Kita sekarang ini seronok mengambil gambar, menulis
pengalaman kita di dalam blog dan fesbuk. Ianya adalah satu perkara yang baik
jika kita niatkan kerana Allah, agar perkongsian kita yang sedikit ini jika ada
kebaikan, semoga Allah terima sebagai amalan soleh.
 
Jika dulu kita ada diari dan album untuk mengenang kembali
kisah silam kita untuk tatapan kita sendiri atau anak cucu kita.
 
Pernahkah kita terfikir, album, diari, fesbuk, blog, twitter
dan seumpamanya telah lama wujud? Allah telah menugaskan dua malaikat yang
sentiasa bersama kita di kiri dan kanan kita, untuk mengambil video setiap
gerak geri kita di mana saja kita berada termasuk apabila kita masuk ke tandas,
dan semua pengalaman kita, kisah kita, gambar kita, video kita ini akan
dipertontonkan di hadapan Allah di akhirat nanti untuk diadili oleh Tuhan Yang
Maha Adil.
 
Setiap kali kita menulis dalam fesbuk dan blog,
fikir-fikirkanlah , kedua-dua malaikat yang tidak pernah tidur akan menulis
juga fesbuk dan blog untuk kita yang akan dipertontonkan di akhirat nanti.
 
Tak perlulah kita risau jika ada gambar dan pengalaman kisah
menarik yang kita lupa tulis dalam fesbuk dan blog kita, kerana malaikat Raqib
dan Atid akan ssentiasa menulisnya, setiap jam, setiap detik, setiap saat.
 
Mastika Hadith
Jilid 1
Bab 4 : Beriman kepada adanya malaikat.
 
Hadith 38
Dari Anas ra, dari Nabi saw, sabdanya: “Sesungguhnya Allah
telah menugaskan dua malaikat untuk menulis segala apa yang dilakukan atau 
dituturkan
oleh seseorang hambaNya (satu di sebelah kanannya dan yang satu lagi di sebelah
kirinya); kemudian apabila orang itu mati…maka Tuhan perintahkan kedua malaikat
itu dengan firmanNya: ‘Hendaklah kamu berdua tinggal tetap di kubur hambaKu itu
serta hendaklah kamu mengucap tasbih, tahmid dan takbir hingga ke hari qiamat,
dan hendaklah kamu menulis pahalanya untuk hambaKu itu.’” (Abu ash-Shaik dan
Tabarani)

Kirim email ke