Ismail Kamus menambah, jika sukar atau tidak sampai hati menegur suami yang 
buat perangai, gunakan orang tengah. "Memang susah mencari yang boleh 
dipercayai tetapi itulah cabaran yang mesti dihadapi. Bagaimanapun cara 
penyampaian orang tengah itu biar betul dan kena caranya sehingga suami tidak 
menyalahkan si isteri. "Selain memberi nasihat, isteri hendaklah mohon kepada 
Allah dan bermunajat kepada-Nya tanpa jemu. Di samping itu bacalah surah 
Ali-Imran, ayat 83 yang maksudnya: "Apakah selain daripada agama Allah mereka 
cari, dan baginya, menyerahlah sesiapa yang di langit dan yang di bumi, secara 
sukarela dan terpaksa dan kepada-Nya jua mereka dikembalikan. Ayat ini 
hendaklah dibaca sebanyak1,000 kali sehari. Apabila hendak digunakan baca tiga 
kali dan tiup kepada orang yang berkenaan atau ditiupkan ke dalam air untuk 
diminum oleh orang tersebut. Mudah-mudahan, berkat doa dan air itu akan lembut 
hatinya.'' Menjawab persoalan, bagaimana membelai cinta
 jika si suami asyik panas baran beliau menjelaskan. "Apabila suami baran, 
isteri kena sabar dan redha kerana itulah suami kita. Orang yang baran 
sebenarnya ada masalah. Jiwanya sakit tenat dan perlu diubati. 

"Perhatikan di mana kelemahan suami dan cari punca kenapa dia marah. Kemudian 
kita cari jalan supaya dia tidak marah. Umpamanya kalau isteri lambat masak, 
sua-mi akan marah, jadi si isteri hendaklah menyegerakan memasak. Ataupun 
setiap kali balik ke rumah, suami mesti hendak minum, jadi cari jalan 
cepat-cepat sediakan minuman. Ertinya kita hendaklah menutup segala punca 
kemarahan suami dan lama-kelamaan penyakitnya akan reda. 

Kalau dia yang menyalakan api kemarahan, isteri hendaklah mendiam diri. Jangan 
sesekali marah kerana marah itu bukan milik kita tetapi haknya. Jika kita 
tentang kemarahannya, ia akan lebih cepat terbakar atau merebak. Lagipun api 
bukan lawannya api sebaliknya hendaklah disimbah dengan air supaya padam. 
"Untuk meredakan, amalkan surah Toha ayat satu hingga enam dan baca sebanyak 
1,000 kali. Antara maksudnya, "Tha, Ha, (Hai manusia), tiada Kami turunkan 
al-Quran ini supaya engkau mendapat *tut!*. Melainkan peringatan bagi orang 
yang takut (kepada Tuhan). Wahyu yang diturunkan dari Tuhan yang menciptakan 
bumi dan langit yang tinggi. Tuhan yang Pemurah berkuasa di atas singgahsana. 
Kepunyaan-Nya apa yang ada di langit, apa yang ada di bumi, apa yang ada di 
antara kedua-duanya dan apa yang ada di bawah tanah." Tiup kepada ubun-ubun 
atau mukanya sehingga ke pusat sebanyak tiga kali. Insya-Allah akan lembut 
hatinya.'' Sebelum mengakhiri perbualan, beliau sempat
 menegur sesiapa sahaja yang masih mengabaikan rumah tangga sebaliknya hanya 
mahu berseronok dan berserakah, hendaklah Segera bertaubat. 

Nabi bersabda, Barang siapa yang telah melampaui 40 tahun namun 
Kebaikannya tidak mengatasi kejahatan hendaklah dia bersiap sedia untuk 
masuk api neraka.'' Dedah Ustaz penuh bermakna[/b] 


      

Kirim email ke