Hakikat pilihanraya perlu difahami dan dihayati dgn hati terbuka. Jika kita memahami kepimpinan adalah satu mauliyah/ tanggongjawab , insyallah kalah atau menang tidak menjadi soal. Jangan sekali kali rosakkan amalan dgn matlamat yang salah. Spt mencari kedudukan dan kepentingan kewangan melalui politik.
Bagi kerajaan negeri dan pembangkang terimalah hakikat kita dibawah sistem faderalisma. Ada hak negeri dan ada hak pusat . Jangan banyak dipersoalkan, laksanakan pemerintahan yg dijanjikan mengikut dasar yg diharapkan oleh rakyak yaitu lebih adil saksama, telus dan mesera rakyat. Begitu juga kerajaan pusat perlu menerima hakikat kerajan negeri dari pati lain adalah kerajaan pilihan rakyat. Istilah kerajaan pembangkang adalah tidak menjuruskan kpd perpaduan dan undemokratik. Dasar dasar yg tidak selaras dgn prinsip demokrasi perlu diubah. Bagi saya BN bukan gagal melakukan pembangunan tetapi cara pelaksanaannya amatlah tidak gentlement dan sangat dibenci oleh kerajaan negeri. Ianya bukan sangat melayu benci cina , atau cina benci melayu. Ianya benci kpd sikap angkoh segelintir yg tidak mahu menerima hakikat demokrasi. Kerajaan pusat terlebih dahulu tunjukkan gentlemen dgn memberi hak kpd kerajaan negeri , kemudia nilai melalui KPI . Sebarang kelemahan didedahkan kpd rakyat.kalau ianya baik buat yg lebih baik dan akhirnya rakyat yg mendapat menafaat. Amalan amalan yg remeh tetapi menimbulkan kebencian rakyat sebagai contohnya ialah, MB tidak dilantik sebagai pengurusi keselamatan negeri. Gambar MB tidak dipaparkan disekolah. Pemimpin negeri tidak dibenarkan melawat sekolah, jabatan kerajaan dan lain lain lagi. Agensi agensi pusat dinegeri seolah olah hak pusat dan tiada kaitan dgn kerajaan negeri. Pemimpin pusat melawat negeri dgn mengabaikan MB dan pemimpin negeri. Yg lebih undemokratik lagi ialah , contoh:- Penubuhan jabatan persekutuan , secara tak langsung menafikan hak kerajaan negeri utk mengurus pembangunan. Menyalurkan dana pembangunan kerajaan melalui ketua pati kerajaan pusat dan bukannya melalui kerajaan atau wakil rakyat. Menafikan hak pendapatan negeri contohnya royalty minyak dgn alasan bimbang takut disalahgunakan dan disalurkan secara yg dilihat sebagai salah guna kuasa. Fakta fakta inilah yg memuncaknya pertelingkahan antara pusat dan negeri. Angapan ianya kerana soal bangsa dan agama adalah tak betuk. Yang sebenarnya adalah fakta ketidakadilan dan keangkohan manusia. Marilah kita sama sama berdoa agar kedua dua pihak menerima hakikat pilihan rakyat dan menyerahkan hak kpd yg berhak mengikut perlembagaan dan undang undang. Terimalah hakikat setiap kita ada hak dan ada tanggongjawab. Ianya nanti akan dipersoalkan dihadapan allah swt dihari kiamat nanti. Wallahhuaklam. Wassalam Sent from my iPad ------------------------------------ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/ Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected] Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [email protected]! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

