Sedikit kisah sejarah, untuk merehatkan otak yang tepu dengan isu politik. Bangsa yang berjaya ialah bangsa yang memulihara sejarah dan belajar dari sejarah.
Undang Rembau yang ke 5, Dato Lulinsoh atau lebih dikenali sebagai Tok Uban mempunyai anak perempuan yang jelita yang sudah bertunang dengan Si Amat. Sultan Johor pula ingin meminang anak Tok Uban. Si Amat telah mengadap Sultan Johor , tetapi telah dibunuh. Tok Uban telah mendapatkan bantuan Undang Jelebu yang ke 3, Dato Moyang Salleh. Dato Moyang Salleh telah pergi ke istana Johor hanya dengan 4 hulubalang dari Jelebu. 4 orang hulubalang dari Jelebu ini dan Dato Moyang Salleh telah menunjukkan kegagahan mereka sehingga semua askar Sultan Johor ketakutan. Bermula dari sinilah Johor telah melepaskan Negeri Sembilan, dan susulan dari itu Sultan dari Pagar Ruyung dipanggil menjadi Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan. Terdapat 2 orang Undang Rembau yang diberi gelaran Tok Uban, iaitu Undang Rembau yang ke 3 dan yang ke 5. Kedua-duanya dari Waris Jakun , suku Biduanda Lela Maharaja. Undang Rembau yang ke 5 ini atau Tok Uban telah berkahwin dengan seorang wanita Portugis dan mendapat anak yang diberi nama Dato Kusil. Kisah sepenuhnya di http://rozmal.blogspot.com/2013/04/kisah-tok-uban-rembau-dan-sejarah.html

