Rembau 14 Mac 2013 – Majlis kesyukuran sempena menjelang 5 tahun perkhidmatan ADUN Paroi serta penglibatan PAS Kawasan Rembau dalam menjayakan Pusat Khidmat DUN Paroi di Bilik Gerakan Pakatan Rakyat Kg Baru Chengkau Ulu telah dihadiri oleh petugas tempatan terdiri dari belia-belia Chengkau Ulu dan golongan veteran.
Inilah pertama kali Bilik Gerakan Pakatan Rakyat di Chengkau Ulu berjaya ditubuhkan untuk Pilihanraya Umum ke 13. Antara yang hadir dalam majlis tersebut ialah Sdr Rozmal Malakan (Pengarah 2 Sekretariat Pakatan Rakyat Parlimen Rembau), Hj Mustafa Dolah (Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS N.Sembilan), Hj Ghazali Mohd Shom (Penyelaras PAS DUN Kota) dan Sdr Izamri Med (Pengarah Pilihanraya Pakatan Rakyatt DUN Kota). Gambar-gambar sekitar majlis di http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2013/03/paroi-sudah-kini-kota-keduanya-dalam.html

