KENYATAAN AKHBAR
PEJABAT PILIHANRAYA PAS DUN N28 KOTA
(PARLIMEN P131-REMBAU)
17 Mac 2013 

Penubuhan Galeri Ulama di DUN Kota,
Parlimen Rembau

Kawasan sekitar DUN Kota dalam Parlimen
Rembau telah melahirkan begitu ramai ulama yang telah banyak berjasa
sejak kedatangan Islam di daerah ini pada awal kurun ke 16 lagi.
Rembau satu ketika dulu mempunyai banyak madrasah dan pondok sebagai
tempat tumpuan orang Islam di daerah ini untuk mempelajari pelbagai
cabang ilmu dalam pengajian Islam.

Namun generasi kini, terutamanya mereka
di Rembau tidak begitu mengenali akan hakikat sejarah bahawa Kota
pernah melahirkan begitu ramai ulama yang telah berjasa kepada agama
dan bangsa.

Sehubungan dengan itu PAS DUN Kota
menegaskan betapa peri pentingnya untuk ditubuhkan satu badan khusus
seterusnya diadakah Galeri Ulama di daerah ini agar roh penyebaran
ilmu Islam yang diamalkan oleh ulama terdahulu di daerah ini akan
menjadi panduan generasi masa kini dalam menyelesaikan pelbagai
permasalah umat memandangkan penduduk di DUN Kota ini terdiri dari
lebih 90 peratus mereka yang beragama Islam yang majoritinya
berbangsa Melayu.

Antara ulama-ulama yang telah berjasa
tersebut ialah :
HAJI DAHAT HAJI MUHAMAD NOR (1844 –
1937)
HAJI MUHAMAD HAJI ITAM (1886 – 1969)
HAJI MUHAMAD HAJI DAUD (1887 – 1969)
HAJI ABDUL GHANI MOHD NOR (1887 –
1937)
HAJI MOHD YATIM BIN ZAINAL ABIDIN (1903
– 1979)
TUAN LEBAI ARIS BIN AHMAD (1905 –
1947)
TUAN GURU HAJI IBRAHIM MOHD DAHAN
(1907-1997)
DATO' HAJI HASAN BIN SAIL (1922-1993)

HJ GHAZALI BIN MOHD SHOM
Penyelaras PAS DUN Kota

Kisah lanjut mengenai ulama-ulama dari
DUN Kota di 
http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2013/03/penubuhan-galeri-ulama-di-dun-kota.html
 

Kirim email ke