bagus...semua aktiviti /kursus yang dirancangkan oleh EDI RAMLI berkaitan 
ict....... yang boleh memberi manfaat kepada pendudk kelantan......


 
 

--- On Sat, 1/2/10, Ediramle Ismail <[email protected]> wrote:


From: Ediramle Ismail <[email protected]>
Subject: { IT-KELANTAN } Tahun ICT Ediramle Ismail
To: [email protected], [email protected], 
[email protected], [email protected], [email protected], 
[email protected]
Date: Saturday, January 2, 2010, 10:32 AM


  





PERANCANGAN TAHUNAN  ICT  PERINGKAT  DIRI  SENDIRI  EDIRAMLE  ISMAIL TAHUN 2010
 
Tulisan ini bukanlah  sebuah kertas kerja , tetapi sebuah catatan  perancangan 
peribadi  ICT saya  untuk tahun 2010.
Selamat  tahun baru  2010 diucapkan kepada semua rakan-rakan di groups 
Yahoogroups  atau yang membaca  catatan ini sama ada yang mengenali saya secara 
langsung atau mengenali  hanya  melalui ruang maya di internet atau yang hanya 
baru pertama kali menemui saya melalui catatan ini.
 
Sempena tahun 2010 saya berazam untuk  meningkatkan diri dalam beberapa perkara 
disebabkan  kini usia saya sudah melangkaui 50 tahun dan kesempatan yang ada  
rasanya telah menjadi semakin singkat.
Memandangkan saya sebelum ini tidak banyak menyumbang kepada masyarakat, tahun 
ini saya merancang untuk jadikan Tahun 2010 sebagai Tahun ICT  untuk peringkat 
diri sendiri bertujuan mengongsi apa yang diketahui sepanjang  menjalani 
kembara di alam siber yang bermula sejak 1998 yang lalu hingga sekarang.
 
Sempena Tahun ICT peringkat diri peribadi ini,  beberapa perancangan telah  dan 
akan disusun  bagi dimanfaatkan semua. Bagi melaksanakan perancangan ini sudah 
pasti  ianya bakal  sangat meletihkan, bukan sekadar  letih fizikal malahan 
juga pemikiran . Tapi demi untuk sesuatu yang mungkinnya bakal dimanfaatkan , 
cabaran itu harus diredah dengan semangat yang kental dan minat yang  sangat 
mendalam.
 
Perancangan yang disusun sempena Tahun ICT Peringkat diri peribadi tahun 2010 
antara lainnya adalah seperti berikut:
1.       Merangsang  masyarakat (bukan sahaja masyarakat setempat)  ke arah 
kemahiran asas ICT dengan menganjurkan Kursus ICT Percuma di Anjung ICT Kok 
Pasir , Tumpat , Kelantan
1.1  Kursus  Bina blog (blogspot)
1.2. Kursus Bina blog (wordpress)
1.3. Kursus mendaftar dan mengendali Facebook dan laman jaringan sosial lain.
1.4. Kursus membangun dan mengendali Radio internet.
1.5. Kursus membina dan mengendali e-mel
1.6. Kursus membangun dan mengendali egroups di yahoogroups. com
1.7. Kursus membina web album
1.8. Kursus Program Auto Post.
1.9. Kursus menggunakan perisian FTP
1.10.Kursus Bina laman web
1.11.Membantu mendaftar domain dan hosting.
1.12.Kursus cara mendaftar web hosting percuma
1.13 Kursus Youtube
1.14 Kursus Outlook Express
1.15 Kursus Xanga , Multiply, skrin capture, video converter  dan sebagainya.
1.16  Lain-lain kursus asas mengendalikan perisian di internet .                

Masa : setiap Jumaat atau Sabtu , petang atau pagi.  Peserta boleh saja seorang 
hingga tiga orang sekali kursus. Bawa laptop sendiri, akses ke internet 
disediakan. Bayaran :  Percuma.
Makan dan minum tidak disediakan. Tapi kalau disediakan oleh keluarga ianya 
percuma juga.
 
2.       Kursus Komputer  terbuka kepada kanak-kanak di bawah 12 tahun sahaja.

        2.1   Kursus Microsoft Word
2.2     Kursus Microsoft Powerpoint
 
        Di Anjung   ICT tidak menyediakan kursus-kursus komputer yang lain 
seperti Adobe Photoshop, Excel dan sebagainya kecuali ada yang ingin membantu 
dengan sukarela sepenuhnya.
 
3.       Radio internet
3.1   Mengendali Radio Web   Puisi Pesisir   (Bersama rakan-rakan di persatuan 
Penulis Tumpat - Pesisir)  - Radio yang memuatkan bacaan sajak, menyiarkan 
aktiviti-aktiviti penulisan terutamanya di Pesisir dan di Kelantan.  –  Radio 
Sastera No 1
http://www.pesisir. net 
3.2   Mengendali Radio Web Tumpat ( Semoga mendapat sokongan daripada warga 
Tumpat) –radio web ini memuatkan info-info mengenai Daerah Tumpat dan 
aktiviti-aktiviti yang di adakan di daerah ini.  http://radiotumpat. blogspot. 
com   - Tema dari Tumpat untuk semua.
3.3   Mengendali Radio Web ICT Kelantan -  diisi dengan panduan-panduan ict dan 
rakaman kursus-kursus ICT , juga info berkenaan ICT . http://radioict. 
blogspot. com/   -  Dari telinga ke hujung jari.
 
3.4  Mengendali Radio Web Kok Pasir – Siaran yang hampir sama dengan Radio Web 
Tumpat.
http://www.kokpasir .com   - Suara dari Kok Pasir 
 
4.       Mengendali Egroup
4.1   Mengendali  kurang lebih 300 egroups di yahoogroups.
4.2   Mengendali kurang lebih 10 egroups di Googlegroups.
4.3   Mengendali  beberapa group di Facebook.
 
Dalam proses pengendalian ini , antara peranan yang boleh dimainkan adalah :
4.3.1 .  Mengurangkan pengiriman e-mel skim cepat kaya dan e-mel iklan yang 
tidak berkaitan (SPAM)   dengan memban semua e-mel yang mengirimkan iklan yang 
tidak dibenarkan dan pengiriman e-mel yang berunsur fitnah.
4.3.1.   Mengaktifkan perbincangan di egroups.
4.3.2    Berusaha menambah jumlah keahlian dan meningkatkan mutu perbincangan 
sesuai dengan matlamat egroup tertentu.
4.3.3    Jadikan egroup dan blog sebagai saluran utama untuk mengongsi 
pengalaman tentang ICT dan lain-lain kemahiran yang ada kerana ianya mudah 
dikendalikan.
4.3.4    Mewujudkan suasana persahabatan yang lebih erat dalam kalangan ahli 
egroups.
 
 
      5.     Laman Web , Blog dan laman jaringan sosial.
              5.1    Membina  laman web  dan mengemaskini dari masa ke semasa 
sesuai dengan matlamatnya.
              5.2    Mengemaskini dan menambah bilangan blog yang sedia ada.
              5.3    Memanfaatkan laman-laman jaringan social seperti Facebook 
, My Space, ning.com dan sebagainya yang telah dan akan didaftar.
              5.4   Mewujudkan laman blog, laman web dan laman jaringan social 
, egroups, e-mel  perseorangan yang terbanyak dalam kalangan warga Malaysia.
             5.5    Mengongsi foto-foto yang dirakam dari masa ke semasa di 
laman web atau di blog.
-          Sehingga kini telah banyak laman web dan blog yang tidak 
dikemaskini  sebagaimana sepatutnya.  Untuk mengemaskini semua blog itu perlu 
gunakan kaedah auto post.
 
6.           Mewujudkan Perpustakaan ICT
6.1      Perpustakaan ICT dimuatkan buku-buku , bahan-bahan bercetak , CD dan 
sebagainya yang ditempatkan sama ada di Balai ICT atau Anjung ICT.
 
7.       Kursus ICT Dalam Talian
7.1      Adakan kursus ICT secara dalam talian berserta  panduan audio, paparan 
skrin dan video bagi memudahkan diikuti secara tersusun dan jelas.
7.2      Panduan dalam bentuk paparan skrin berserta video dan audio yang 
dimuatkan ke Cd atau DVD.
7.3      Kursus dalam talian menggunakan web radio terutamanya di web radio ICT 
Kelantan
 
8.        Perjumpaan ICT
8.1      perjumpaan ICT akan diadakan dari masa ke semasa bagi membincangkan 
topic terhala yang ditetapkan sesuai dengan keadaan semasa.
8.2      Perjumpaan ICT  berskala kecil diadakan sama ada di Balai ICT atau di 
tempat yang tidak memerlukan perbelanjaan yang banyak. Cukup dengan jamuan Teh 
o  dan goreng pisang sahaja.
 
9.       Kursus ICT
9.1      Menganjurkan dengan kerjasama pihak tertentu kursus Komputer  dan ICT  
yang boleh disertai  antara 10 ke 15 orang setiap sesi.
9.2      Kursus Adobe Photoshop
9.3      Kursus Joomla
9.4      Kursus fotografi
9.5      Kursus bina laman blog
9.6      Kursus youtube
9.7      Kursus Web radio
9.8      Kursus bina laman e-dagang
9.9      Kursus flash
9.10  Kursus-kursus lain yang berkaitan.
 
10.   Penubuhan Balai ICT Daerah
10.1  Penubuhan Balai ICT sepertimana yang dicetuskan oleh  Dato Tahir Ramly 
dalam perjumpaan ICT di MID Kok Pasir pada 11 Disember 2009 – Balai ICT 
dicadangkan diwujudkan di bekas Pusat ICT Kok Pasir /Pusat Sumber maklumat desa 
Kok Pasir yang pernah wujud sebelum ini.
Pengisian Balai ICT antara lainnya sebagai tempat pertemuan dalam kalangan 
warga ICT , tempat mengakses maklumat, tempat rujukan dan segala hal yang 
berkaitan dengan ICT dengan hasrat mendekatkan masyarakat seluruhnya kepada ICT.
 
11.    Perancangan lain
1.       Wujudkan video dan laman e-deklamasi
2.       Membantu  organisasi tempat kerja dalam hal-hal yang berkaitan dengan 
ICT.
3.       Mewujudkan laman web terbanyak, blog terbanyak , laman jaringan sosial 
yang terbanyak, egroups yang terbanyak,  e-mel terbanyak  untuk  rekod diri 
sendiri.
 
 
Dengan perancangan yang dibuat ini bermakna saya perlu tumpukan perhatian 
sepenuhnya bagi menjayakan Tahun ICT peringkat diri sendiri ini. Oleh yang 
demikian saya perlu mengorbankan sebahagian aktiviti lain seperti aktif dalam 
aktiviti  secara badan sukarela  dan sebagainya.
Kepada rakan-rakan penulis terutamanya saya memohon maaf kerana menghadkan 
aktiviti tahun ini , begitu juga dengan rakan-rakan sekampung . Ini adalah 
sebuah perjuangan dan setiap perjuangan pasti memerlukan pengorbanan.
Saya bercadang tahun 2011 akan datang akan menumpukan kepada dunia  penulisan  
yang merupakan bidang yang digemari sejak lebih 30 tahun yang lalu.
 
Dengan terkirimkan catatan ini bermakna telah bermula Tahun ICT peringkat diri 
sendiri 2010 dari saya untuk semua.
 
Semoga  memanfaatkan.
 
Ediramle Ismail,
Anjung  ICT Kok Pasir, Tumpat, Kelantan
1 Januari 2010.
 
http://www.google. com/profiles/ ediramle
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 







      

Kirim email ke