Udara Muar paras bahaya, sekolah ditutup
 
20 Jun 2013 - Kualiti udara di Muar, Johor memasuki paras
bahaya akibat jerebu, menurut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) hari ini. 
Bacaan
Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada jam 7 pagi tadi mencatatkan angka 331.
Bacaan melebihi 301 dianggap berbahaya dan melepasi 201 pula "sangat tidak
sihat".
 
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Muar hari ini mengarahkan
sekolah ditutup hari ini dan esok.
 
Johor hari ini paling teruk menghadapi jerebu. 
 
PELATIH PLKN SRI LEDANG LAHIR BAYI DALAM TANDAS
 
MUAR 19 Jun 2013 - Seorang remaja yang sedang menjalani
latihan di Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Sri Ledang di Jementah,
dekat sini melahirkan seorang bayi lelaki di tandas kem berkenaan sebelum bayi
tersebut dilaporkan meninggal dunia hari ini.
 
Bayi lelaki seberat 2.7 kilogram itu difahamkan dilahirkan
di tandas berkenaan kira-kira pukul 3 pagi sebelum kejadian itu disedari
pengurusan kem yang kemudian membawa ibu bayi terbabit bagi mendapatkan rawatan
selain membuat laporan polis.
 
Remaja berusia 18 tahun bersama anaknya yang cukup sifat itu
dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini. Bagaimanapun bayi
tersebut disahkan meninggal dunia sebaik sahaja tiba untuk rawatan.
 
Dia dipercayai berasal dari sebuah kawasan Felda di
Kulaijaya dan dikatakan memasuki PLKN tersebut pada April lalu serta
dijadualkan akan menamatkan latihan beberapa hari lagi.
 
http://www.malaysiakini.com/news/233425
 
http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130619/je_09/Pelatih-PLKN-Sri-Ledang-lahir-bayi-dalam-tandas
 

Kirim email ke