Mengapa orang Eropah lebih tinggi berbanding orang Asia? 
      x tau la betul ke idak...u all baca la untuk info..
   
  From: Nasaruddin Abu Bakar 
   
  Mengapa orang Eropah lebih tinggi berbanding orang Asia? 
   
  Dengan nama Allah yang amat Pemurah lagi amat Mengasihani 
   
  Assalamualaikum wbt sekalian Muslimin, 
   
  Siapa yang pernah hidup zaman perang dunia kedua sewaktu Jepun menyerang 
Tanah Melayu pastinya mereka masih ingat bagaimana orang Jepun ini macam ayam 
katik atau macam ayam serama kerana mereka adalah orang yang pendek. 
   
  Bila kita berkunjung ke mana-mana pusat peranginan seperti Genting Highland 
tentunya kagum melihat orang Amerika dan Eropah besar dan tinggi badan mereka. 
   
  Apabila kita belajar dalam ilmu sains dinyatakan bahawa orang Amerika dan 
Eropah ini mempunyai gen yang khusus yang menjadikan badan mereka tinggi. 
   
  Pandangan dari ilmu sains ini diterima umum tanpa banyak soal kerana ada 
perkataan "MENURUT SAINS". Persoalan yang ingin saya kemukakan disini ialah 
"Apakah kenyataan sains yang mengatakan orang Amerika dan Eropah ini mempunyai 
baka atau gen tinggi ini benar atau hanya tipu daya manusia dengan menggunakan 
sains sebagai alatnya?? ". 
   
  Setengah orang pula mengatakan bahawa jikalau kita makan makanan yang berzat 
seperti susu, telur dan daging, kita boleh menjadi tinggi macam orang Amerika!! 
   
  Sebelum saya mengupas lanjut isu ini mari kita lihat senario ini: 
   
  1. Hamba abdi yang diambil dari afrika dulu kebanyakannya pendek namun 
mengapakah kini bangsa ini di Amerika majoritinya adalah tinggi dan setanding 
dengan orang Amerika lainya?? 
   
  2. Sesiapa yang pernah pergi mengerjakan haji atau umrah tentunya pernah 
melihat orang Arab Saudi sebahagiannya tinggi setanding orang Amerika tetapi 
sebahagian mereka juga pendek macam orang Malaysia. Begitu juga dengan orang 
Afrika yang sebahagiannya tinggi dan sebahagiannya pendek?? 
   
  3. Sewaktu musim haji ini juga kita boleh melihat orang Afghanistan 
majoritinya tinggi macam orang Amerika sedangkan kita semua tahu bahawa orang 
Afghanistan ini makan makanan yang tidak mewah semewah majoriti orang Malaysia. 
   
  4. Ramai orang benggali di Malaysia jauh lebih tinggi dari kebanyakan orang 
melayu dan Cina. 
   
  5. Ramai orang Indonesia yang bekerja diMalaysia adalah pendek berbanding 
kebanyakan orang Malaysia. 
   
  6. Kebanyakan orang Cina di Tanah Besar Cina juga adalah pendek. 
   
  7. Kebanyakan orang Cina yang berhijrah ke Amerika akhirnya menghasilkan 
keturunan yang semakin tinggi seperti beberapa bintang filem Cina di Hollywood 
yang setanding dengan orang Amerika lainnya. 
   
  8. Kini ramai orang Jepun di Jepun dan orang Cina di Hongkong lebih tinggi 
saiz badannya berbanding kebanyakan orang Jepun dan Cina dahulu kala. 
   
  9. Terdapat banyak kes, datuk nenek dan ibu bapa bersaiz pendek namun 
menghasilkan anak yang tinggi hingga 5' 11" atau lebih tinggi lagi. 
   
  Memadailah dengan 9 senario yang saya kemukakan di atas untuk membuka minda 
kita semua bagi topik perbincangan kali ini. Apakah hipotesis yang kita semua 
boleh ketengahkan untuk menjelaskan senario di atas?? 
   
  Saya amat bersyukur kepada Allah SWT kerana dipertemukan seorang guru yang 
akhirnya menjadi satu-satunya sahabat yang paling rapat sehingga saya begitu 
merasakan kehilangannya kira-kira lebih 3 tahun lalu apabila beliau dipanggil 
menghadap Ilahi pada usia 58. Beliaulah yang begitu banyak sekali membimbing 
saya dari budaya jahiliah kepada hidup sebagai mudah-mudahan insya-Allah 
seorang muslim yang beriman. 
   
  Selain dari mengajar bab agama, beliau juga banyak mengajarkan saya pelbagai 
ilmu seperti tanda pada tapak tangan apabila bersalam dengan orang sebagai 
contohnya orang bujang yang banyak berzina, subhanallah. Pada kali ini saya 
ingin memanjangkan satu ilmu yang diperturunkan dari guru saya iaitu pengaruh 
makanan terhadap ketinggian seseorang. 
   
  Ilmu tersebut ialah SESEORANG YANG BANYAK MENGAMBIL MAKANAN DARI PRODUK 
GANDUM AKAN MENJADIKANNYA TINGGI BERBANDING SESEORANG YANG BANYAK MENGAMBIL 
MAKANAN DARI PRODUK BERAS. 
   
  Saya memang begitu memahami tabiaat saya dahulu kala, iaitu bukan mudah untuk 
menerima pendapat sesiapa walaupun guru saya sendiri dan guru saya juga amat 
memahami hakikat ini. Inilah yang menyebabkan proses bimbingan arwah guru saya 
terhadap saya amat halus. 
   
  Sebaik menerima ilmu ini saya mula berfikir. Saya mula melihat diri saya ini. 
Saya dilahirkan oleh ibu bapa dari keturunan jawa tulen. 8 orang adik beradik 
dan kesemuanya pendek belaka paling tinggi pun sekadar 5' 4". Namun Allah 
jadikan saya dengan ketinggian lebih dari 5' 11". Kejadian Allah ada 
sunnatullahnya. Setelah mengakaji sejarah hidup saya sewaktu kecil hingga 
remaja dan saya bandingkan dengan adik beradik lain, maka saya akur dengan ilmu 
dari guru saya tersebut. Sewaktu saya berada di sekolah rendah darjah 1 hingga 
6, saya adalah pendek di dalam kelas. 
   
  Saya sejak kecil amat gemar kuih yang diperbuat dari tepung gandum seperti 
kuih ketayap, kaswi, lapis, pau, roti canai dan cekodok. Banyak dari kuih ini 
saya yang membuatnya sendiri bermula dari usia 10 tahun. Ini adalah perbezaan 
yang nyata berbanding adik beradik lain yang gemar makan nasi tidak kira pagi, 
tengahari, petang atau malam. Setelah memasuki tingkatan 4 saya berpindah ke 
sekolah asrama penuh dan memang roti adalah hidangan utama dan saya juga amat 
gemarkan roti ini yang saya makan dengan mentega buttercup. Pada peringkat 
inilah saya perhatikan saya mula menjadi orang yang tertinggi di dalam kelas. 
Kesimpulan dari sejarah hidup saya ini ialah; saya dilahirkan sebagai seorang 
yang pendek sehingga tingkatan 1 dan selepas ini saya mula bertambah ketinggian 
dengan pantas hingga tinggi saya menjadi lebih 5' 11' sekarang. Sebenarnya 
memang saya banyak sekali mengambil makanan dari produk gandum selain nasi. 
   
  Selepas mengkaji sejarah hidup saya, saya mula mengkaji sejarah pelajar saya 
yang tinggi lampai bila ada kesempatan. Ia tepat sekali. Kemudian saya mengkaji 
orang Benggali. Rupanya bangsa ini memang menjadikan capati sebagai makanan 
ruji mereka. Padanlah orang Benggali ini majoritinya tinggi kerana mereka 
banyak makan capati. Capati dibuat dari tepung ata dan sebenarnya tepung ata 
adalah tepung gandum tulen dan itulah sebabnya tepung ini berwarna keperangan 
iaitu warna sebenar gandum sebagaimana warna spageti dan makaroni. Tepung 
gandum yang biasa kita beli memang mengandungi gandum namun ia tidak tulen dan 
itulah sebab harganya murah dibandingkan dengan tepung ata. 
   
  Bila kita kaji orang Afghanistan pula, mereka makan makanan yang sangat asas 
tanpa makanan mewah seperti kebanyakan orang di Malaysia namun satu fakta 
pentinya ialah ia makan roti gandum tulen yang menjadi makanan rujinya. Dengan 
ini, ilmu yang disampaikan oleh arwah guru saya ini adalah benar. 
   
  Bila kita lihat pelakon Cina di Hollywood kini ramai yang segak tinggi macam 
orang Amerika, barulah kita faham bahawa setelah mereka berhijrah, mereka 
melahirkan generasi muda yang makan makanan yang sama atau mirip makanan orang 
asli Amerika yang banyak makan produk gandum. Itulah sunnatullahnya yang 
menjadikan mereka tinggi macam orang Amerika. 
   
  Orang Jepun moden dan Cina moden yang tinggal di Hong Kong juga sudah berubah 
selera mereka dan gemarkan piza dan pelbagai roti. Apabila ia di makan dengan 
kerap, jadilah mereka generasi baru Jepun dan Cina yang tinggi. 
   
  Orang Cina di Tanah besar Cina serta orang Jepun secara tradisinya memang 
menjadikan beras dan produk beras seperti beehoon, kueutiaw dan sebagainya 
sebagai makanan utama mereka. Inilah faktor utama yang menjadikan mereka pendek 
sebagaimana juga orang jawa di Indonesia dan juga yang merantau ke Malaysia. 
Sekiranya kebiasaan ini dikekalkan, insya-Allah generasi mereka akan kekal 
pendek tetapi jikalau mereka mula menukar selera dengan makanan produk gandum, 
insya-Allah generasi muda mereka akan menyaingi ketinggian orang Amerika. 
   
  Itulah juga penjelasan mengapa sebahagian orang Arab di Arab Saudi ada yang 
tinggi dan pendek. Mereka yang banyak makan produk beras akan pendek dan mereka 
yang banyak makan produk gandum akan insya-Allah tinggi. 
   
  Namun satu perkara penting perlu diingat ialah kadar pertambahan tinggi 
perempuan adalah terhenti pada usia 15 – 17 tahun manakala bagi lelaki adalah 
pada usia 17 – 20 tahun. Sebaik-baik usaha yang molek untuk melahirkan anak 
yang tinggi ialah dengan memberikan makanan produk gandum pada usia awal 
sehingga usia sebelum 15 – 17 bagi perempuan dan 17 – 20 bagi lelaki. Makan 
produk gandum pada usia melewati usia-usia ini tidak mendatangkan tambahan 
ketinggian. 
   
  Sekian untuk kali ini. Wassalam wallahualam 
   
  Email saya [EMAIL PROTECTED] Com



       "Ya Allah, selamatkanlah umat Islam yg sedang sengsara di Lubnan, 
Palestin, Afghanistan, Iraq, Chechnya serta diseluruh pelosok dunia akibat dari 
angkara mungkar dan kekejaman musuh-musuh Mu. Peliharakanlah mereka, 
lindungilah mereka, kasihanilah mereka dan berikanlah rahmatMu ke atas mereka.  
 

  Amin, ya Rabbal A'lamin."

   
   
  JUNHAIRI BIN ABD JALIL 
  PERUNDING TAKAFUL IKHLAS
019-3635331




 
---------------------------------
Expecting? Get great news right away with email Auto-Check.
Try the Yahoo! Mail Beta.

Kirim email ke