Sarawak Tidak Cadang Larang Tazkirah Ketika
Solat Tarawih
KUCHING, 3 Julai 2013 (Bernama) -- Sarawak
tidak bercadang untuk melarang masjid di negeri ini mengadakan ceramah atau 
tazkirah
sewaktu solat Tarawih pada Ramadan nanti. Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri
(Hal Ehwal Islam) Datuk Ir Daud Abdul Rahman berkata pihaknya melihat larangan
itu tidak perlu.
 
"Kami beri kebebasan kepada masjid dan
surau untuk mengadakan tazkirah" katanya kepada pemberita selepas
menyempurnakan majlis penyerahan agihan bantuan Tabung Baitulmal Sarawak (TBS),
di sini Rabu.
 
Beliau berkata demikian ketika diminta
mengulas sama ada Sarawak akan mengikut langkah Pahang yang melarang ceramah
atau tazkirah diadakan semasa solat Tarawih. Langkah yang berkuatkuasa 1
Ramadan itu diumum Pengerusi Jawatankuasa Dakwah dan Islamiah Pahang Syed
Ibrahim Syed Ahmad.

Kirim email ke