Tuan2 & Puan, Dua-tiga hari ni saya dok asyik terima email tentang "apple mecca" yg mengatakan bahawa sebuah bar yg menyerupai kaabah telah di buka di new york. Seperti biasalah ini diikuti dengan pernyataan bahawa ianya adalah perbuatan untuk menghina Islam etc etc.
Maka ramailah orang yg penuh dengan "semangat", tanpa usul-periksa "forward"
email ini ke merata tempat.
Bangunan yg ditunjukkan dalam gambar berkenaan sebenarnya ialah kedai Apple
Computer. Nama penuhnya ialah "Apple Store - Fifth Avenue". Ia berbentuk kiub
dan diperbuat daripada kaca. Pada suatu masa, ia diwarnakan hitam untuk promosi
tertentu (saya tak ingat untuk apa, tapi ada keluar dalam surat khabar rasanya
- mungkin online)
Saya bukanlah nak membela Apple Computer sebab saya suka sangat Macintosh ke
atau saya ada syer dalam syarikat Steve Jobs tu. Tapi jika anda forward email
berkenaan merata-rata atas nama orang Islam maka ianya hanya memalukan orang
Islam sendiri. Ianya menunjukkan seolah-olah orang Islam ni:
"ignorance" (jahil?) sebab fakta pun tak betul
Emosional -- kenapa dikaitkan dengan kaabah pulak?
Lain kali kalau dapat email yg anda tidak tahu ujung pangkalnya, janganlah
forward .... buang masa dan memburukkan keadaan lagi.
Wallahu-a'lam
- TokMod
---------------------------------
Take the Internet to Go: Yahoo!Go puts the Internet in your pocket: mail, news,
photos & more. <<inline: fifthavenue_vert051906.jpg>>
