Walaupun hakikatnya bahtera rumah tangga itu sepatutnya dikemudikan oleh si
suami namun era kini menyaksikan lebih banyak wanita yang lebih sensitive
mengekalkan kerukunan. Maknanya wanitalah yang lebih banyak bersabar, menelan
pahit maung kekurangan pendapatan atau menghadapi kerenah suami yang kadang
kala membosankan. Wanita sepatutnya berbangga dengan kejayaan ini walaupun
asalnya daripada tulang rusuk kiri lelaki yang bengkok. "Nabi bersabda, wanita
itu dicipta daripada tulang rusuk kiri lelaki yang bengkok, maknanya jika
dibiarkan sikapnya yang tidak elok, maka begitulah ia kekal selama-lamanya.
Lantaran itu andai si suami ingin memberi nasihat, hendaklah secara psikologi
dan lemah lembut sehingga yang bengkok itu akan lurus.
Sebaliknya jika menggunakan kekerasan, maka tulang yang bengkok itu akan mudah
patah atau pecah.
Misalnya jika isteri pemarah, membebel dan cakap banyak, si suami anggap sahaja
ia cubaan yang amat kecil. Allah berfirman, "Apa yang kamu tidak suka, itu
adalah yang terbaik untuk kamu.'' Namun dengan perkembangan hari ini, nampaknya
dunia sudah terbalik, si lelaki pula nampak gayanya banyak yang bengkok,
selarnya.