Memang benar pas adalah gerakan islam. Usaha mentarbiyah masa adalah agenda 
utama. Menang kalah adalah soal lain.allahuakbar 
 
--
 
Sent from my Nokia N9
 


On 2013-05-04 08:57 Rozmal bin Malakan wrote:

  


Jam 11.59 malam ini tamatlah tempoh berkempen untuk PRU-13. Esok seawal 8 pagi 
kita akan mula mengundi. Mari kita renung kembali apa yang kita telah lakukan 
sepanjang tempoh berkempen ini, berapa banyak amalan baik kita telah lakukan, 
berapa banyak dosa kita telah lakukan. Pasti banyak, tidak kiralah kita orang 
Islam yang menyokong PAS, PKR atau UMNO.


Saya dimaklumkan oleh petugas PAS di DUN Kota dalam Parlimen Rembau, sepanjang 
mereka pergi solat berjemaah bersama calon PAS, masjid-masjid di Rembau ini 
boleh dikatakan amat suram semasa solat jemaah 5 waktu. Ada satu waktu, ketika 
jentera Pakatan Rakyat berkempen di Lubok China, Rembau, mereka singgah solat 
Zuhur atau Asar di Masjid Kariah Sg Timun. Walaupun waktu sudah masuk namun 
tiada Imam setempat yang hadir.


Akhirnya salah seorang veteran PAS, Hj Harun mengimamkan solat jemaah di masjid 
tersebut.


Paling menyedihkan ialah solat Subuh, calon PAS, Hj Ghazali Mohd Shom yang 
sering solat subuh di beberapa masjid mengatakan tidak ramai yang hadir solat 
subuh.


Tidak kiralah siapa yang menang di DUN Kota, Parlimen Rembau nanti. Yang pasti 
, wakil rakyat yang menang ialah beragama Islam. Satu usaha harus dilakukan 
mulai sekarang sehinggalah menjawat wakil rakyat nanti, bagaimana untuk menarik 
pengundi-pengundi Islam di DUN Kota ini untuk berjemaah di masjid, terutama 
sekali orang Islam lelaki. Tidak kiralah pengundi tadi penyokong PAS, PKR dan 
UMNO.


Saya harapkan juga teman-teman saya dalam ISMA yang sibuk berkempen di 
Seremban, turunlah di kampung-kampung selepas ini, bukan sahaja di Rembau 
malahan di Kuala Pilah, Pasoh, Gemencheh dan di kawasan Felda. 


Apa guna kita menang sorak, iman tergadai, masjid-masjid mati.


Tulisan saya sebelum ini mengenai masjid-masjid yang mati di Rembau di 
http://waghih.blogspot.com/2011/03/masjid-masjid-yang-mati-di-nsembilan.html 


Senarai masjid-masjid kariah dalam DUN Kota di 
http://pas-n28-kota.blogspot.com/2013/04/calon-pas-dun-kota-ajak-umat-islam.html
 


Kempen “Solat Didahulukan, Allah Diutamakan” oleh PAS DUN Kota di 
http://pas-n28-kota.blogspot.com/2013/05/solat-didahulukan-allah-diutamakan.html
 
 

Kirim email ke