PERANCANGAN TAHUNAN ICT PERINGKAT DIRI SENDIRI EDIRAMLE ISMAIL TAHUN 2010
Tulisan ini bukanlah sebuah kertas kerja , tetapi sebuah catatan perancangan
peribadi ICT saya untuk tahun 2010.
Selamat tahun baru 2010 diucapkan kepada semua rakan-rakan di groups
Yahoogroups atau yang membaca catatan ini sama ada yang mengenali saya secara
langsung atau mengenali hanya melalui ruang maya di internet atau yang hanya
baru pertama kali menemui saya melalui catatan ini.
Sempena tahun 2010 saya berazam untuk meningkatkan diri dalam beberapa perkara
disebabkan kini usia saya sudah melangkaui 50 tahun dan kesempatan yang ada
rasanya telah menjadi semakin singkat.
Memandangkan saya sebelum ini tidak banyak menyumbang kepada masyarakat, tahun
ini saya merancang untuk jadikan Tahun 2010 sebagai Tahun ICT untuk peringkat
diri sendiri bertujuan mengongsi apa yang diketahui sepanjang menjalani
kembara di alam siber yang bermula sejak 1998 yang lalu hingga sekarang.
Sempena Tahun ICT peringkat diri peribadi ini, beberapa perancangan telah dan
akan disusun bagi dimanfaatkan semua. Bagi melaksanakan perancangan ini sudah
pasti ianya bakal sangat meletihkan, bukan sekadar letih fizikal malahan
juga pemikiran . Tapi demi untuk sesuatu yang mungkinnya bakal dimanfaatkan ,
cabaran itu harus diredah dengan semangat yang kental dan minat yang sangat
mendalam.
Perancangan yang disusun sempena Tahun ICT Peringkat diri peribadi tahun 2010
antara lainnya adalah seperti berikut:
1. Merangsang masyarakat (bukan sahaja masyarakat setempat) ke arah
kemahiran asas ICT dengan menganjurkan Kursus ICT Percuma di Anjung ICT Kok
Pasir , Tumpat , Kelantan
1.1 Kursus Bina blog (blogspot)
1.2. Kursus Bina blog (wordpress)
1.3. Kursus mendaftar dan mengendali Facebook dan laman jaringan sosial lain.
1.4. Kursus membangun dan mengendali Radio internet.
1.5. Kursus membina dan mengendali e-mel
1.6. Kursus membangun dan mengendali egroups di yahoogroups.com
1.7. Kursus membina web album
1.8. Kursus Program Auto Post.
1.9. Kursus menggunakan perisian FTP
1.10.Kursus Bina laman web
1.11.Membantu mendaftar domain dan hosting.
1.12.Kursus cara mendaftar web hosting percuma
1.13 Kursus Youtube
1.14 Kursus Outlook Express
1.15 Kursus Xanga , Multiply, skrin capture, video converter dan sebagainya.
1.16 Lain-lain kursus asas mengendalikan perisian di internet .
Masa : setiap Jumaat atau Sabtu , petang atau pagi. Peserta boleh saja seorang
hingga tiga orang sekali kursus. Bawa laptop sendiri, akses ke internet
disediakan. Bayaran : Percuma.
Makan dan minum tidak disediakan. Tapi kalau disediakan oleh keluarga ianya
percuma juga.
2. Kursus Komputer terbuka kepada kanak-kanak di bawah 12 tahun sahaja.
2.1 Kursus Microsoft Word
2.2 Kursus Microsoft Powerpoint
Di Anjung ICT tidak menyediakan kursus-kursus komputer yang lain
seperti Adobe Photoshop, Excel dan sebagainya kecuali ada yang ingin membantu
dengan sukarela sepenuhnya.
3. Radio internet
3.1 Mengendali Radio Web Puisi Pesisir (Bersama rakan-rakan di persatuan
Penulis Tumpat - Pesisir) - Radio yang memuatkan bacaan sajak, menyiarkan
aktiviti-aktiviti penulisan terutamanya di Pesisir dan di Kelantan. - Radio
Sastera No 1
http://www.pesisir.net
3.2 Mengendali Radio Web Tumpat ( Semoga mendapat sokongan daripada warga
Tumpat) -radio web ini memuatkan info-info mengenai Daerah Tumpat dan
aktiviti-aktiviti yang di adakan di daerah ini.
http://radiotumpat.blogspot.com - Tema dari Tumpat untuk semua.
3.3 Mengendali Radio Web ICT Kelantan - diisi dengan panduan-panduan ict dan
rakaman kursus-kursus ICT , juga info berkenaan ICT .
http://radioict.blogspot.com/ - Dari telinga ke hujung jari.
3.4 Mengendali Radio Web Kok Pasir - Siaran yang hampir sama dengan Radio Web
Tumpat.
http://www.kokpasir.com - Suara dari Kok Pasir
4. Mengendali Egroup
4.1 Mengendali kurang lebih 300 egroups di yahoogroups.
4.2 Mengendali kurang lebih 10 egroups di Googlegroups.
4.3 Mengendali beberapa group di Facebook.
Dalam proses pengendalian ini , antara peranan yang boleh dimainkan adalah :
4.3.1 . Mengurangkan pengiriman e-mel skim cepat kaya dan e-mel iklan yang
tidak berkaitan (SPAM) dengan memban semua e-mel yang mengirimkan iklan yang
tidak dibenarkan dan pengiriman e-mel yang berunsur fitnah.
4.3.1. Mengaktifkan perbincangan di egroups.
4.3.2 Berusaha menambah jumlah keahlian dan meningkatkan mutu perbincangan
sesuai dengan matlamat egroup tertentu.
4.3.3 Jadikan egroup dan blog sebagai saluran utama untuk mengongsi
pengalaman tentang ICT dan lain-lain kemahiran yang ada kerana ianya mudah
dikendalikan.
4.3.4 Mewujudkan suasana persahabatan yang lebih erat dalam kalangan ahli
egroups.
5. Laman Web , Blog dan laman jaringan sosial.
5.1 Membina laman web dan mengemaskini dari masa ke semasa
sesuai dengan matlamatnya.
5.2 Mengemaskini dan menambah bilangan blog yang sedia ada.
5.3 Memanfaatkan laman-laman jaringan social seperti Facebook
, My Space, ning.com dan sebagainya yang telah dan akan didaftar.
5.4 Mewujudkan laman blog, laman web dan laman jaringan social
, egroups, e-mel perseorangan yang terbanyak dalam kalangan warga Malaysia.
5.5 Mengongsi foto-foto yang dirakam dari masa ke semasa di
laman web atau di blog.
- Sehingga kini telah banyak laman web dan blog yang tidak dikemaskini
sebagaimana sepatutnya. Untuk mengemaskini semua blog itu perlu gunakan
kaedah auto post.
6. Mewujudkan Perpustakaan ICT
6.1 Perpustakaan ICT dimuatkan buku-buku , bahan-bahan bercetak , CD dan
sebagainya yang ditempatkan sama ada di Balai ICT atau Anjung ICT.
7. Kursus ICT Dalam Talian
7.1 Adakan kursus ICT secara dalam talian berserta panduan audio, paparan
skrin dan video bagi memudahkan diikuti secara tersusun dan jelas.
7.2 Panduan dalam bentuk paparan skrin berserta video dan audio yang
dimuatkan ke Cd atau DVD.
7.3 Kursus dalam talian menggunakan web radio terutamanya di web radio ICT
Kelantan
8. Perjumpaan ICT
8.1 perjumpaan ICT akan diadakan dari masa ke semasa bagi membincangkan
topic terhala yang ditetapkan sesuai dengan keadaan semasa.
8.2 Perjumpaan ICT berskala kecil diadakan sama ada di Balai ICT atau di
tempat yang tidak memerlukan perbelanjaan yang banyak. Cukup dengan jamuan Teh
o dan goreng pisang sahaja.
9. Kursus ICT
9.1 Menganjurkan dengan kerjasama pihak tertentu kursus Komputer dan ICT
yang boleh disertai antara 10 ke 15 orang setiap sesi.
9.2 Kursus Adobe Photoshop
9.3 Kursus Joomla
9.4 Kursus fotografi
9.5 Kursus bina laman blog
9.6 Kursus youtube
9.7 Kursus Web radio
9.8 Kursus bina laman e-dagang
9.9 Kursus flash
9.10 Kursus-kursus lain yang berkaitan.
10. Penubuhan Balai ICT Daerah
10.1 Penubuhan Balai ICT sepertimana yang dicetuskan oleh Dato Tahir Ramly
dalam perjumpaan ICT di MID Kok Pasir pada 11 Disember 2009 - Balai ICT
dicadangkan diwujudkan di bekas Pusat ICT Kok Pasir /Pusat Sumber maklumat desa
Kok Pasir yang pernah wujud sebelum ini.
Pengisian Balai ICT antara lainnya sebagai tempat pertemuan dalam kalangan
warga ICT , tempat mengakses maklumat, tempat rujukan dan segala hal yang
berkaitan dengan ICT dengan hasrat mendekatkan masyarakat seluruhnya kepada ICT.
11. Perancangan lain
1. Wujudkan video dan laman e-deklamasi
2. Membantu organisasi tempat kerja dalam hal-hal yang berkaitan dengan
ICT.
3. Mewujudkan laman web terbanyak, blog terbanyak , laman jaringan sosial
yang terbanyak, egroups yang terbanyak, e-mel terbanyak untuk rekod diri
sendiri.
Dengan perancangan yang dibuat ini bermakna saya perlu tumpukan perhatian
sepenuhnya bagi menjayakan Tahun ICT peringkat diri sendiri ini. Oleh yang
demikian saya perlu mengorbankan sebahagian aktiviti lain seperti aktif dalam
aktiviti secara badan sukarela dan sebagainya.
Kepada rakan-rakan penulis terutamanya saya memohon maaf kerana menghadkan
aktiviti tahun ini , begitu juga dengan rakan-rakan sekampung . Ini adalah
sebuah perjuangan dan setiap perjuangan pasti memerlukan pengorbanan.
Saya bercadang tahun 2011 akan datang akan menumpukan kepada dunia penulisan
yang merupakan bidang yang digemari sejak lebih 30 tahun yang lalu.
Dengan terkirimkan catatan ini bermakna telah bermula Tahun ICT peringkat diri
sendiri 2010 dari saya untuk semua.
Semoga memanfaatkan.
Ediramle Ismail,
Anjung ICT Kok Pasir, Tumpat, Kelantan
1 Januari 2010.
http://www.google.com/profiles/ediramle