Pertama
        Sepasang suami isteri baru bercerai dan mereka bertengkar untuk
tentukan hak penjagaan anak tunggal mereka. pas tu mereka pun pegi ke
pejabat agama, jumpa kadi nak minta nasihat. 
        
        Kadi tanye kat pompuan tu... . "Kenapa awak rasa awak yang
paling layak bela anak tu? 
        
        Pompuan tu jawab... "Saya yang mengandungkan anak tu. saya yang
melahirkan anak tu. dia keluar dari perut saya." 
        
        Si jantan (suami) terkedu sebab dia tau pas ni kadi akan tanye
dia lak. ahhh... sudah... mende aku nak goreng kadi ni... . 
        
        Kadi pun tanye si jantan... "Hah... kamu.... bagi alasan kenapa
anak tu kamu yang patut bela" 
        
        "Tuan kadi... kalaulah saya ada syiling seringgit, dan saya
'masukkan' dalam vending machine, pas saya tekan satu butang pilihan,
maka keluarlah setin air minuman. Saya nak tanye tuan.. air tin yang
keluar dari mesin tu hak saya atau hak mesin?" 
        
        Jawab kadi.."Hak kamu le.." 
        
        Jantan tu kata lak.."Hah... sama le kes ni pun..."
         
         
        MORAL: Hak penjagaan anak patut diberi kepada yang paling
bertanggungjawab terhadap masa depan anak itu.
        
         
        Kedua
        Suatu hari seorang menteri dan isterinya pergi merasmikan pusat
pembiakan lembu Australia . Di depan hadirin.. seorang petugas dengan
semangatnya menjelaskan proses pembiakan lembu ini.. 
        
        "Dato dan Datin.. Lembu kami ini mampu mengawan sebanyak 5 kali
sehari." 
        
        Mendengar penjelasan itu.. dengan pantas isteri menteri itu
berbisik ke telinga suaminya.. "Dengar tu.. Lembu pun mampu mengawan
sampai lima kali sehari bukan macam abang..!" 
        
        Mendengar komen isterinya itu.. menteri tersebut cuma masam muka
saja. Kemudian petugas di depan nya tadi meneruskan penerangan.. .
"Lembu ini mampu mengawan dengan lima lembu betina berlainan sehari!" 
        
        Menteri dengan senyum membisiki telinga isterinya.. "Dengar tu..
Lima kali sehari dengan lima betina yang berlainan.. bukan dengan satu
betina saja.."
        
         
        MORAL: Lelaki Muslim hanya boleh berkahwin dengan 4 isteri pada
satu masa, tidak seperti lembu. Soal berapa kali sehari itu terpulanglah
pada kemampuan masing-masing. 
         
        Ketiga
         
        Alkisah seorang anak gadis yang ingin berkahwin mengikut pilihan
sendiri.. Lalu dinyatakan hasratnya kepada orang tuanya.. kemudian
berkatalah orang tuanya... sekiranya engkau ingin lelaki pilihan engkau
sendiri.. carilah yang sopan santun dan ORIGINAL.
        
        Hatta sebulan mencari bertemulah dia dengan seorang jejaka yang
sopan santun tapi keORIGINALannya belum lagi diketahui... setelah
selesai upacara akad nikah maka malam pertama pun dilalui bersama. 
        
         
        Pada malam pertama si suami memakai kondom kononnya untuk
merancang keluarga. Keesokan harinya.. si isteri pun memberitahu kepada
orang tuanya bahawa suaminya memang betul-betul ORIGINAL.. 
        
        Kemudian orang tuanya pun bertanya: "Macam mana engkau tahu laki
engkau tu ORIGINAL?" 
        
         
        Anaknya dengan selamba campur megah berkata: "Betul abah...!
ORIGINAL...! Plastik pun tak bukak lagi...!"
        
         
        MORAL: Jauhilah lelaki CIPLAK - yang sudah tidak ada plastik..
huhuhu.. 
         
 
 
________________________________

Catch up on fall's hot new shows
<http://us.rd.yahoo.com/tv/mail/tagline/falltv/evt=47093/*http:/tv.yahoo
.com/collections/3658%20%0a>  on Yahoo! TV. Watch previews, get
listings, and more! 

Kirim email ke