Semua perlu sertai Black505 22 Jun - Husam 
<http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/20097-semua-perlu-ser\
tai-black505-22-jun-husam>

Harakahdaily, 17 Jun 2013


KOTA BHARU:  Para pimpinan PAS menggesa seluruh ahli dan penyokongnya
agar turun ke  Kuala Lumpur 22 Jun ini bagi menyertai perhimpunan
terakhir Black505.

"Keputusan  untuk menyertai himpunan ini bukan keputusan Husam Musa,
bukan  keputusan Haji Mohamad Sabu tetapi keputusan mesyuarat
Jawatankuasa PAS  Pusat untuk menyokong Blackout505," kata Naib Presiden
PAS Datuk Husam  Musa (gambar).

Sehubungan dengan itu, beliau menggesa semua para pemuda agar jangan
ragu untuk menyertainya.

"Andaikata kita terkorban, atau satu daripada kita terkorban, insya
Allah ia adalah syahid fi sabillah," tegas Husam Musa.


Tetapi, kata Husam, tidaklah menjadi niat PAS untuk terkorban dalam
perhimpunan ini.

"Niat  kita adalah penipuan pilihan raya mesti dihentikan dan sesiapa
terlibat  dengan penipuan ini mesti menerima tanggungjawabnya sekarang
dalam  sistem politik negara ini," tegas Husam.

"Kita boleh redha dengan kekalahan kita tetapi kita tidak diizinkan
untuk redha dengan penipuan dan maksiat.

"Ini  dua perkara yang berbeza. Kita boleh terima hakikat takdir yang
telah  ditentukan tetapi kalau penipuan demi penipuan, tiap-tiap kali
pilihan  raya Umno menang hanya dengan penipuan, wajib kita orang Islam
tegak  berdiri menentangnya," tegas beliau.

Menurut Husam, semua pihak  dalam Pakatan Rakyat tidak boleh berdiam
diri dengan penipuan yang  dilakukan dalam pilihan raya umum lalu.

"Kalau kita berdiam diri kerana telah menang menguasai kerajaan
(negeri), kita pengkhianat kepada perjuangan," kata Husam.

Sehubungan  itu beliau bersyukur kerana semua hadir dalam pertemuann
yang diadakan  ini termasuk wakil kerajaan negeri Kelantan iaitu Datuk
Ahmad Yakob.

Beliau yakin undi yang diberikan oleh penyokong adalah untuk perjuangan
bukan untuk mana-mana individu.

Husam juga menjelas, tujuan diadakan himpunan Black505 adalah untuk
mencegah kemungkaran sebagaimana yang diminta oleh Allah.

Oleh  itu, katanya, rakyat perlu bangkit menentangnya bagi memastikan 
penipuan tidak lagi berlaku dalam pilihan raya ke 14 dan 15 nanti.

Dalam ucapan itu juga, Husam berkata, tidak mustahil Datuk Seri Najib
Razak meletakkan jawatan dalam masa terdekat.

"Kalau  pengerusi SPR tak nak letak jawatan, Najib kena letak jawatan.
Kalau  kedua-dua letak jawatan, Alhamdulillah, itu lagi baik.

"Atas sebab itu, tidak mustahil Najib letak jawatan," tegas Husam.

Bagi  beliau, dalam PRU 13 yang penuh dengan penipuan itu, orang yang
paling  kecewa adalah Najib kerana dengan perbelanjaan yang begitu
besar, dengan  penipuan yang diatur begitu rapi, kenangkitan rakyat
melalui peti undi  lebih besar dari yang dijangkakan.

"Kerana itu dia kecewa. Dalam  politik moral, politik akhlak dan maruah,
Datuk Seri Najib yang menang  minoriti tidak layak untuk memimpin
rakyat," tegas beliau.

Atas dasar itulah, katanya, himpunan Blackout505 akan diadakan di Kuala
Lumpur 22 Jun ini bagi menuntut perubahan di negara ini.




PERINGATAN: Komentar  yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah
milik peribadi akaun  laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar
yang disiarkan TIDAK  menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang
disiarkan menjadi  tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar
dinasihatkan  bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar
melampau dan berbaur  perkauman.
 

Kirim email ke