Pada 8 Mac 2013 Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melancarkan pembinaan 150 unit rumah Projek Perumahan Rakyat Ladang Tanah Merah, Port Dickson di atas tanah seluas 6 hektar yang dibeli pada harga RM2.5 juta. Untuk makluman Ladang Tanah Merah terletak dalam DUN Lukut dan Parlimen Telok Kemang. Wakil Rakyat ADUN Lukut ialah dari DAP iaitu YB Ean Yong Tin Sin, manakala Ahli Parlimen Telok Kemang ialah dari PKR iaitu Dato Kamarul Baharin Abbas yang juga merupakan Pengerusi PKR N.Sembilan. Rumah yang dibina ini ialah rumah teres 1 tingkat bukannya perumahan awam bertingkat. Kenapa tidak dilancarkan perumahan serupa untuk anak Rembau di DUN Kota yang wakil rakyat ADUN Kota dari Umno dan Ahli Parlimen Rembau juga adalah dari Umno? Bukankah banyak tanah adat yang terbiar Rembau boleh dibeli jauh lebih murah dari di Ladang Tanah Merah untuk dijadikan perumahan awam kos rendah untuk anak Rembau? RM2.5 juta untuk 6 hektar bermakna kos tanah ialah sekitar RM168,619 seekar atau RM3.87 sekaki persegi. Sedangkan tanah yang diambil oleh kerajaan sebelum ini di Rembau untuk pembinaan landasan keretapi berkembar ialah sekitar RM1.20 ke RM2.80 sekaki persegi atau sekitar RM52,272 ke RM121,968 seekar. Apakah perlu orang Melayu di DUN Kota dan DUN Chembong dalam Parlimen Rembau bangkit mengundi PAS atau PKR barulah kerajaan mengumumkan untuk membina perumahan rakyat di Rembau dan membayar pampasan tanah adat pada harga yang munasabah? ****************** TPM lancar projek rumah mampu milik di Ladang Tanah Merah TELOK KEMANG 8 Mac 2013 - Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melancarkan pembinaan 150 unit rumah Projek Perumahan Rakyat Ladang Tanah Merah, Port Dickson dekat sini. Pembinaan projek rumah mampu milik itu sememangnya dinanti-nantikan sekian lama oleh para pekerja ladang berkenaan yang rata-ratanya terdiri daripada kaum India. Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan negeri telah membeli tanah daripada Sime Darby bernilai RM2.5 juta bagi menjayakan projek berkenaan. http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130308/dn_61/Muhyiddin-lancar-projek-rumah-mampu-milik-di-Ladang-Tanah-Merah 8 Mac 2013 PORT DICKSON - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata segala dasar yang dibuat kerajaan selama ini adalah realistik dan mampu dilaksanakan, tidak seperti janji-janji palsu pembangkang dalam manisfeto pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) mereka. Mengenai pembinaan rumah awam mampu milik itu, Muhyiddin berkata, 150 unit rumah akan dibina di atas tanah seluas enam hektar dan dijangka akan dimulakan pembinaannya tidak lama lagi. http://www.sinarharian.com.my/pru13/dasar-kerajaan-sentiasa-realistik-kata-muhyiddin-1.137902 1 ekar = 43,560 kaki persegi 1 hektar = 2.47105 ekar 1 hektar = 107639.104 kaki persegi

