Kemesraan adalah antara cara mengekalkan keharmonian rumahtangga & Rasulullah
telah mencontohkan kemesraan tersebut dengan isteri-isteri baginda..... .....
Tidur dalam satu selimut bersama isteri..
Dari Atha` bin Yasar:
"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. dan Aisyah r.a biasa mandi bersama dlm satu
bejana. Ketika baginda sedang berada dlm satu selimut dgn Aisyah, tiba-tiba
Aisyah bangkit. Baginda kemudian bertanya, `Mengapa engkau bangkit?` Jawab
Aisyah, Kerana saya haid, wahai Rasulullah.' Sabda Rasulullah, 'Kalau begitu,
pergilah, lalu berkainlah & dekatlah kembali padaku.' Aku pun masuk, lalu
berselimut bersama beliau."
( Hadis Riwayat sa`id bin Manshur ).
Memberi wangi-wangian pada aurat
Aisyah berkata, "sesungguhnya Nabi s.a.w. apabila meminyaki badannya, baginda
akan memulai drpd auratnya menggunakan nurah ( sejenis serbuk pewangi ) &
isterinya baginda meminyaki bagian lain tubuh Rasulullah s..a.w.
( Hadis Riwayat Ibnu Majah ).
Mandi bersama isteri
Dari Aisyah r.a. beliau berkata, "Aku biasa mandi bersama Nabi s.a.w.
menggunakan satu bejana. Kami biasa bersama-sama memasukkan tangan kami ( ke
dlm bejana tesebut )."
( Hadis riwayat Abdurrazaq dan Ibnu Abu Syaibah ).
Disikatkan oleh isteri
Dari Aisyah r.a, beliau berkata, " Saya biasa menyikat rambut Rasulullah s.a.w,
ketika itu saya sedang haid".
( Hadis Riwayat Ahmad ).
Meminta isteri meminyaki badan
Dari Aisyah r.a, beliau berkata, "Saya meminyaki badan Rasulullah s.a.w pd hari
Raya 'Aidil Adha' setelah beliau melakukan jumrah aqabah."
( Hadis Riwayat Ibnu 'Asakir ).
Minum bergantian pada tempat yang sama
Drpd Aisyah r.a, dia berkata:"Saya biasa minum dari cawan yg sama walaupun
ketika haid. Nabi mengambil cawan tersebut & meletakkan mulutnya di tempat saya
meletakkan mulut, lalu Baginda minum, kemudian saya mengambil cawan tersebutdan
lalu menghirup isinya, kemudian Baginda mengambilnya dari saya, lalu Baginda
meletakkan mulutnya pd tempat saya letakkan mulut saya, lalu Baginda pun
menghirupnya. "
( Hadis Riwayat Abdurrazaq dan Said bin Manshur ).
Membelai isteri
"Adalah Rasulullah s.a.w tidaklah setiap hari melainkan beliau mesti
mengelilingi kami semua ( isterinya ) seorang demi seorang. Baginda menghampiri
& membelai kami tetapi tidak bersama sehingga Baginda singgah ke tempat isteri
yg menjadi giliran Baginda, lalu Baginda bermalam di tempatnya."
( Hadis Riwayat Ahmad ).
Mencium isteri
Dari Aisyah r.a, bahawa Nabi s.a.w biasa mencium isterinya setelah mengambil
wuduk, kemudian Baginda bersembahyang & tidak mengulangi wuduknya."
( Hadis Riwayat Abdurrazaq ).
Dari Hafshah, puteri Umar r.a, "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w biasa mencium
isterinya sekalipun sedang berpuasa."
( Hadis Riwayat Ahmad ).
Berbaring di pangkuan isteri
Dari Aisyah r.a, beliau berkata: "Nabi s.a.w biasa meletakkan kepalanya di
pangkuanku walaupun aku sedang haid, kemudian beliau membaca Al-Quran."
( Hadis Riwayat Abdurrazaq ).
Memanggil dengan panggilan mesra
Rasulullah s.a.w biasa memanggil Aisyah dgn beberapa nama panggilan yg di
sukainya spt Aisy & Umairah (pipi merah delima).
Menyejukkan kemarahan isteri dengan mesra
Nabi s.a.w biasa memicit hidung Aisyah jika dia marah & Baginda berkata, "Wahai
Uwaisy, bacalah doa: 'Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku,
hilangkanlah kekerasan hatiku & lindungilah diriku dari fitnah yg menyesatkan. "
( Hadis Riwayat Ibnu Sunni ).
Membersihkan titisan darah haid isteri
Dari Aisyah r.a, dia berkata."Aku pernah tidur bersama Rasulullah s.a.w di atas
satu tikar ketika aku sedang haid.Apabila darah ku menitis di atas tikar itu,
Baginda mencucinya pd bhgn yg terkena titisan darah & baginda tidak berpindah
dari tempat itu, kemudian beliau sembahyang di tempat itu pula, lalu Baginda
berbaring kembali di sisiku.Apabila darah ku menitis lagi di atas tikar itu,
Baginda mencuci pd bhgn yg terkena titisam darah itu saja & tidak berpindah
dari tempat itu, kemudian baginda pun sembahyang di atas tikar itu.."
( Hadis Riwayat Nasai ).
Memberikan hadiah
Dari Ummu Kaltsum binti Abu Salamsh, ia berkata, "Ketika Nabi s.a.w menikah dgn
Ummu Salamah, Baginda bersabda kepadanya,'Sesungguhnya aku pernah hendak
memberi hadiah kpd Raja Najasyi sebuah pakaian berenda & beberapa botol minyak
kasturi, namun aku mengetahui ternyata Raja Najasyi telah meninggal dunia & aku
mengagak hadiah itu akan di kembalikan.Jika hadiah itu memang di kembalikan
kepadaku, aku akan memberikanyya kepadamu." Dia ( Ummu Kaltsum )
berkata,"Ternyata keadaan Raja Najasyi seperti yg di sabdakan Rasulullah s.a.w
& hadiah tersebut di kembalikan kpd Baginda, lalu Baginda memberikanyya kpd
masing-masing isterinya satu botol minyak kasturi, sedang sisa minyak kasturi &
pakaian tersebut Baginda berikan kpd Ummu Salamah." ( Hadis Riwayat Ahmad )
Segera menemui isteri apabila tergoda
Dari Jabir, sesungguhnya Nabi s.a.w pernah melihat wanita, lalu Baginda masuk
ke tempat kediaman Zainab, utk melepaskan keinginan Baginda kepadanya, lalu
keluar & bersabda, "Wanita kalau menghadap, ia menghadap dalam rupa
syaitan..... ..apabila seseorang di antara kamu melihat wanita yg menarik,
hendaklah ia mendatangi isterinya krn pd diri isterinya ada hal yg sama dgn yg
ada pd wanita itu."
( Hadis Riwayat Tirmizi ).
Begitu indahnya kemesraan Rasulullah s.a.w kpd para isteri Baginda,
memberikan gambaran betapa Islam sgt mementingkan sikap kerana sikap &
perbuatan baik cara yg paling efektif menyatakan rasa cinta, kasih & sayang
antara suami & isteri. Inilah teladan yg perlu di contohi..... ...
Biar susah, jangan menyusahkan..
JUNHAIRI BIN ABD JALIL
EKSEKUTIF PEMASARAN KAD KREDIT BANK ISLAM &
PERUNDING TAKAFUL IKHLAS
019-3635331
---------------------------------
Looking for last minute shopping deals? Find them fast with Yahoo! Search.