Bagus ingat-mengingati (tazkirah) ni, tapi saya nak komen sikit tentang "mistake" yang kedua, iaitu:
> Mistake 2: Sticking the arms to the sides of the body, in rukoo' > or sujood, and sticking the belly to the thighs in sujood. > > > The Messenger of Allah (SAW) said: "Let not one of you support > himself on his forearms (in sujood) like the dog. Let him rest on \ > his palms and keep his elbows away from his body." (Sahih Muslim) . > The Messenger of Allah (SAW) used to keep his arms away from his > body during rukoo' and sujood that the whiteness of his armpits > could be seen (Sahih Muslim). Menurut apa yang saya belajar dulu (lama dulu... kalau salah minta diperbetulkan), yang dimaksudkan dengan larangan "sujud seperti anjing" (selain dpd perut rapat ke peha) itu ialah apabila sesorang rukuk dengan sikunya terletak di lantai (bukankah anjing duduk macam tu?). Kalau lelaki, lengan hendaklah direnggangkan sikit jika dalam saf. Jika sembahyang seorang, bolehlah kembangkan besar-besar. Kalau dalam saf, nanti terkena/tolak pula saudara di sebelah; itu lebih dilarang lagi. Satu kesilapan yang lebih besar, yang ramai Tok Guru selalu pesan dan sering menjadi kesilapan orang-orang (lelaki) kita ialah apabila sembahyang memakai kain pelikat, aurat terbuka ketika sujud. Apabila seseorang sujud dengan kaki direnggangkan, sebahagian kecil peha akan kelihatan dari belakang (kalau tak percaya boleh buat ujian). Jadi, saranan Tok-tok Guru ialah supaya pakai seluar panjang di dalam kain pelikat tu. Kalau tak pakai seluar panjang, maka terpaksalah di rapatkan tumit ketika sujud (tak eloklah bagi lelaki, kerana sunahnya ialah merenggangkan) Yang saya musykil tu, baju melayu biasanya dibuat/beli sepasang dengan seluar, tapi ramai orang tak pakai seluar tu, tapi pakai kain saja. Bukankan sukar untuk jaga aurat jika macam tu? Tapi, kesilapan yang paling besar ialah apabila kita rasa ilmu kita dah cukup dan tak mahu hadir ke majlis-majlis ilmu. Sembahyang ikut-ikut dan tiru-tiru saja. Wallahu-a'lam - TokMod
