Saya ingin meminta semua warga jenaka supaya berjaga-jaga dengan satu program 
internet seperti MLM yang berada di internet sekarang ini.Salah satunya adalah 
viewmalaysia yang menjalankan perniagaan perlancongan di dalam dan di luar 
negeri.program ini pada mulanya meminta anda membuat pendaftaran ke akaun B,di 
mana jika terdapat pelanggan yang membeli pakej pelancongan,mereka akan 
masukkan ke akaun anda tetapi anda tidak dapat untuk mendapatkan komisen 
tersebut jika anda tidak menukarkan ke akaun A. Komisen yang anda dapat adalah 
RM80 seorang jika anda dapat menjual pakej atau mencari orang bawahan.Untuk 
menukar ke akaun A anda diminta untuk membayar yuran pendaftaran RM150 yang 
kononnya bagi anda untuk menggunakan website mereka untuk promosi.
 
Saya sudah lama masuk ke program ini dan membayar yuran sebanyak RM150.Saya 
ingatkan dengan membayar yuran,saya akan dapat semua komisen yang terdapat di 
akaun B. Tetapi saya tidak dapat sebarang komisen. Akan tetapi ada satu 
perjanjian di mana jika saya tidak menjual sebarang pakej dalam masa 90 hari 
,yuran pendaftaran saya akan dikembalikan tetapi sudah 90 hari saya tidak 
menjual apa-apa pakej,sepatutnya pihak viewmalaysia pulangkan yuran saya tetapi 
mereka hanya senyap apabila saya memberi email kepada mereka.
 
Saya kesal dengan mereka yang tidak memulangkan yuran saya kerana pada masa itu 
saya menggunakan duit makan saya.mereka ini betul-betul makan duit haram dengan 
menganiaya duit orang awam.saya ingatkan sekarang mereka akan pulangkan yuran 
saya.
 
Saya pernah bertanya kepada mereka yang pernah convert ke akaun A dan rupanya 
ramai juga yang tertipu.Tujuan saya menghantar email ini supaya tiada yang 
tertipu dengan program ini lagi selepas ini.Berjaga-jaga dengan skim di dalam 
internet.Jangan jadi macam saya.
 
Ini saya berikan link untuk ke website penipu tersebut dan lihatlah bagaimana 
mereka mempromosi pernigaan kotor mereka.Saya berikan alamat office mereka  dan 
saya berharap sangat kalau ada sesiapa yang tau di mana tempat ini,tolonglah 
email pada saya.saya ingin pastikan office mereka betul2 wujud.Terima kasih.
 
>>>Viewmalaysia.com<<<<
alamat office :Company Name : XCAT TECHNOLOGYRegistration No : SA0008677-VOwner 
: ZULHELMY BIN ZAKARIAAccount Name : ZULHELMY BIN ZAKARIARegistration Address : 
213, Sri Anggerik, Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor
 
Website Registration Name : www.viewmalaysia.comRegistered Since : 
07-08-2001Registration Address : 1-1 Regalia Business Park Subang Mewah, Subang 
Jaya, 54000 Selangor, Malaysia.
alam mesra:Nurulazwa Bt. AzriMobile Manager Mymode
 
 
_________________________________________________________________
Get your free suite of Windows Live services today!
http://www.get.live.com/wl/all

Kirim email ke