pas abis musim padi ni, suh kedah ngan kuala selangor tukar tanam gandum plak..hehe
On 5/11/07, shamsz <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
rasanya fakta ni tepat..aku tak ingat dah dalam tahun berapa..China ke Jepun tukar makanan ruji diorang kepada gandum untuk kawal saiz rakyat mereka..tapi memang aku pernah terbaca..rasanya China kot..tengok la Yao Ming pemain China kat NBA Basketball tu punya saiz.. *Tok Mod <[EMAIL PROTECTED]>* wrote: Memang selain daripada faktor keturunan, pemakanan yang tinggi protein (gandum mengandungi lebih banyak protein berbanding nasi) membantu tumbesaran. Perubahan diet orang2 Jepun yang disebut dlm artikel berkenaan bukan hanya perubahan daripada nasi kepada roti, malah orang jepun sekarang lebih banyak makan daging dan minum susu -- saya pernah baca tentang perkara ini tapi dah lupa di mana :( Pasal bola ni, saya rasa mereka ada pakar pemakanan mereka sendiri -- kalau dah kerap pergi "timba pengalaman" di luar negeri, takkan tak belajar benda ni. Tapi kena mulakan dari budak2lah e.g. sekolah sukan etc. Kalau dah tua (20++) tak boleh buat apa dah... pas tu kuat hisap rokok pulak, main 20 minit dah semput. Lagi satu, saya tengok budak-budak Melayu ni tak pentingkan sangat sarapan pagi. Selalu pergi sekolah/kolej/kerja dengan perut kosong. Sedangkan sarapan pagi adalah sarapan yang terpenting dalam satu hari. Diet kita, al-maklum sajalah: nasi lemak, roti canai etc. Susu tak suka, sirap suka. Daging kurang, ikan masin/kering tak tinggal. Ulam tak berapa tapi sambal (pedas berdegung) tak boleh tinggal. Pendek kata semua yg tak berkhasiat itu "sedap"... Itu belum cerita belacan, pekasam, jeruk etc etc.... banyak lagi... lain kali kut...(?) - TokMod
