilik solat, atau ada bilik solat
mungkin sedang dibaiki. Apa-apa pun kita bersangka baik dengan pemilik restoran
tersebut. Mungkin bilik solat di restoran tersebut sedang dibaiki atau diubah
suai.
 
Saya pun tak sempat nak menemu bual pekerja restoran tadi, almaklumlah
sibuk nak cari tempat letak kereta, kalau tak, lambat pula masuk kerja.
 
Lebih mengagumkan saya, kalau tak silap saya , restoran tadi ada
mengambil pekerja asing menjadi pekerja di restoran mereka. Jika pekerja tadi
adalah pekerja asing, beliau patut dijadikan contoh tauladan atau duta solat
bukan sahaja untuk pekerja asing yang beragama Islam, bahkan untuk umat Islam
di Malaysia ini.
 
Di hari yang lain, sedang saya berborak-borak dengan seorang ustaz di
satu taman perumahan di Senawang di luar pagar rumah ustaz tadi, datang 2 orang
wanita Indonesia, seorang bertudung, seorang tidak bertudung. Wanita tadi
bertanyakan kepada ustaz tadi di mana hendak belajar mengaji.
 
Memandangkan di Malaysia ini ramai pekerja asing yang beragama Islam,
sepatutnya JAKIM dan Majlis Agama Islam Negeri ada jabatan khusus untuk
mengendalikan hal ehwal pekerja asing yang beragama Islam ini, agar akidah 
mereka
terjamin. Bukankah mereka juga membayar zakat?
 
http://waghih.blogspot.com/2012/05/pelik-jika-solat-di-tepi-jalan-kaki.html 

Kirim email ke