Apabila cukup bulan pasti kita akan segera menjelaskan hutang rumah, hutang kereta, bil elektrik, bil air dan sebagainya. Cuma kadang-kadang kita terlepas pandang satu perkara. Yuran dan sumbangan bulanan untuk masjid atau surau atau badan khairat atau PASTI atau PAS Cawangan atau PAS Kawasan dan sebagainya. Tidak perlulah kita tunggu mesyuarat agung, tunggu Bendahari PAS Cawangan, Bendahari PAS Kawasan tuntut yuran dan sumbangan tetap dari kita sebagai ahli atau tunggu Pilihanraya Kecil atau Umum baru kita nak beri sumbangan. Mudah saja, sekarang dah ada internet, ada ATM, ada CDM. Tiada alasan lagi macam dulu tak boleh nak bayar kerana Bendahari tak datang kutip. Ambil sahaja no akaun Cawangan, Kawasan, PASTI atau akaun peribadi Bendahari sendiri. Masukkan jadual tetap bulanan berapa yang kita nak bayar. Kalau kita sayangkan parti kita, tak cukup dengan berkata-kata atau bersemangat, sumbangan kita juga amat-amat diperlukan. ( Letih dengar bila ada pimpinan negeri berkata apabila ditanya, apa program sekarang, dijawabnya, “Tunggu lepas Muktamar”)

