Nampaknya
ramai yang nak jadi pakar dan jaguh isu Lahad Datu. Saya bukan pakar, saya
bukan tentera, saya cuma anak bekas tentera yang biasa ke hulu ke hilir dengan
Dart Herald, Caribou, Charlie, F28, KD Hang Tuah, V100, lori 3 tan, SLR, M16,
Browning. Kepada mereka yang ingin mengulas isu ketenteraan ini secara luaran
eloklah rujuk majalah ketenteraan untuk mengetahui asas.
 
Semasa
16 RAMD berpindah dari Kem Pengkalan Chepa, Kelantan ke Miri,  Sarawak, hampir 
keseluruhan batalion bersama
keluarga dipindahkan dengan jet eksekutif F28 milik TUDM (Air Asia belum ada
masa tu). Memang hebat juruterbang F28 tersebut. 
 
Malangnya
tidak banyak laman web di Malaysia yang berkisar isu ketenteraan, tidak seperti
negara jiran kita serta negara barat lain. 
 
Artikel
di bawah ini ditulis oleh seorang wartawan yang pakar dalam isu ketenteraan.
Marhalim Abas yang selalu keluar artikel dalam akhbar Malay Mail.
 
Saya
rasa kalau petikan artikel yang ditulis oleh beliau ini diulas oleh rakyat,
lebih-lebih lagi pemimpin PKR atau PAS, kemungkinan besar akan banyak repot
polis akan dibuat.
 
Baik,
saya hanya menterjemahkan apa yang Marhalim tulis. Samada benar atau tidak,
mungkin KEMENTAH boleh beri komen. (Mungkin terjemahan saya tidak tepat, harap
perbetulkan).
 
1.
Imej yang menjadi perhatian dalam Ops Daulat adalah gambar kuda tua helikopter
Nuri.
 
2.
Semasa Ops Daulat kita dapat perhatikan kekurangan sistem pertahanan diri dan
lain-lain kemudahan logistik untuk tentera. Kekurangan topi kalis peluru, jaket
pelindung dan kem mudah alih adalah memalukan. Ianya tidak menjadi isu kepada
pemimpin kita, yang suka bergambar dengan para tentera yang bertugas di sana. 
 
3.
Kebanyakan kem-kem di Sabah adalah terletak di kawasan bandar dan anggota
tentera yang ditugaskan dalam Ops Pasir sebelum ini tinggal dalam keadaan yang
primitif.
 
Sekali
lagi , saya hanya menterjemahkan apa yang ditulis oleh Marhalim Abas, seorang
yang mempunyai banyak pengalaman menulis artikel ketenteraan. Samada benar atau
tidak, KEMENTAH boleh beri komen. Tak perlulah nak buat ratusan repot polis.
Kita nak bantu ATM dan PDRM , bukannya nak berperang buat repot polis. 
 
Rozmal
bin Malakan http://rozmal.blogspot.com 
 
Things
for Sabah SSA
Marhalim
Abas March 10, 2013 Malaysian Defence 
 
SHAH
ALAM: Its interesting to note one of the most enduring images of the on-going
Ops Daulat are those of our old workhorse, the Nuri. 
 
During
Ops Daulat we also becoming uncomfortably aware of the lack of self protection
systems and other logistic facilities for our deployed troops. The lack of
ballistic helmets, body armour and expeditionary camps are embarrassing, to say
the least. It was not an issue to our leaders however, who gladly posed for
pictures with the deployed troops.
 
Another
part of the equation are comfortable and secure camps. Most of the camps in
Sabah are located in towns and troops deployed for Ops Pasir are living in
austere conditions. 
 
http://www.malaysiandefence.com/?p=3149  

Kirim email ke