Subject: Memo Untuk Semua Staff Dari Syarikat Yang Paling Maju
Kepada Staff Sekalian,
Perhatian kepada semua staff, berkuatkuasa pada tahun 2008, syarikat ini akan
menguatkuasakan peraturan baru kepada semua staff untuk kesenangan, keselesaan
dan lebih produktiviti. Perkara yang akan digubal adalah seperti berikut:-
PENGANGKUTAN.
Sekiranya anda memandu kereta import, kereta mewah atau kereta Honda atau Skoda
contohnya, kami menganggap anda sudah terlalu mewah, jadi tiada kenaikan gaji.
Sekiranya anda memandu kereta yang telah uzur, lebih dari 10 tahun atau
menggunakan pengangkutan awam seperti bas, teksi, monorel dsb atau menunggang
motosikal, kami mengandaikan anda mempunyai banyak simpanan, jadi tiada
kenaikan gaji. Sekiranya anda memandu kereta nasional sama ada proton atau
perodua atau naza (boleh jadi juga), kami mengandaikan anda telah berada di
level yang sepatutnya, jadi tiada kenaikan gaji.
CUTI TAHUNAN.
Setiap orang akan mendapat cuti sebanyak 104 hari dalam setahun dan
kebanyakannya ialah hari sabtu dan ahad. Hari lain kerja laaa…. 24jam pun tak
kisah! Berjuang untuk syarikat.
WAKTU LUNCH.
1) Staff yang kurus akan diberi rehat selama 30 minit. Ini kerana mereka perlu
makan lebih untuk kesihatan.
2) Untuk saiz normal, mereka akan diberi rehat selama 15 minit. Ini kerana
mereka dah memang sedang elok dan cuma perlu mengambil makanan secara stabil
dan teratur.
3) Untuk mereka yang gemuk, mereka akan diberi rehat selama 5 minit sahaja. Ini
kerana mereka cuma perlu makan pil dan susu atau teh untuk menguruskan badan.
CUTI SAKIT.
Mulai tahun 2008 kami tidak lagi mengiktiraf sijil sakit dari doctor klinik
atau hospital. Ini kerana sekiranya anda mampu pergi ke klinik atau hospital
untuk dapatkan MC, anda tentu boleh pergi kerja juga. Jadi, jangan nak
mengada-ngada tak pergi kerja.
PENGGUNAAN TANDAS.
Kami mendapat aduan ramai staff yang mengambil masa terlalu lama di dalam
tandas. Mulai tahun 2008 setiap seorang hanya boleh menggunakan tandas maksimum
selama 5 minit sahaja. Sekiranya lebih dari 5 minit, secara automatiknya tandas
akan di pam, tisu akan ‘stuck’, air dari paip akan berhenti mengalir, pintu
akan terbuka dan kemera akan menyala.Sekiranya lebih dari 2 kali gambar anda
dirakam, kami akan menampal gambar anda di notis board utama di bawah korum
'staff sembelit'. Anda juga akan dikenakan caj sewa tandas kerana memalukan
syarikat pada pelawat dari luar.
PEMBEDAHAN.
Selagi anda menjadi staff di sini, kami tidak membenarkan anda melakukan
sebarang pembedahan kecil atau besar. Jangan cuba mengeluarkan apa-apa saja
organ dari dalam badan anda kerana kami mengambil anda bekerja disini kerana
pada mulanya anda mempunyai organ yang cukup. Jadi, jangan sesuka hati nak
buang organ yang sedia ada termasuk menukar jantina. Sekiranya tidak, ini
bermakna anda telah melanggar kontrak dan perkara ini boleh dibawa ke mahkamah
tinggi.
PENGGUNAAN INTERNET.
Segala penggunaan internet atas urusan peribadi seperti membaca e-mail,
chatting, games dan ‘mendownload’ akan dikenakan bayaran RM3.00 sejam (mengikut
seperti harga pasaran moden). Bayaran ini akan ditolak dari gaji anda beserta
cukai persekutuan sebanyak 3%.
Sebagai permulaan, 71% staff di sini tidak akan mendapat gaji selama 3 bulan
berturut-turut, ini kerana harga penggunaan internet sahaja telah melebihi 3
bulan gaji mereka.
BONUS.
Setiap pertengahan tahun dan akhir tahun syarikat akan memberi bonus kepada
staff sebagai tanda penghargaan dan terima kasih yang tak terhingga dari
syarikat. Namun, bonus ini hanya akan diberikan kepada staff yang gemar meminum
air soya sahaja. Ini adalah kerana berdasarkan pada pasaran semasa air kotak
bonus yang bersaiz 1 liter hanya mempunyai perasa kacang soya sahaja. Oleh itu
bagi yang tidak meminati air soya janganlah memandai-mandai nak mogok syarikat
tak bagi bonus!
WAKTU KEHADIRAN KE PEJABAT
Memandangkan banyak alat tulis dan kegunaan pejabat yang seringkali berkurangan
serta hilang, maka staff yang datang awal 5 minit sebelum waktu kerja akan
dikenakan tindakan kerana dituduh mencuri manakala staff yang datang lewat
walaupun 1 minit selepas waktu kerja akan ditahan kerana pintu masuk automatik
tidak akan dibuka dan tindakan akan diambil iaitu berhimpun di satu tempat dan
mengutip segala sampah di seluruh perkarangan pejabat. Hukuman ini adalah sama
seperti hukuman waktu sekolah dahulu supaya anda segera insaf sebab tak
serik-serik asyik nak datang lambat. Diharap anda telah puas mengutip sampah
sewaktu di sekolah dahulu. Oleh itu datanglah tepat pada waktunya agar anda
bebas dari sebarang tindakan!
Akhir kata, terima kasih tak terhingga kerana masih setia berkhidmat di
syarikat yang serba maju ini. Kami akan cuba memberikan perkhidmatan yang
paling terbaik kepada anda. Sebarang pertanyaan, komen, aduan, kekecewaan,
sakit hati, bantahan, maki hamun, caci nista boleh disalurkan ke tempat lain
yang lebih layak dan sanggup menerima masalah anda terutamanya di hospital
bahgia.
Sekian, wabillahi taufik wal hidayah, jangan isap fit jangan buat jenayah dan
ikutlah arahan polis trafik agar anda tidak susah payah!
Pengurusan Syarikat.
Yahoo! for Good
Click here to donate to the Hurricane Katrina relief effort.
Disclaimer:
This message contains confidential information and is intended only for the
individual named. If you are not the named addressee you should not
disseminate, distribute or copy this e-mail.
Please notify the sender immediately by e-mail if you have received this e-mail
by mistake and delete this e-mail from your system.
E-mail transmission cannot be guaranteed to be secure or error-free as
information could be intercepted, corrupted, lost, destroyed, arrive late or
incomplete, or contain viruses.
The sender therefore does not accept liability for any errors or omissions in
the contents of this message, which arise as a result of e-mail transmission.
________________________________________________________
Kini dengan simpanan sebanyak 1GB
http://my.mail.yahoo.com//---------------------------------------------------------------------------\
Confidential and/ or privileged information may be contained in this
e-mail and any attachments transmitted with it ('Message'). If you are
not the addressee indicated in this Message (or responsible for
delivery of this Message to such person),you are hereby notified that
any dissemination, distribution, printing or copying of this Message or
any part thereof is prohibited. Please delete this Message if received
in error and advise the sender by return e-mail. Opinions, conclusions
and other information in this Message that do not relate to the
official business of this company shall be understood as neither given
nor endorsed by this company.
This mail is certified Virus Free by *ProtectNow! (InternetNow Sdn Bhd)
*Scanner Engine powered by Norman Virus Control
\--------------------------------------------------------------------------/