Maka tersebutlah kisah di sebuah kampung bernama Pinang 18, namanya  sebegitu 
kerana hanya terdapat 18 pokok pinang kat kampung tu,kira banyak  jugakkan... 
tinggal lah seorang orang yg gila bernama Ali( memang nama sebenar). Ali 
tinggal seorang diri setelah kedua ibubapanya meninggal dunia. Pondoknya 
terletak di hujung kampung. Ada org kata, Ali ni mewarisi  sifat gila dari 
bapanya.. 
 
Peristiwa tragis ini berlaku pada hari Jumaat. maka hendak dijadikan cerita, 
seperti hari2 jumaat yg lain, Ali akan pergi ke masjid utk  menunaikan solat 
jumaat. sungguhpun dia ni gila..tapi dalam bab sembahyang dia tak pernah gila. 
Oleh itu kengkawan semua, contohilah sikap Ali ni, jgnlah miss solat. nnti kita 
lebih gila dari org yg gila. 
 
Setelah selesai solat, Ali pun macam biasa nak bali! k rumah dia. Puas 
dicarinya selipar buruk kesayangannya, tapi tak berjumpa jugak. Benganglah si 
Ali ni sebab selipar dia dah kena curi. Dengan tergesa2..Ali masuk balik ke 
dalam masjid dan terus menuju ke microfon. Apalagi...dia pun buat pengumuman 
dengan suara yg ala2 ganaz lagi brutal.. 
"Kepada sesiapa yg curik kasut aku, tolong pulang balik, kalau tak aku akan 
buat macam yg arwah bapak aku buat tahun lepas!!!!"
Maka takutlah orang kampung Pinang 18. Almaklumler...orang giler ni kalau nak 
mengamuk punyalah dahsyat. Kalau tak guna parang, mesti tak thrill.
 
Tetiba datanglah seorang budak dengan wajah yg pucat lagi takut menjinjing 
selipar buruk Ali. Sambil tersengih2 budak tu berkata... 
"Alaaa abang ni.. saya nak bergurau pun tak boleh.."
Ali menjegilkan biji matanya tanda geram sesangat kat budak tu. 
Lintang-pukanglah budak tu lari. 
 
Setelah dapat selipar buruknya..Ali pun bersiap2 utk meninggalkan masjid. Pak 
Imam yg dari tadi memerhatikan kelakuan Ali cuba mendekatinya. Dengan rasa 
takut.. Pak Imam pun bertanya... 
"Errrr...boleh aku tahu..apa yg arwah bapak ko buat bila dia tak dapat semuala 
selipar dia"
"Balik kaki ayamler..."jawab Ali dengan selamba rocknyerr..
 
Wassalam"

________________________________

Looking for last minute shopping deals? Find them fast with Yahoo! Search. 
<http://us.rd.yahoo.com/evt=51734/*http://tools.search.yahoo.com/newsearch/category.php?category=shopping>
  

 

Kirim email ke