Menteri Besar Negeri Sembilan mengatakan akan menubuhkan sebuah
lembaga penyiasat khas berhubung insiden yang meragut nyawa seorang kanak-kanak
akibat terkena rempuhan bilah helikopter kawalan jauh semasa program perasmian
Padang Bola Sintetik di Kompleks Belia dan Sukan Paroi pada 20 Mac 2013 yang
lalu. 
 
Penubuhan lembaga penyiasat khas ini memang amat
dialu-alukan agar insiden serupa tidak akan berulang pada masa akan datang,
terutamanya dalam program yang melibatkan orang ramai lebih-lebih lagi yang
dihadiri kanak-kanak.
 
Lembaga penyiasat khas ini perlulah terdiri daripada mereka
yang benar-benar mahir dari sudut teknikal dan keselamatan seperti mereka dari
beberapa agensi antaranya Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Jabatan
Bomba, Polis, Jabatan Pertahanan Awam, Jabatan Penerbangan Awam, Jabatan Kaji
Cuaca serta beberapa tenaga pakar dari Intistusi Pengajian Tinggi Awam. 
 
Hasil siasatan lembaga penyiasat khas ini perlulah diumumkan
kepada rakyat agar tindakan yang telus oleh kerajaan negeri dapat dilaksanakan
untuk mengelakkan kejadian yang sama atau seumpamanya berulang.
 
************** 
 
'Helikopter menjunam ke arah anak'
 
SEREMBAN 21 Mac 2013 - Bapa kanak-kanak perempuan yang maut
terkena bilah kipas helikopter kawalan jauh dalam program perasmian Padang Bola
Sintetik di Kompleks Belia dan Sukan Paroi, di sini malam tadi, tidak menyangka
keriangan mereka menghadiri majlis itu berakhir dengan tragedi.
 
Banee Yamin Idris, 35, yang turut cedera parah di kepala
berkata, dia bersama arwah anaknya, Nurdamia Husnina, setahun enam bulan dan
dua lagi anaknya berusia enam dan 11 tahun berkunjung ke kompleks berkenaan
yang terletak kira-kira 500 meter dari rumahnya semata-mata untuk menyaksikan
kemeriahan program pada kira-kira pukul 10.30 malam itu.
 
Lembaga penyiasat ditubuh - MB
 
SEREMBAN 21 Mac 2013 - Kerajaan negeri akan menubuhkan sebuah
lembaga penyiasat khas berhubung insiden yang meragut nyawa seorang kanak-kanak
perempuan akibat terkena rempuhan bilah helikopter kawalan jauh di sini malam
tadi.
 
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, siasatan
akan dilakukan untuk mengenal pasti punca sebenar kemalangan tersebut.
 
''Saya selalu katakan, kita perlu utamakan kesiapsiagaan
dalam apa jua rancangan serta pembangunan yang mahu dilaksanakan terutama
apabila membabitkan soal keselamatan masyarakat.
 
''Saya berharap ini dijadikan pengajaran dan tidak berulang
meskipun kemalangan yang berlaku tanpa diduga," katanya ketika ditemui
pemberita di bilik mayat Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) selepas
kejadian terbabit di sini malam tadi.
 
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130322/dn_21/Helikopter-menjunam-ke-arah-anak
 
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130322/dn_22/Lembaga-penyiasat-ditubuh---MB

Kirim email ke