KATAK ADE GIGI TAK
Katak puru mempunyai gigi yang terletak di bahagian atas dalam mulutnya dan
mempunyai lidah yang kuat mampu melambung mangsanya terus ke dalam mulutnya.
Katak puru mampu melompat sejauh dua meter. Seekor katak puru amat mementingkan
kawasan masing-masing dan melindunginya dengan pelbagai cara termasuk
mengeluarkan bunyi, mengejar penceroboh, menyerang dengan melompat termasuk
‘bergusti’.
Katak puru betina amat tertarik dengan katak puru jantan yang mampu menyediakan
makanan yang banyak dalam kawasannya. Seekor katak puru betina mampu
mengeluarkan 25,000 biji telur yang bercantum antara satu sama lain dan
terapung-apung di permukaan air. Haiwan tersebut akan menjaga anak-anaknya yang
dikenali sebagai berudu sehingga ia berusia dua tahun. Jika saiz seekor berudu
itu panjang bermakna ia bertukar menjadi katak puru yang cukup besar selepas
metamorfosis bermakna ia mempunyai peluang hidup yang lama. Pendengaran adalah
deria yang paling penting bagi haiwan ini kerana katak puru jantan
berlumba-lumba ‘menyanyi’ di kawasan kolam yang dijadikan tempat pembiakan.
Manakala katak puru betina akan menyahut ‘nyanyian’ itu secara agresif dan
tanpa henti.
IKAN PAUS
Sejak bila ikan paus wujud? Fosil ikan paus yang ditemui di bumi ini
menunjukkan ikan paus telah wujud di bumi ini sejak tujuh juta tahun yang lalu.
Namun begitu para saintis percaya bahawa ikan paus telah wujud sejak 55 juta
sehingga 60 juta tahun yang lalu. Terdapat 80 jenis ikan paus di dunia ini
termasuk 11 spesis ‘baleen whales’ dan 69 spesis ‘toothed whales’ yang turut
merangkumi ikan lumba-lumba. Walaupun kita ketahui bahawa ikan paus hidup dalam
air masin tetapi terdapat beberapa spesies ikan paus atau dikenali sebagai ikan
lumba-lumba yang dikenali sebagai ‘Chinese river dolphin’ yang tinggal di
kawasan air tawar.
Kebanyakan masyarakat percaya bahawa ikan paus adalah haiwan yang amat bijak
kerana ia mempunyai otak yang besar dan kompleks tetapi kebijaksanaannya itu
masih belum dibuktikan
ALOE VERA
Antara khasiat yang terdapat pada gel tumbuhan aloe vera adalah:
Jel aloe merupakan anaesthetic yang ringan, dimana ia dapat mengurangkan rasa
gatal, bengkak dan sakit. Ia juga merupakan bahan anti bakteria dan kulat serta
dapat meningkatkan aliran darah ke kawasan yang luka dan mengalakkan
pembentukan fibroblast.
Ia juga mempercepatkan tisu kulit yang terbakar sembuh.
Ia mempercepatkan penyembuhan luka, berbanding jika dirawat secara biasa (
standard dressing ).
Jus aloe vera berkesan menyembuh cirit berit, keracunan usus dan ulser gastrik.
Ia dapat mengurang paras gula bagi pesakit kencing manis.
Ia dapat mereda dan melambatkan kesan tindakan virus HIV-1, virus yang
dikaitkan dengan penyakit AIDS.
Ia juga cepat meredakan demam panas pada kanak-kanak.
KACANG SOYA
Kacang soya semakin popular dikalangan pengamal makanan sihat samada dari barat
atau timur. Antara kelebihan kacang soya adalah:
Ia merupakan makanan seimbang yang sangat baik dan lebih murah daripada daging,
susu atau telur.
Ia mengandungi 50% protein bagi setiap 100 g kacang soya, merupakan 2x lebih
daripada kacang tanah, 11x lebih daripada susu dan 3x lebih daripada telur.
Ia kaya dengan bahan mineral seperti calcium, sodium, manganese, magnesium,
iron and phosphorous.
Ia juga kaya dengan vitamin A,B,C,D serta lecithin.
Ia boleh dijadikan bahan penganti susu bagi bayi yang mempunyai alahan terhadap
susu lembu.
Protein soya boleh mengurangkan resiko penyakit kanser dan jantung.
Ia mudah dicerna dan mengandungi semua asid amino yang diperlukan untuk membina
dan membaiki tisu badan yang rosak serta membekalkan tenaga.
Ia sangat baik sebagai bahan bagi hidangan vegetarian.
Ia mempunyai kadar lemak yang rendah dan kaya denagn protein, sesuai untuk
pesakit jantung dan kencing manis.
Kesimpulannya, kacang soya sangat selamat, berzat, murah dan sesuai bagi semua
lapisan umur.
KUMAN TERBESSSAAAR!!!
Bacteria 'Sulfur Pearl of Namibia' (Thiomargarita namibiensis) merupakan
bakteria yang terbesar pernah dijumpai oleh saintis. Ia berukuran 0.75 mm (
0.029 in.) dapat dilihat dengan mata kasar. Bakteria ini telah dijumpai oleh
ahli biologi Heide Schulz dari Max Planck Institute for Marine Microbiology
ketika beliau sedang belayar di perairan Namibia.
KEUNIKAN MANUSIA
Sedikit fakta menarik mengenai badan manusia, antaranya:
badan mempunyai sejumlah trillion unit sel.
bahagaian badan yang berbeza mempunyai jenis sel yang berbeza.
otak manusia mengawal segala aktivti sel, tisu, organ dan sistem.
jantung manusia berdenyut 70 kali seminit, dan setiap kali berdenyut ia
mengepam secawan darah.
jantung manusia seberat 300 g dan berdenyut lebih kurang 100,000 kali setiap
hari.
terdapat 206 ruas tulang pada rangka manusia, separuh daripadanya terdapat pada
tangan dan kaki.
setiap manusia mempunyai 32 batang gigi.
otot-otot membentuk satu setengah kali berat badan.
jika kesemua kulit dibuang, ia mempunyai berat sejumlah 2.27 Kg.
70% berat badan adalah berat air.
DINOSAUR MUNTAH
Muntahan fosil tertua telah di temuai di Peterborougah. Muntahan tersebut
dikeluarkan oleh dinosour Ichthyosoaurus yang hidup di dalam air di England 160
juta tahun dahulu. Fosil ini telah ditemuai oleh Doyle di sebuah kuari tanah
liat. Setelah dianalisa pada fosil tersebut nyata terdapat kandungan asid
penghadaman dinosour. Menurut Dave Martill seorang ahli kajipurba Universiti of
Portsmouth, penemuan ini amat penting dalam mengkaji cara permakanan dinosor
tersebut
IKAN MINUM
Adakah ikan minum? Walaupun ikan hidup di kelilingi air namun ia tetap
memerlukan air untuk minum. Ikan yang tinggal di laut menggunakan air masin
sebagai sumber minuman. Namun begitu, ini tidak bermakna ikan menjadi masin
akibat tabiatnya meminum air laut. Ini kerana semasa ikan minum air laut ini ia
mampu mengasingkan garam daripada air laut yang diminum.
Kelebihan ikan ini kerana ia mempunyai sejenis sel kumuhan klorida yang
dikenali sebagai ‘ioncytes’ di dalam insangnya. Ia akan bertindak aktif untuk
mengepam keluar garam daripada badan ikan. Ikan akan merasa dahaga jika ia
tidak minum. Malah ikan akan mati kekeringan jika tidak minum walaupun ia hidup
di dalam air.
Inspirasikan Hidup Anda Dengan Mutiara Kata,
Dapatkan Koleksi Mutiara Kata Terus Ke Telefon Bimbit Anda Setiap Hari,
Eksklusif di EvolusiSMS.com
____________________________________________________________________________________
Shape Yahoo! in your own image. Join our Network Research Panel today!
http://surveylink.yahoo.com/gmrs/yahoo_panel_invite.asp?a=7