ASsALAMU`ALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH... Gua caya sama luuu smua... Sie-sie ni men... AKAD from my compeha® ==========================================================================
----- Forwarded Message ----- >From: Zun Arif <[email protected]> >To: IKRAM S'GOR- ALL <[email protected]>; ikramajk ><[email protected]>; "[email protected]" ><[email protected]>; "[email protected]" ><[email protected]> >Sent: Monday, March 18, 2013 4:36 PM >Subject: [IKRAM Selangor] Sambutan Tahun Baru Cina Dekatkan Masyarakat >Tionghua Dengan Islam > > >SUBANG JAYA - "Saya sangat gembira pada hari ini. Saya Cina, bukan Islam >tetapi saya ingin tahu lebih tentang Islam..." Begitulah antara respon positif >masyarakat Tionghua dalam Rumah Terbuka Sambutan Tahun Baru Cina peringkat >negeri Selangor yang telah diadakan pada 24 Februari 2013 yang lalu. >Rumah terbuka di Dewan Hwa Beng, Kompleks Tan Sri Jeffrey Cheah, Subang Jaya >ini adalah anjuran bersama IKRAM Negeri Selangor, Majlis Agama Islam Selangor >(MAIS), Hidayah Centre, Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA) Selangor >dan Restoran Mohd Chan Abdullah. >Sebanyak sembilan daerah seluruh Selangor telah berjaya menganjurkan sambutan >ini. Dimulai dengan Shah Alam pada 16 Februari lalu, diikuti dengan daerah >Klang/Kuala Langat, Gombak dan Hulu Selangor pada 17 Februari serta daerah >Kuala Selangor/Sabak Bernam, Kajang, Hulu Langat/Sepang dan Ampang Jaya pada >23 Februari, diakhiri dengan sambutan besar-besaran di Subang Jaya pada 24 >Februari. > > >Antara objektif utama sambutan ini adalah untuk memperkenalkan Islam kepada >masyarakat belum Islam, menjelaskan konsep keterbukaan dalam Islam serta >menyantuni mereka dan saudara baru berbangsa Tionghua. >Tema sambutan, 'Towards A Harmonious Society' diharap mampu mewujudkan >perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum. Pihak penganjur bercita-cita >agar mesej Islam mampu disampai dan dikongsi bersama semua lapisan masyarakat, >tidak mengira kaum dan agama. >Acara sambutan di peringkat Selangor telah dimulai dengan dentuman mercun >serta tarian singa menyambut kedatangan tetamu jemputan, Ustaz Hasanuddin Mohd >Yunus, YDP IKRAM Selangor, Dato Aidit Ghazali, Ahli Majlis Agama Islam >Selangor (MAIS) dan Hj Sharin Low, Pengerusi MACMA Selangor seawal 11.00 pagi. >Dalam ucapan aluan oleh YDP Selangor, Ustaz Hasanuddin mengalu-alukan >kedatangan semua dan berpesan bahawa Islam tidak melarang penganutnya >merayakan perayaan kaum dan adat selagi tidak melanggari syariat. Hj Sharin >Low, selaku penganjur bersama turut memberi sepatah dua kata. En Soh Ti, >daripada kumpulan Dong Zong juga dijemput memberi sedikit ucapan. > > >Selepas perasmian oleh Dato Aidit Ghazali, kesemua hadirin bersama-sama >'melambung' dan menjamu Yee Sang sepanjang 100 kaki. Majlis disempurnakan juga >dengan ceramah oleh Dr Yunus Ma, pensyarah UIAM yang disampaikan dalam bahasa >Mandarin. >Kehadiran lebih 1,500 tetamu amat memeriahkan suasana majlis. Kira-kira 1,000 >hadirin adalah daripada kaum Tionghua dan majoritinya bukan beragama Islam. >Aktiviti silang budaya kanak-kanak juga turut disempurnakan oleh JK Wanita >IKRAM Subang Jaya yang melibatkan penglibatan ratusan kanak-kanak berbilang >kaum dalam acara mewarna dan juga penulisan kaligrafi Cina. Kehadiran seorang >badut serta ahli silap mata juga berjaya menarik perhatian kanak-kanak yang >hadir. >Antara respon positif lain yang diterima daripada tetamu ialah: >"Sebelum ini, saya merasakan Islam ini eksklusif kepada Melayu sahaja..." >"Jika ramai mengetahui memeluk Islam tak perlu tukar nama, bangsa dan budaya >kaum sendiri, pasti lagi ramai kaum Cina sudah memeluk Islam..." >"Waah, IKRAM ni lain lah......" >Sementara itu, Sambutan Tahun Baru Cina turut dilangsungkan pada Sabtu 23 >Februari lalu dengan meriah dan harmoni di Restoran Cina Muslim Mastercook >Bandar Sri Permaisuri, anjuran IKRAM Bandar Tun Razak, IKRAM Wilayah >Persekutuan, Hidayah Centre, MACMA Kuala Lumpur dan Restoran Mastercook. > > >Majlis dirasmikan oleh Hj Abdullah Hassan, Bendahari IKRAM Wilayah >Persekutuan. Turut hadir memeriahkan majlis adalah Hj Muhammad Nicholas >Sylvester, Pengerusi JK Dakwah IKRAM Pusat dan Hj Abdul Rahman Hussin, YDP >IKRAM Bandar Tun Razak. >Sementara itu, IKRAM Pahang dan Hidayah Centre Pahang turut mengadakan >Sambutan Tahun Baru Cina pada Sabtu 24 Februari lalu di Restoran Haji Sharin >Low, Kuantan. >Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dengan kerjasama Hidayah Centre Pulau >Pinang, IKRAM Pulau Pinang dan MACMA Pulau Pinang akan turut mengadakan Majlis >Sambutan Tahun Baru Cina pada 2 Mac 2013 di Pantai Jerejak. >Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Kebangsaan pula akan diadakan pada >Ahad 3 Mac 2013 di Dewan Kristal, Telekom Malaysia Convention Centre, sebagai >penutup kepada sambutan tersebut di seluruh negara. >Setinggi penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan sambutan ini di semua >peringkat. Semoga usaha ini mengubah tanggapan negatif terhadap Islam serta >mengembalikan masyarakat Tionghua kepada fitrah Islam, insya-Allah. >Foto CNYOH di Dewan Hwa Beng, Subang Jaya: CNYOH Selangor 2013 >Foto CNYOH di Restoran Mohd Chan, Kota Kemuning: CNYOH Shah Alam 2013 >Foto CNYOH di Restoran Haji Sharin Low, Klang: CNYOH Klang - Kuala Langat 2013 >Foto CNYOH di Restoran Mohd Chan, Bukit Beruntung: CNYOH Hulu Selangor 2013 >Foto CNYOH di Restoran Mohd Chan, Taman Melawati: CNYOH Ampang Jaya 2013 >Foto CNYOH di Restoran Mohd Chan, Bandar Baru Bangi: CNYOH Hulu Langat - >Sepang 2013 >Foto CNYOH Kajang di Kim Loong Vegetarian Restaurant: CNYOH Kajang 2013 >Foto CNYOH di Restoran Adam Lai, Sri Gombak: CNYOH Gombak 2013 >Foto CNYOH di Restoran Mastercook, Bandar Sri Permaisuri: CNYOH Bandar Tun >Razak 2013 >Foto CNYOH di Taufik Kopitiam: CNYOH Kuala Selangor - Sabak Bernam 2013 >Foto CNYOH di Restoran Haji Sharin Low, Kuantan: CNYOH Pahang 2013 > > > > > > > > > > > >ZUN 'ARIF HAKIM B ABDUL RAHMAN >Pengurus Dakwah, JK Dakwah >Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) >Timb Pengerusi, JK Dakwah IKRAM Selangor >Lot 300.3, Lorong Selangor, >Pusat Bandar Melawati, >53100 Kuala Lumpur. >[email protected] >HP: 017-3667126 Office : 03-41089669 Fax : 03-41071754 >www.ikram.org.my >www.hidayahcentre.wordpress.com >-- >You received this message because you are subscribed to the Google Groups >"IKRAM Selangor" group. >To unsubscribe from this group and stop receiving emails from it, send an >email to [email protected]. >For more options, visit https://groups.google.com/groups/opt_out. > > > > >

