Ini ada beberapa contoh do'a di bulan ramadhan, semoga bermanfaat.
Lana's
---------------------------- Original Message ----------------------------
Subject: [STAFF] DOA BULAN RAMADHAN (nambah ya?)
From:    "Budi Utami Fahnun"
Date:    Mon, September 1, 2008 2:55 pm
To:      [EMAIL PROTECTED]
--------------------------------------------------------------------------

Hari Pertama : "Ya Allah, jadikanlah puasa ku, puasa orang benar-benar
berpuasa. Dan ibadah malam ku, ibadah orang benar-benar mengerjakan
ibadah. Dan jagalah aku dari tidurnya orang yang lalai. Hapuskanlah dosa
ku wahai Tuhan sekalian alam. Dan Ampunilah aku wahai Tuhan maha pengampun
daripada segala dosa."

Hari Ke 2 : "Ya Allah, dekatkan aku kepada keredaan Mu dan jauhkan aku
daripada kemurkaan serta balasan Mu. Berilah aku kemampuan membaca
ayat-ayat Mu dengan rahmat Mu, wahai Tuhan Maha Pengasih"

Hari Ke 3 : “Ya Allah limpahkan aku dengan kecerdikan fikiran dan
kewaspadaan serta jauhkan aku daripada kebodohan dan kesesatan. Sediakan
bahagian ku daripada kebaikan yang kau turunkan., demi kemurahan Mu, wahai
Tuhan Maha Pemurah daripada segala dermawan.”

Hari Ke 4 : “Ya Allah berilah kekuatan kepada ku untuk melaksanakan
perintah Mu dan berilah aku kemanisan berzikir. Berilah aku kekuatan
melahirkan kesyukuran dengan kemuliaan Mu. Dan jagalah aku dengan jagaan
dan perlindungan Mu, wahai Tuhan Maha Melihat.”

Hari Ke 5 : “Ya Allah, tempatkan aku di kalangan orang yangsentiasa
memohon keampunan. Jadikanlah aku hamba Mu yang saleh serta jadikanlah aku
di kalangan auliya’(orang yang mendapat keutamaan Mu) yang hampir di
sisiMu dengan kelembutan Mu, wahai Tuhan yang Mahapengasih daripada segala
pengasih.”

Hari Ke 6 : “Ya Allah, janganlah aku dihina kerana perbuatan maksiat ku
kepada Mu dan janganlah menyeksa ku dengan balasan Mu. Jauhkan aku
daripada sesuatu yang boleh mendatangkan kemurkaan Mu, dengan anugerah dan
bantuan Mu, wahai kemuncak keinginan orang yang berkeinginan.”

Hari Ke 7 : “Ya Allah bantulah aku untuk mengerjakan puasa dan ibadah
malamnya. Jauhkanlah aku daripada dosa-dosanya. Dan berilah aku zikir
untuk mengingati Mu secara berterusan, dengan taufik (petunjuk) Mu wahai
pemberi petunjuk kepada orang yang sesat.”

Hari Ke 8 : “Ya Allah, berilah aku rezeki berupa kasih sayang kepada
anak-anak yatim, pemberi makanan, penyebar salam dan bergaul dengan mulia,
dengan kemuliaan Mu tempat berlindung orang yang berharap.”

Hari Ke 9 : “Ya Allah, sediakan bagi ku sebahagian daripada keluasan
rahmat Mu. Berilah aku petunjuk dengan ajaran-ajaran Mu. Bimbinglah aku
menuju keredaan Mu yang penuh dengan kecintaan Mu, wahai harapan orang
yang merindu.”

Hari Ke 10 : "Ya Allah, jadikan aku di antara orang bertawakal kepada Mu
dan jadikan aku di kalangan orang yang menang di sisi Mu. Ya Allah,
jadikan aku di kalangan orang yang dekat di sisi Mu. Dengan ihsan Mu wahai
tempat tuju orang yang memohon.”

Hari Ke 11 : “Ya Allah, tanamkan dalam diri ku kecintaan melakukan
kebaikan dan kebencian melakukan perbuatan maksiat serta fasik. Ya Allah
jauhkan ku daripada kemurkaan Mu dan seksaan api neraka, dengan
pertolongan Mu wahai Tuhan yang menolong orang memerlukan pertolongan.”


Hari Ke 12 : “Ya Allah, hiasilah diri ku dengan penutup dan kesucian.
Tutuplah diri ku dengan pakaian kesederhanaan dan kerelaan. Tempatkan aku
di jalan keadilan dan keikhlasan. Amankan diri ku daripada setiap perkara
yang aku takut, dengan penjagaan Mu, wahai penjaga orang yang takut.”

Hari Ke 13 : “Ya Allah, bersihkan diri ku daripada kekotoran dan kehinaan.
Berilah kesabaran kepada ku untuk menerima segala ketentuan. Berilah
kemampuan kepada ku untuk bertakwa dan bergaul dengan orang baik, dengan
bantuan Mu wahai pengharap orang yang miskin.”

Hari Ke 14 : “Ya Allah, jangan aku dihukum disebabkan kekeliruan yang ku
lakukan. Ampunkan aku daripada kesalahan dan kebodohan. Janganlah kau
jadikan diri ku sasaran bala dan malapetaka, dengan kemuliaan Mu wahai
kemuliaan kaum Muslimin.”

Hari Ke 15 : “Ya Allah limpahkan rezeki kepada ku berupa ketaatan orang
yang khusyuk. Lapangkan dada ku dengan taubat orang yang menyesal, dengan
keamanan Mu wahai keamanan orang yang takut.”

Hari Ke 16 : “Ya Allah, berilah kemampuan kepada ku untuk menjalani
kehidupan seperti mana kehidupan orang baik. Jauhkan bagi ku kehidupan
orang yang melakukan kejahatan. Lindungilah aku dengan rahmat Mu hingga ke
alam akhirat, demi ketuhanan Mu wahai Tuhan sekalian alam.”

Hari Ke 17 :“Ya Allah, tunjukkan bagi ku amal kebajikan dan penuhilah
hajat serta cita-cita ku, wahai Tuhan yang Maha Mengetahui segala
keperluan tanpa ungkapan permohonan. Wahai yang Maha Mengetahui segala
yang ada dalam hati sekalian makhluk. Selawat dan salam ke atas Nabi
Muhammad dan keluarga baginda yang suci.”

Hari Ke 18 : “Ya Allah, sedarkan aku untuk mencari keberkatan. Terangkan
hati ku secerah cahaya dan bimbinglah aku serta anggota ku untuk mengikuti
segala ajaran Mu, dengan cahaya Mu wahai penerang hati orang yang bijak.”

Hari Ke 19 : “Ya Allah, penuhkan bahagian ku dengan keberkatan dan
mudahkan bagi ku menuju ke arah kebaikan. Jangan kau jauhkan aku daripada
ketenteraman kebaikan, wahai pemberi petunjuk kepada kebenaran.”

Hari Ke 20 : “Ya Allah, bukakan bagi ku pintu-pintu syurga dan tutupkan
bagiku pintu-pintu neraka. Berilah kemampuan kepada ku untuk membaca
ayat-ayat suci al-Quran, wahai pemberi ketenangan dalam hati orang
beriman.”

Hari Ke 21 : “Ya Allah, berilah aku petunjuk untuk mendapat keredaan Mu.
Janganlah engkau biarkan syaitan menguasai diri ku. Jadikan syurga tempat
tinggal dan berehat bagi ku, wahai pelaksana keperluan orang meminta.”

Hari Ke 22 : "Ya Allah, bukakan bagi ku pintu kelebihan dan turunkan bagi
ku keberkatan mu. Berilah kepada ku untuk melakukan sesuatu yang
mendatangkan keredaan Mu dan tempatkan aku dalam syurga Mu yang luas,
wahai penjawab doa orang dalam kesempitan.”

Hari Ke 23 : “Ya Allah bersihkan aku daripada segala dosa dan jauhkan diri
ku daripada keaiban serta tanamkan ketakwaan dalam hati ku, wahai
pengampun kesalahan orang yang berdosa.”


Hari Ke 24 : “Ya Allah, aku bermohon kepada Mu perkara yang mendatangkan
keredaan Mu. Aku berlindung dengan Mu daripada perkara yang mendatangkan
kemarahan Mu dan aku bermohon kepada Mu kemampuan untuk mentaati Mu serta
menghindari kemaksiatan terhadap Mu, wahai pemberi kepada yang meminta.”

Hari Ke 25 : “Ya Allah, jadikan aku orang yang menyintai auliya’ Mu dan
memusuhi musuh Mu. Jadikan aku pengikut sunnah nabi Mu, wahai penjaga hati
para Nabi.”

Hari Ke 26 : “Ya Allah, jadikan usaha ku sebagai usaha yang sentiasa
disyukuri, dosa-dosa ku sebagai dosa yang diampuni, kebaikan ku sebagai
kebaikan yang diterima dan keaiban ku sebagai keaiban yang ditutupi, wahai
Tuhan Maha Mendengar daripada semua pendengar.”

Hari Ke 27 : “Ya Allah, berilah rezeki berbentuk ganjaran Lailatul Qadar
kepada ku, ubahkan perkara sulit menjadi mudah, makbulkan permintaan maaf
ku dan hapuskan dosa serta kesalahan ku, wahai Tuhan Maha Penyayang kepada
hamba soleh.”

Hari Ke 28 : “Ya Allah, penuhkan hidup ku dengan amalan sunnah dan
muliakan aku dengan diterimanya semua permintaan, wahai Tuhan yang tidak
disibukkan oleh permintaan orang meminta.”

Hari Ke 29 : “Ya Allah, hiasilah aku dengan rahmat Mu dan berikanlah aku
petunjuk serta penjagaan Mu. Bersihkan hati ku dengan fitnah, wahai
pengasih kepada hamba yang beriman.”

Hari Ke 30 : “Ya Allah, jadikan puasa ku disertai dengan rasa syukur dan
diterima oleh Mu melalui jalan keredaan Mu serta keredaan rasul Mu,
cabangnya yang kukuh dan kekuatan keberkatan, demi kenabian Muhamad SAW
dan keluarga baginda yang suci dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian
alam



---------------------------------------------------------------------
UG Community --> http://community.gunadarma.ac.id
To unsubscribe, e-mail: [EMAIL PROTECTED]
For additional commands, e-mail: [EMAIL PROTECTED]




------------------------------------------------------------------
- Milis Masjid Ar-Royyan, Perum BDB II, Sukahati, Cibinong 16913 -
- Website http://www.arroyyan.com ; Milis jamaah[at]arroyyan.com -

Syuraih bin Hani berkata: Aku pernah bertanya kepada Aisyah Radhiallaahu anha : 
Apa yang pertama sekali dilakukan Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam setiap 
kali memasuki rumahnya? Aisyah Radhiallaahu anh menjawab: Beliau Shalallaahu 
alaihi wasalam memulainya dengan bersiwak. (HR. Muslim). 

Kirim email ke