Assalamualaikum..
Saya pn tak berapa pandai gak ni..tp cuma nk bagi pendapat mudah je la untuk
kita sama2 fikir supaya jangan gaduh2 kt forum ni..hehehehe..
Pendapat saya..Kalau kita fikir 'negatif', negatif la jadinya, kalau kita
fikir 'positif', positif la jadinya..kalau pendapatan perniagaan tu untuk
masjid tak dan kebaikan semua, tak salah kot, tapi kalau untuk keuntungan dan
kepentingan sendiri,time khutbah pun dok layan selera tak kira la pisang
ke,,sendiri mau ingat la kan..
Wakaf tu biasanya untuk manfaat jemaah tanpa mana2 pihak mendapat keuntungan
peribadi..
Ada lebih baiknya kita tanyakan pada mereka yg pakar dalam hal ni dari kita
beri pendapat yg kadangkala boleh menyakitkan hati sesiapa saja..lebih lebih
lagi yg berhajat la kan...
Wassalam..
Tok Mod <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Assalamu'alaikum...
Pada pendapat saya yang berapa muda ni... kalau nak buka pusat
perniagaan di kawasan masjid kenalah minta pendapat mufti atau majlis
fatwa dulu. Dalam masjid memang kita tau haram berniaga. Kawasan masjid
biasanya adalah tanah wakaf. Kalau orang mewakafkan tanah itu berniat
bahawa tanah itu untuk masjid, boleh ke kita gunakan untuk tujuan lain?
Di tempat saya tinggal ni, ada masjid yang di kawasannya ada kantin
sebab di situ juga didirikan sekolah agama rakyat. Baguslah tu, ada
tempat budak-budak mengaji fardu ain. Cuma yang saya tak senang ialah
pada waktu jumaat, budak-budak dan orang-orang dewasa gunakan kantin
sebagai tempat lepak. Biasanya ada orang sedekah makanan (pisang le
biasanya)... memang meriahlah pada waktu khatib sedang berkhutbah. Kalau
ada kedai makan, tak taulah saya (?)
Di kampung saya pulak, masjidnya terletak di pekan. Dulu pekannya kecil,
tapi sekarang dah makin besar. Jadi masjidnya dikelilingi oleh
rumah-rumah kedai. Kalau kedai ni, biasalah, berapa kerat milik orang
kita? -- lainlah kalau di kelantan dan terengganu. Pada masa
perancangan/pembinaan rumah2 kedai tu dulu, AJK masjid ada mintak
sebahagian daripada tanah yg bersebelahan dengan masjid tu dari pihak
yang mempunyai kuasa pada waktu itu. Tujuannya ialah supaya kawasan
masjid boleh besar sikit, boleh buat berbagai benda, termasuklah rumah
sewa dsb. Tapi malangnya tak dapat... :(
Pembinaan kedai2 ini juga membawa akibat buruk yg lain -- penduduk bukan
islam di sekitar masjid bertambah, penduduk islam berkurang. Mujurlah
ada beberapa org yang prihatin, kumpul duit, buat koperasi, buka kedai
runcit di kedai yang paling hampir dgn masjid tu. Kemudian beberapa org
melayu lainpun ada juga buka kedai buku dsb. Jadi Alhamdulillah, ada
jugalah org islam hampir dgn masjid.
Pada pandangan saya yg kurang muda ni... kenapa nak dikacau kawasan
masjid? Tanah/tapak di luar kawasan masjid tu yg patut digunakan. Kalau
ramai orng islam di sekitar masjid, tentulah masjid akan lebih imarah.
Biarlah masjid dan kawasan masjid tu lebih menjurus kepada sembahyang,
pengajian agama, sekolah agama rakyat, kelas fardu ain, kelas mengurus
jenazah, kursus haji, sambutan maulidur-rasul, pusat kutipan zakat,
perpustakaan mini, rumah imam, rumah bilal,... dsb... Kalau nak letak
dewan mesyuarat pun boleh.
Sebenarnya banyak aktiviti keugamaan/kemasyarakatan yg sepatutnya boleh
dibuat tapi kita tak buat. Salah-satu sebabnya mungkin kerana masjid
berada di pekan, manakala orang islam tinggal di kampung.
Jika aktiviti ekonomi org melayu dibuat di luar kawasan masjid, di
sekitar masjid, hampir dengan masjid... tentu masjid dikelilingi oleh
orang islam. Kesucian masjid terpelihara, masjid lebih imarah,
sosio-ekonomi org kita terjaga, insyaAllah.
- TokMod
--- In [email protected], mazree zam <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>
> Dah lama dahh orang dok habak mesjid bukan setakat tempat bersolat
lima waktu jer tapi hangpa & ajk mesjid yang menhadkan peranan mesjid.
Maka lahirlah Islam Hadari.
>
> Tok Mod [EMAIL PROTECTED] wrote: Oleh: NIZAM YATIM
>
> BANGI 15 Jun Datuk Seri Najib Tun Razak mahu supaya masjid tidak
> dihadkan sebagai tempat menunaikan ibadat semata-mata, sebaliknya
> diperluaskan fungsinya dengan menjalankan kegiatan ekonomi termasuk
> membuka kedai runcit, kedai kopi dan gunting rambut.
>
> Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri menggesa para imam di negara
> ini supaya memulakan satu gerakan bagi melaksanakan langkah itu kerana
> mereka mempunyai banyak kekuatan.
>
---------------------------------
Don't be flakey. Get Yahoo! Mail for Mobile and
always stay connected to friends.