Dari laman web aduanrakyat.com.my
22 Mac 2013 
 
Salam 1 Malaysia kepada semua warga Malaysia;
 
Pengurusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sangat
tidak adil apabila KPM hanya menguruskan graduan pendidikan IPTA keluaran 2012
sahaja untuk sessi temuduga guru dan pengambilan guru. 
 
KPM lansung tidak memberi perhatian kepada nasib graduan
pendidikan yang berlambak menganggur di luar sana. Atas alasan KPM tidak ada
kekosongan jawatan guru. 
 
Tetapi persoalannya, mengapa masih membuka sessi temuduga
guru untuk graduan 2012.
 
Dasar kerajaan yang sering berubah-ubah amat menyusahkan
graduan pendidikan yang menganggur untuk sekian lama. 
 
Matlamat untuk memantapkan sistem pendidikan konon, tetapi
pada masa yang mengehadkan atau membekukan pengambilan guru bagi graduan 2010
-2011. 
 
Pengurusan apa semacam ni. 
 
Untuk pengetahuan KPM; berikut adalah graduan pendidikan
yang masih menganggur. Nasib graduan yang tidak pernah diambil perhatian oleh
KPM. Tidak pernah menerima panggilan sessi temuduga guru apatah lagi menerima
penempatan. 
 
Sudah menganggur 2 tahun.
 
Graduan Pendidikan IPTA (TESL) , Mei 2011 , UiTM Cawangan
Sabah
Graduan Pendidikan IPTA (Matematik) , November 2011, UMS
Sabah
 
Mohon KPM ambil tindakan segera dan bertindak adil untuk
graduan pendidikan yang tercicir.
 
By: Lee Tze
 http://www.aduanrakyat.com.my/graduan-pendidikan-2011-kpm-abaikan

Kirim email ke