salaam.. en zahid, biasala kat dalam internet ni kadang-kadang apa yang kita
sampaikan mungkin disalah ertikan oleh sesetengah orang. apa yang kita anggap
jenaka, orang lain anggap serius. bila kita serius, orang anggap jenaka pulak.
saya tak berminat nak belah mana-mana pihak atau nak masuk campur tapi kalau
saya ada kat tempat anda, saya lebih suka berdiam diri. saya pernah berada
dalam situasi spt anda dulu dan ada seorang yang back-up saya. katanya, memang
ada "alim ulamak" yang tak diiktiraf kat dalam dunia maya ni jadi,
berhati-hatila dalam mengeluarkan sesuatu artikel tu. kalau tak jenuh nak
bersoal-jawab ngan mereka. kalau nak berdebat gak, baik bersemuka kalau tak
buat penuh inbox aku je hehehe..
Re: Jenaka Bekas Menteri Posted by: "Mohd Zahid" [EMAIL PROTECTED]
zahid_1819 Fri Jan 11, 2008 11:45 pm (PST) Assalaamualaikum.
Memandangkan saya adalah orang yang memulakan jenaka bertajuk Jenaka Bekas
Menteri ini, saya rasa eloklah juga saya yang menyimpulkannya.
1. Perlu difahami, apa yang saya anggap jenaka bukanlah keaiban Bekas Menteri
Kesihatan itu, tetapi kenyataan yang dikeluarkannya selepas beberapa hari
melepaskan jawatan. Saya langsung tidak menyatakan apa-apa lawak tentang
perbuatan salah laku moral atau keaiban itu.
Beliau mengatakan bahawa kesilapan utama beliau sehingga membawa kepada
kejatuhannya adalah kerana beliau seorang yang sungguh komited dan sering turun
padang. Adakah ini dinamakan kesilapan?
Mengapa saya rasakan kenyataan itu satu jenaka, kerana bagi saya faktor
kejatuhan beliau adalah kesilapan akhlak atau moral beliau sendiri yang tidak
boleh diterima oleh rakyat Malaysia. Bukan kerana sikap beliau yang komited
dengan kerjanya sebagai Menteri Kesihatan. Beliau tidak langsung manyatakan
bahawa kesalahan moral beliau itu yang menjadi faktor kejatuhannya. Nampaknya
beliau masih belum sepenuhnya sedar akan kesalahannya itu di mata rakyat
Malaysia. Mungkin kalau di negara barat ia boleh diterima.
2. Tidak pernah sesekali dalam jenaka asal saya mempersoalkan kredibiliti
beliau sebagai seorang Menteri Kesihatan, mengapa pula Amani agak menyimpang
daripada tajuk asal dengan menyatakan ..sy tak pasti nak ukur mentalili dan
kredibiliti sseorng sebb takde standard antarabangsa dan for me dia sgt ok
buat kerja untuk LEVEL dia. Saya langsung tidak mengeluarkan apa-apa
pernyataan atau kritikan tentang kerja beliau.
3. Saya juga ingin menjawab apa yang Amani katakan Dari artikel tu saya just
reply tentang mentaliti seseorang yg cuba jadikan lawak atas musibah* org
lain. Maaf, sekali lagi Amani tidak memahami apa yang saya cuba sampaikan dari
awal, saya bukan menjadikan musibah beliau sebagai lawak, tapi kenyataannya itu
yang membuatkan saya berasa sungguh gelihati. Sepatutnya Amani lebih faham apa
yang saya kiaskan dalam Apabila sudah jatuh, batu dan kayu akan dicari untuk
dituding kesalahan, sedangkan tidak disedari kesilapan mata dan kaki sendiri.
Harap Amani boleh mencari apakah yang saya maksudkan dengan batu, kayu, mata
dan kaki.
4. Saya tak kisah apa pandangan Amani tentang beliau. Kalau Amani merupakan
penyokong setianya juga saya tidak mahu kisah, setiap orang berhak ada
pandangan masing-masing. Tetapi, jika Amani berkata naluri lelaki memng mcm
tu..sy pon mcm dia kot kalu jadi ahli politik,menteri , saya rasa Amani patut
beristighfar. Jangan halalkan dosa walaupun di peringkat mana kita berada.
Tidak pernah Allah menghalalkan sesuatu dosa besar hanya kerana seseorang itu
telah mendapat sesuatu pangkat dan kuasa. Yang ini saya tujukan pada mereka
yang seagama, jangan faham saya tuju pada menteri itu pula.
Saya rasa saya sudah jelaskan apa yang perlu dijelaskan. Harap jenaka yang tak
seberapa ini berhenti setakat ini, ya Tok Mod. Selamat tahun baru 1429H semua.
Wassalaam.
*Musibah ke? Ini juga satu jenaka bagi saya. :D
---------------------------------
Never miss a thing. Make Yahoo your homepage.