Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah. Sebelum
menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya Menemui insan yang betul
, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur Dengan nikmat pemberian dan hikmat
di sebalik pemberian tersebut
Apabila salah satu pintu kebahagian tertutup, yang lain akan terbuka tapi
Lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama
Hinggakan kita tidak nampak pintu yang telah pun dibukakan untuk kita
Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian
dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang
dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami
Memang benar yang tahu kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai
sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang
kita rindukan sehinggalah "ia " datang.
Memberi seseorang seluruh cinta anda bukalah satu kepastian yang mereka akan
menyintai anda kembali! Janganlah harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan
sahaja ia untuk mekar di dalam hati anda
Ia Cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk
menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil
masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang
Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu.
Jangan kejar kemewahan kerna ianya akan susut.
Carilah seseorang yang Membuatkan anda tersenyum kerana ia Cuma memerlukan
sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan
hati anda tersenyum
Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan
seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya
dengan sebenar
Mimpilah apa yang anda ingin,pergilah kemana-mana yang anda ingin tujui dan
jadilah apa yang anda inginkan kerna anda hanya memiliki satu kehidupan dan
satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan
Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik,
percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat,
Kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan
Yang cukup untuk membuatkan anda bahagia
Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya
menyakitkan anda, Fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.
Kebahagian terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka
yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh
menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka
Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan
tangisan. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang
telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga
anda lupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam
Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum.
Teruskanlah hidup anda supaya anda mati nanti, Andalah yang akan tersenyum dan
orang sekeliling anda pula yang akan menangis
SENYUMAN ADALAH HADIAH YANG PALING BERHARGA OLEH ITU, BERIKANLAH HADIAH YANG
BERHARGA ITU DENGAN PENUH KEIKHLASAN KERNA YANG ZAHIR DARI NURRANI ITULAH
MERUPAKAN BAYANGAN DIRIMU SENDIRI