DUN Kota dalam Parlimen Rembau sejak beberapa pilihanraya
yang lau telah ditandingi oleh PAS. Prestasi PAS di DUN Kota dalam beberapa
siri pilihanraya sebelum ini adalah antara yang paling lemah di Negeri
Sembilan. Pernah beberapa kali calon PAS di DUN Kota hilang deposit
pilihanraya.
 
Malahan dalam Pilihanraya Umum ke 13 tahun 2013 ini pun, DUN
Kota bukanlah termasuk dalam DUN tumpuan untuk PAS menang di sini. Ianya boleh
dikatakan DUN yang paling selamat untuk Umno bukan sahaja di Rembau , malahan
di Negeri Sembilan.
 
Namun begitu, ianya tidak melunturkan semangat ahli, petugas
dan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat di DUN ini untuk memberikan perkhidmatan
yang terbaik dalam kempen PRU-13 kali ini.
 
Walaupun mereka tahu DUN ini bukan DUN tumpuan, walaupun
sukar untuk mendapat penceramah peringkat pusat, baik dari PAS dan PKR untuk
berceramah di sini, namun para ahli dan penyokong di kawasan ini yang terdiri
dari orang kampung, bekerja kampung, penoreh getah, pemanjat petai, menebas
kebun, anak muda yang tiada pekerjaan tetap sanggup mengorbankan masa, tenaga
dan wang ringgit untuk menggerakkan bilik gerakan mereka sendiri.
 
DUN Kota mempunyai 15 pusat mengundi, antara yang terbanyak
di N.Sembilan. Dalam pilihanraya yang lalu PAS dan Pakatan Rakyat gagal
menubuhkan Bilik Gerakan di banyak tempat mengundi. Namun kali ini beberapa
Bilik Gerakan yang aktif berjaya digerakkan antaranya di Titian Bintangor,
Penajuh, Legong Ulu, Kendong, Chengkau Ulu dan Selemak.
 
Mereka inginkan perubahan di kawasan mereka, walaupun
peluang untuk PAS menang di sini terlalu tipis. 
 
Apa yang mereka harapkan ialah dengan sedikit usaha ini,
akan menjadi contoh untuk DUN-DUN harapan yang sepatutnya menang di lain-lain
tempat di Negeri Sembilan ini agar bekerja lebih kuat dari mereka, berkorban
wang ringgit, tenaga dan masa lebih banyak dari mereka.
 
Mereka tidak mengharapkan wang ringgit dan tenaga dari luar
DUN , walaupun ianya amat dialu-alukan. Apa yang mereka harapkan ialah doa dari
para pencinta kebenaran dan keadilan di seluruh dunia, jika ada sedikit harapan
untuk PAS menang di DUN Kota ini, agar Allah membantu mereka ini.
 
Mereka yang ingin membantu petugas Pakatan Rakyat di DUN
Kota dari jauh, bolehlah melayari laman web PAS DUN Kota di 
http://pas-n28-kota.blogspot.com dengan memberikan komen-komen dan kata-kata 
semangat di beberapa artikel di
laman web tersebut. 

Kirim email ke