saya ingin menambah, satu perkara yang sering saya dan ramai orang lalai ialah
ketika sujud kesemua perut jejari kaki hendaklah dirapatkan kelantai dan
mengarah kekiblat, jika tidak dilakukan demikian sujud tersebut tidak sah
sekaligus mencacatkan solat kita (ada orang mengatakan solat tidak sah jika itu
berlaku).
sekian tk.
Tok Mod <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Bagus ingat-mengingati (tazkirah) ni, tapi saya nak komen sikit
tentang "mistake" yang kedua, iaitu:
> Mistake 2: Sticking the arms to the sides of the body, in rukoo'
> or sujood, and sticking the belly to the thighs in sujood.
>
>
> The Messenger of Allah (SAW) said: "Let not one of you support
> himself on his forearms (in sujood) like the dog. Let him rest on \
> his palms and keep his elbows away from his body." (Sahih Muslim) .
> The Messenger of Allah (SAW) used to keep his arms away from his
> body during rukoo' and sujood that the whiteness of his armpits
> could be seen (Sahih Muslim).
Menurut apa yang saya belajar dulu (lama dulu... kalau salah minta
diperbetulkan), yang dimaksudkan dengan larangan "sujud seperti
anjing" (selain dpd perut rapat ke peha) itu ialah apabila sesorang
rukuk dengan sikunya terletak di lantai (bukankah anjing duduk macam
tu?). Kalau lelaki, lengan hendaklah direnggangkan sikit jika dalam
saf. Jika sembahyang seorang, bolehlah kembangkan besar-besar. Kalau
dalam saf, nanti terkena/tolak pula saudara di sebelah; itu lebih
dilarang lagi.
Satu kesilapan yang lebih besar, yang ramai Tok Guru selalu pesan dan
sering menjadi kesilapan orang-orang (lelaki) kita ialah apabila
sembahyang memakai kain pelikat, aurat terbuka ketika sujud. Apabila
seseorang sujud dengan kaki direnggangkan, sebahagian kecil peha akan
kelihatan dari belakang (kalau tak percaya boleh buat ujian). Jadi,
saranan Tok-tok Guru ialah supaya pakai seluar panjang di dalam kain
pelikat tu. Kalau tak pakai seluar panjang, maka terpaksalah di
rapatkan tumit ketika sujud (tak eloklah bagi lelaki, kerana sunahnya
ialah merenggangkan)
Yang saya musykil tu, baju melayu biasanya dibuat/beli sepasang dengan
seluar, tapi ramai orang tak pakai seluar tu, tapi pakai kain saja.
Bukankan sukar untuk jaga aurat jika macam tu?
Tapi, kesilapan yang paling besar ialah apabila kita rasa ilmu kita
dah cukup dan tak mahu hadir ke majlis-majlis ilmu. Sembahyang
ikut-ikut dan tiru-tiru saja.
Wallahu-a'lam
- TokMod
Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com