________________________________

From: [EMAIL PROTECTED]
[mailto:[EMAIL PROTECTED] On Behalf Of umar faruqi




 

93.7 peratus kakitangan Kementerian Penerangan tonton TV3
Posted on Saturday, January 05 @ 21:14:42 EST by reformis
<http://www.detikdaily.net/m3/modules.php?name=News&file=article&sid=133
0> 


Berita <http://www.detikdaily.net/m3/modules.php?name=News&new_topic=2>
KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Radio dan Televisyen Malaysia (RTM)
perlu lebih kreatif menerbitkan program menarik memandangkan kakitangan
Kementerian Penerangan lebih cenderung beralih ke stesen televisyen dan
radio swasta.



Menurut satu kajian Bahagian Penyelidikan kementerian itu mengenai
sambutan penontonan televisyen dan pendengar radio di kalangan
kakitangan kementerian itu bermula September tahun lepas, TV3 menjadi
saluran yang disukai warga kementerian itu.



Sehubungan itu, kajian itu mengesyorkan supaya RTM mengetengahkan
pengacara yang berpengetahuan luas dalam sesuatu topik selain berusaha
menangani masalah kualiti audio visual dan penerimaan siaran supaya
setanding dengan siaran televisyen swasta.



Kajian itu dibuat berdasarkan permintaan pengurusan tertinggi
kementerian untuk mengenalpasti sama ada kakitangan kementerian menonton
dan mendengar siaran RTM.



Antara lain, kajian itu juga menyarankan supaya RTM meningkatkan promosi
rancangannya serta mengkaji semula susunan dan masa rancangan untuk
menarik lebih ramai penonton dan pendengar.



Kajian itu berdasarkan 1,101 responden daripada 1,650 borang soal
selidik yang diedarkan kepada kakitangan di kementerian, jabatan dan
agensi di bawahnya di Lembah Klang melalui ketua jabatan atau bahagian
masing-masing, yang lengkap diproses untuk kajian ini.



Kajian itu menunjukkan Hot FM saluran radio yang paling disukai untuk
didengar oleh warga kementerian itu.



Hasil kajian itu mendapati sebanyak 93.7 peratus kakitangan kementerian
menonton TV3, diikuti RTM 1 (79.5 peratus), RTM 2 (68.3), TV9 (56.9),
NTV7 (47.1), 8TV (40.1) dan Astro (37.2).


Jumlah penonton TV3 membabitkan 1,032 orang, RTM 1 (875), RTM 2
(752),TV9 (627), NTV7 (519), 8TV (442) dan Astro (410).


Bagi TV swasta pula, 43.2 peratus warga kementerian paling gemar
menonton drama, dokumentari (42.1 peratus), berita (40.5 peratus) dan
hiburan (24.3 peratus).


Bagaimanapun sebanyak 115 orang atau 10.4 peratus daripada 1,101 orang
tidak menonton televisyen RTM kerana alasan rancangannya kurang menarik
(47.8 peratus), audio visual yang malap dan hambar (27 peratus),
pendekatan tidak menarik (12 peratus), pengacara tiada tarikan (11.3
peratus).


Sebanyak 7.8 peratus mengatakan pengacara kurang menarik, tidak ada
banyak pilihan siaran (4.3 peratus), siaran tidak jelas (4.3 peratus)
dan maklumat tidak lengkap (2.6 peratus).


Sementara itu dalam siaran radio pula, sebanyak 56.9 peratus mendengar
ERA FM, Hot FM (49.3 peratus), Klasik Nasional (45.1), KLfm (39.8),
Sinar FM (36.8), dan Muzik FM (32.2), manakala jumlah pendengar radio
lain adalah kurang daripada 30 peratus.


Jumlah pendengar ERA FM ialah sebanyak 627 orang, Hot FM (548), Klasik
Nasional (497), KLfm (438), Sinar FM (404), Muzik FM (354).


Responden juga mencadangkan kandungan program ditambah nilai selain
meningkatkan kualiti pembaca berita dan penampilan pengacara, bijak
berinteraksi dengan pendengar, memasang set TV dan radio di setiap
jabatan serta mempastikan siaran RTM sahaja ditonton.


Kajian itu diedarkan kepada kakitangan kementerian, RTM, Jabatan
Penerangan, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Filem Negara dan Pertubuhan
Berita Nasional Malaysia (Bernama).






        KALAM HIKMAH :
        
        
         
        " Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di
dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi
orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" -(Saidina Abu Bakar
As-Siddiq )
         
         
         
        " Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu
berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja
sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia
memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang
mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam
perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai
dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " -I
mam Umar bin Abdul Aziz
         
         
         
        SYARIKAT 100 % BUMIPUTERA ISLAM. JOM BANTU SYARIKAT ORANG KITA.
        
        
         
        Lanjut di :
http://hlm4u.blogspot.com <http://hlm4u.blogspot.com/> 

        
        Join me :
        http://groups.yahoo.com/group/ReSpeKs/join
<http://groups.yahoo.com/group/ReSpeKs/join> 




hlm_2u2
Weblog : http://hlm4u.blogspot.com <http://hlm4u.blogspot.com> 
http://groups.yahoo.com/group/respeks
<http://health.groups.yahoo.com/group/respeks> 

________________________________

Looking for last minute shopping deals? Find them fast with Yahoo!
Search.
<http://us.rd.yahoo.com/evt=51734/*http://tools.search.yahoo.com/newsear
ch/category.php?category=shopping>  

 

Kirim email ke