________________________________

From: [EMAIL PROTECTED]
[mailto:[EMAIL PROTECTED] On Behalf Of umar faruqi







<http://www.clickaudit.com/goto/?71323> 

Pengislaman keluarga termakbul selepas lapan tahun
Posted on Thursday, September 27 @ 07:53:58 MYT by SongkokPutih
<http://www.tranungkite.net/modules.php?name=News&file=article&sid=3942&;
mode=&order=0&thold=0>  
Kisah Pengajaran
<http://www.tranungkite.net/modules.php?name=News&new_topic=16>
<http://tbn0.google.com/images?q=tbn:C8BAqLUrUeCsoM:http://www.mymomin.o
rg/salat_azan_learn_files/image010.jpg> Oleh ZUARIDA MOHYIN
       (Utusan Malaysia)

PENULIS terpanggil untuk menemu bual lelaki bertubuh kecil kelahiran
Kota Belud, Sabah ini selepas secara tidak sengaja terdengar suaranya
menerusi satu program yang ke udara di IKIM.fm.


Pada masa itu, beliau diminta berkongsi kisah pengislaman, cabaran
bergelar mualaf, penglibatan aktif beliau dengan kerja-kerja dakwah dan
membantu golongan saudara baru, terutamanya di Sabah. 



Tanpa melengahkan masa, penulis terus menghubunginya selepas memperoleh
talian telefon bimbitnya. Biarpun sibuk, kesediaan Mohd. Farhan Abdullah
al-Hafiz, 39, iaitu Penasihat Pusat Pengajian Tahfiz al-Quran Bestari
(PPTQB) yang beroperasi di Serdang, Selangor meluangkan masa, apatah
lagi melihat jadual hariannya yang sentiasa padat dengan undangan
tazkirah sepanjang bulan Ramadan, amatlah penulis hargai.

Lantaran memahami kesibukannya itu juga, kami (penulis dan jurufoto)
akur apabila pemuda berketurunan Kadazan ini terlewat daripada waktu
yang dijanjikan.

 
<http://www.utusan.com.my/pix/2007/0927/Utusan_Malaysia/Bicara_Agama/ba_
01_big.jpg> Menurut Mohd. Farhan ataupun sebelum ini bergelar Paster
Yohanes, sebagai anak kepada seorang ketua kepada 15 buah gereja, sudah
pastilah dia memiliki latar belakang pendidikan beraliran Kristian yang
mantap. Beliau mengikuti latihan ketua mubaligh Kristian selama dua
tahun dengan melibatkan diri secara aktif aktiviti dakyah Kristian
sebelum melanjutkan pengajian menguasai bahasa Ibrani di Bandung,
Indonesia.

"Sungguhpun telah mengusai kesemua ilmu agama Kristian, dua persoalan
yang sering bermain fikiran saya iaitu; tentang konsep Trinity dan
Majlis Pengampunan Dosa yang disebut Baptis," ceritanya mengimbas kisah
lebih 15 tahun lalu.

Mohd. Farhan yang memeluk Islam pada 26 Februari 1990 di Pusat Latihan
Dakwah Keningau, Sabah berkata, dia mula tertarik kepada Islam semasa
belajar di Institut Teknologi Mara, cawangan Sabah (sekarang UiTM).
Kenyataan seorang pensyarah subjek Pelajaran Islam tentang tuhan Allah
tidak sama dengan tuhan agama lain agak memanaskan telinga dan hatinya.

"Jadi inilah peluang saya berhujah, apabila mengetahui beliau juga mahir
tentang masalah perbandingan agama termasuklah dalam masalah Teologi.

"Pada masa sama juga, saya mempunyai teman sebilik yang rajin mengaji
al-Quran. Kalau sebelum ini, setiap kali terdengar azan sama ada di
radio atau televisyen, saya akan cepat-cepat mematikannya. Tetapi
semuanya berubah selepas sentiasa diperdengarkan dengan bacaan
al-Qurannya yang begitu baik bacaannya dan menusuk kalbu.

"Selain itu, saya juga tertarik dengan akhlaknya. Dia begitu menjaga
masanya terutamanya dalam urusan agama. Kami selalu berhujah, dan dia
selalu membawa saya bertemu seorang ustaz untuk menyelesaikan dua
persoalan yang selama ini terbuku di hati.

Mimpi luar biasa
"Hasil perdebatan, pengkajian dan penelitian tanpa paksaan dan bukan
pula kerana inginkan habuan dunia, saya mula tertarik dengan Islam,"
tegas Mohd. Farhan 'mimpi luar biasa' yang dialami sewaktu bermalam di
rumah ustaz menjadi pembuka jalan kepada pengislaman.

Akui beliau lagi, cabaran yang dihadapi selepas bergelar Muslim memang
berat dan perit. Apa tidaknya, dia bukan sahaja terputus subsidi
keluarga tetapi telah dihalau dari rumah, tidak diakui anak dan
hampir-hampir terkena peluru hidup milik senapang bapa yang tersasar
bidikan.

Pun begitu, sebelum meninggalkan keluarga, anak kedua daripada enam
adik-beradik ini berazam untuk membawa bersama keseluruhan ahli
keluarganya kepada Islam. Malah, beliau tidak menjadikan agama sebagai
penghalang memutuskan ikatan antara anak dengan kedua-dua ibu bapa.

"Selepas sahaja mengucap syahadah saya berhijrah ke Pertubuhan Kebajikan
Islam Malaysia (Perkim) di Kuala Lumpur, sebelum belajar agama di Perkim
Pengkalan Chepa Kelantan (1991-1993), Nilam Puri (1994) Pondok (1995),
mengambil Diploma Tahfizul Quran di Pusat Islam (1996-1998) dan pada
2000 hingga 2003 berada di Shoubra al-Azhar, Mesir dalam jurusan
al-Quran dan Qiraati.

"Selama membawa diri, saya tidak pernah putus-putus berdoa, bersolat
hajat, bertanya khabar serta menghantar kitab-kitab berkaitan Islam agar
Allah 'melembutkan' hati keluarga untuk menerima Islam.

"Alhamdulillah, selepas lapan tahun, doa saya dimakbulkan Allah.
Sekarang seluruh ahli keluarga saya menerima Islam. Apa yang saya alami
sebelum ini, begitulah juga dialami oleh ayah," katanya yang telah
mengislamkan lebih 2,000 orang dari pelbagai kaum.

Katanya lagi, ayahnya kini senang dengan kehidupan yang sederhana, cukup
makan, senang beribadat meskipun sering cuba 'dipikat' dengan
bermacam-macam bentuk kemewahan dan ganjaran oleh pihak-pihak tertentu
supaya kembali kepada agama asal.

"Malah dia juga mewakafkan tanahnya untuk pembinaan masjid dan madrasah
sebagai tempat pengajian golongan mualaf," kata Mohd. Farhan yang
menubuhkan Pusat Pengajian Ilmu-ilmu Islam al-Azhar Sabah (PUPIS)
bersama beberapa orang sahabat. Mereka melaksanakan Program Dakwah
Bergerak secara sukarela di Sabah dan Sarawak.

Mengulas tentang peranannya sebagai pengasas PPTQB, katanya ia
ditubuhkan untuk membasmi buta huruf al-Quran dan memperkenalkan
pelajaran Jawi dan bahasa Arab serta asas-asas agama di peringkat
kanak-kanak. Para pelajar di sini sebahagiannya mengikuti pengajian Pra
Tahfiz (4-6 tahun), Tahfiz (7-17 tahun) dan Umumi iaitu terbuka kepada
orang dewasa.

Selain menguruskan pusat tahfiz, Mohd. Farhan turut giat menyampaikan
maklumat tentang gerakan kristianisasi yang begitu membimbangkan.
Harapan beliau juga, semoga umat Islam menjaga iman dan Islam
terutamanya generasi muda-mudi yang merupakan sasaran utama mereka.

Baginya, semua pihak tidak perlu menuding jari menyalahkan satu sama
lain apabila anak-anak mereka terlibat dengan kerja-kerja yang dilarang
Islam. Satu formula saranannya ialah kembali menghayati al-Quran
menerusi kempen yang dikenali satu rumah satu hafiz atau hafizah. Ia
boleh dilakukan menerusi buku, Kaedah Sistematik Penghafazan al-Quran
Jilid 1 & 2.

Tambah Mohd. Farhan, manusia tidak perlu kepada agama lain kerana syarat
bagi agama yang sebenar ialah; Pertama, agama itu menyembah kepada Allah
dan Allah tidak boleh dinisbahkan kepada makhluk atau benda lain. Kedua,
agama itu mempunyai undang-undang yang berbentuk kitab yang meliputi
bidang kehidupan secara terperinci dan dipakai dari dahulu hingga
sekarang serta tidak berubah-ubah.

Pada kesempatan ini juga Mohd. Farhan menyeru bantuan sumbangan orang
ramai untuk mendirikan bangunan bagi kerja-kerja dakwah.

Beliau boleh dihubungi menerusi talian 019-2666 323 atau 03-8942 3624.
No akaun Bank Islam: 12-029-01-003493-7 atau Maybank: 5122-68-40494-7 di
atas nama Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran Bestari.

Testimoni : 


SAKIT BELAKANG
<http://hlm4u.blogspot.com/2007/09/sakit-belakang_07.html>  

Cik Linda
Ulu Tiram Johor
012 7909437

Pada Julai yang lepas, hampir sebulan saya mengalami sakit yang amat
sangat (kanser) sehingga suatu hari saya pitam ketika mengerjakan kerja2
rumah, pada masa saya rebah, belakang saya terhentak pada bucu meja di
rumah dan menyebabkan kesakitan yg berlarutan di tengah tulang belakang
saya, terutama sekali apabila berbaring. Tidor yang tidak lena da! n
sakit yang amat sangat sehingga saya terpaksa meletak bantal kecil di
bawah bahagian belakang untuk mengurangkan kesakitan.

Melalui Umar saya diyakinkan khasiat Ganoderma lingzhi utk membantu
rawatan kanser yg dihidapi oleh saya. Saya terima Ganoderma Lingzhi pada
10/9/2007 dan mula mengambil 2bj sehari bermula dari hari tersebut.

Pada hari ke 3, apa yang saya perasan sakit belakang sudah tiada,
Alhamdullilah, tetapi setiap pagi bahagian rahim saya akan berasa sakit,
sehinggalah hari ke 6, sakit di bahagian rahim beransur2 hilang ...dan
sekarang saya berasa selesa untuk tidor dan setiap kali bangun dari
tido. Alhamdullilah... dengan izin Allah.

Memang selama ini saya mencari2 supplement yg betol2 dapat membantu utk
rawatan kanser saya, kerana saya masih belum berani untuk ke Hospital
mendapat rawatan lanjut dr doktor ( masih fobia dgn operation yg
pertama). Sebelum nie merata saya pergi utk mendapatkan rawatan
tradisional... tet! api masih belum berhasil.

Mungkin masih belum ada kesan untuk kanser saya kerana ini baru
pengambilan pertama, tapi ALhamdullilah dgn izin ALLAH, sakit belakang
yang saya derita sejak 3 bulan lalu sudah pulih...
.
 
<http://geo.yahoo.com/serv?s=97359714/grpId=3722425/grpspId=1705043731/m
sgId=55557/stime=1190904615/nc1=3858794/nc2=3848581/nc3=4617365> 
 

Kirim email ke