________________________________
From: [EMAIL PROTECTED] [mailto:[EMAIL PROTECTED] On Behalf Of umar faruqi <http://www.clickaudit.com/goto/?71323> Forum Siapa sebenarnya berkuasa tentukan harga barangan? SEMUA bercakap tentang kenaikan harga barang kawalan pada setiap kali menjelang perayaan besar. Dari dewan mulia di Parlimen hingga ke segenap pelosok negara. Semua bersuara kerana tidak berpuas hati dengan kenaikan harga barang kawalan. Hairannya, kenapa kenaikan ini terjadi pada setiap menjelang Hari Raya Puasa dan Tahun Baru Cina sahaja? Kenapa di setiap menjelang perayaan ini, maka para pembekal dan peniaga akan menaikkan semua harga barang kawalan biarpun sedikit. Menjelang perayaan ini, minyak masak tidak cukup bekalan, harga ayam dinaikkan, harga sayur-sayuran termasuk cili dinaikkan. Begitulah seterusnya bagi setiap barangan lain. Peniaga menyalahkan pemborong. Pemborong menyalahkan pembekal. Pembekal menyalahkan pengusaha dan seterusnya. Pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengeluarkan kenyataan yang sama setiap tahun. Kenyataan paling memualkan ialah agar pengguna memboikot dan beralih kepada makanan lain. Kenapa kami pengguna harus menanggung beban ini? KPDNHEP adalah wakil kami (pengguna) untuk membanteras lintah-lintah darat penghisap darah pengguna ini. Kalau difikirkan, kenapa peniaga berani menaikkan harga barangan kawalan dengan pelbagai alasan, biarpun tindakan keras dijanjikan oleh pihak KPDNHEP? Alasan yang sama diberi dan alasan yang sama jugalah yang diguna pakai untuk menaikkan harga. Kenapa pada setiap menjelang perayaan sahaja kita mendengar alasan harga makanan ayam melambung naik, minyak masak dicatu kerana pemborong mengehadkan jualan dan pengilang tidak dapat membekalkan seperti yang diminta? Kenapa kenaikan ini tidak berlaku selepas Hari Raya Puasa dan Tahun Baru Cina? Harga daging tidak akan naik pada setiap Tahun Baru Cina dan Deepavali, kenapa? Minyak, gula akan menjadi cukup sebaik saja selesai sambutan Hari Raya Puasa dan Tahun Baru Cina, bagaimana begitu? Bila perkara yang sama berlaku saban tahun, nampaknya KPDNHEP sebenarnya tidak punya kuasa untuk bertindak. Yang berkuasa adalah pengilang, pembekal, pemborong dan peniaga. Yang teraniaya adalah para pengguna dan yang menyedihkan adalah mereka-mereka yang kurang mampu. Persoalan yang sama dilaungkan oleh semua pihak, melainkan pihak yang memperoleh keuntungan dengan cara mencekik darah pengguna. Pihak KPDNHEP seharusnya kurangkan bercakap dan lebih banyak bertindak. Rasanya tidak perlu lagi mengeluarkan kenyataan berapa ramai peniaga telah diambil tindakan kerana daripada 10 yang diambil tindakan, beratus lagi yang terlepas daripada tindakan penguatkuasaan KPDNHEP. Lebih menghairankan selepas 50 tahun kita peroleh kemerdekaan daripada penjajah, kini kita dijajah oleh para pengilang, pembekal, pemborong dan peniaga pula. Kalau pihak kerajaan pun mereka berani cabar, ini jelas menunjukkan kita masih 'belum merdeka'. - MEZA, Keramat Permai, Kuala Lumpur. <http://geo.yahoo.com/serv?s=97359714/grpId=3722425/grpspId=1705043731/m sgId=55172/stime=1190304881/nc1=3858795/nc2=3848643/nc3=3848582>
