Alhamdulillah pilihanraya telah selesai.
Banyakkanlah istighfar, kerana selama ini banyak amanah yang kita abaikan,
masjid dan surau lama kita dah tak buat gotong royong, jarang-jarang dapat
solat jemaah penuh di masjid.
 
Bagi yang kalah, doalah , mohonlah kepada
Allah agar kempen kita semasa pilihanraya jika ada kesilapan, kelemahan
diampunkan dosa kita. Kalau ada kebaikan semasa kempen kita, diterima Allah
sebagai ganjaran pahala.
 
Bagi yang menang, ingatlah ini adalah
amanah yang perlu kita jawab di hadapan Allah satu demi satu di akhirat nanti.
 
Kemenangan yang hakiki ialah bila kita
berjaya menawan DUN dan Parlimen di akhirat nanti.
 
Tautkanlah balik persaudaraan kita dalam
jemaah, dalam Islam , walaupun kita berlainan parti.
 
Tahniah kepada yang kalah kerana anda tidak
dipikulkan dengan amanat untuk menjaga solat beribu-ribu pengundi Islam di DUN
dan Parlimen anda. Takziah kepada yang menang kerana anda akan ditanya di
akhirat nanti akan nasib dan kebajikan penduduk di DUN dan Parlimen anda ,
walaupun mereka bukan Islam.
 
Semoga Allah mengampuni dosa kita.
 
Rozmal bin Malakan
http://rozmal.blogspot.com 

Kirim email ke