Berita
sebegini akan lebih mendatangkan kebimbangan pelancong asing terutama dari
Amerika Syarikat tentang tahap keselamatan di Malaysia. Apakah dengan kerahan
ramai anggota keselamatan ke Sabah akan menggugat keselamatan awam di
Semenanjung Malaysia seterusnya akan menaikkan kadar jenayah di sini?
 
Wanita
Amerika Dirompak, Dirogol Pemandu Teksi Dan Rakannya 
 
Mstar
Mac 13, 2013 - PETALING JAYA: Kunjungan ke Malaysia bertukar menjadi buruk bagi
wanita Amerika apabila dia dirompak, dikurung dan dirogol oleh dua lelaki.
 
Wanita
berusia 25 tahun itu baru sahaja selesai membeli-belah di pusat beli-belah di
Mutiara Damansara pada Isnin apabila dia menahan sebuah teksi.
 
Pemandu
teksi, yang sudah mempunyai seorang penumpang di tempat duduk bahagian depan
bagaimanapun mengambil wanita berkenaan.
 
Sumber
mendedahkan selain tidak menuju ke destinasi yang dimaksudkan, barang-barang
mangsa telah dirompak sebelum dibawa ke sebuah rumah di Sungai Pelek, Sepang
yang terletak kira-kira 80km dari Mutiara Damansara.
 
Kedua-dua
penculik tidak membuang masa dan bergilir-gilir merogol wanita itu.
 
Difahamkan
wanita itu kemudiannya berjaya untuk melarikan dirinya pada Selasa dan meminta
bantuan orang yang lalu-lalang sebelum membuat laporan polis.
 
Ketua
Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed mengesahkan polis telah
menerima laporan berhubung kejadian itu.
 
"Kami
telah menahan seorang lelaki setakat ini dan siasatan masih diteruskan. Kami
berharap dapat menahan suspek kedua tidak lama lagi," katanya.
 
Mereka
yang mempunyai maklumat mengenai kes itu digesa menghubungi hotline polis di
03-2052 9999 atau pergi ke balai polis terdekat.
 
http://www.mstar.com.my/berita/jenayah/cerita.asp?file=/2013/3/13/mstar_jenayah/20130313194822&sec=mstar_jenayah
 
 
Pelancong
AS dirogol pemandu teksi
 
KUALA
LUMPUR 13 Mac - Seorang pelancong wanita dari Amerika Syarikat (AS) mengalami
'mimpi ngeri' setelah disamun dan dirogol oleh pemandu teksi di sebuah inap
desa di Sungai Pelek, Sepang dekat sini semalam.
 
Mangsa
berusia 25 tahun menjadi mangsa penjenayah berkenaan selepas menaiki teksi
suspek di sebuah pusat beli-belah di Mutiara Damansara, Petaling Jaya dekat
sini.
 
Pemandu
teksi iaitu seorang lelaki berketurunan India kemudian membawa mangsa ke sebuah
inap desa di Sungai Pelek sebelum menyamun dan merogolnya.
 
Ketua
Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika
dihubungi mengesahkan menerima laporan tentang kejadian itu dan siasatan lanjut
sedang dijalankan.
 
"Setakat
ini, kita sudah membuat satu tangkapan dan menjalankan siasatan lanjut untuk
mengesan penjenayah terlibat dalam kejadian itu," katanya enggan mengulas
lanjut
 
http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130314/je_06/Pelancong-AS-dirogol-pemandu-teksi
 

Kirim email ke