Aduus...... [#-o] [#-o] [#-o] Nak balas atau tidak ... nak balas atau tidak... ? Kalau balas kang... orang kata Tok Mod gila power rangers pulak... asyik2 dia saja yang tulis... mentang-mentangle dia punya egroup... (gitu le lebih-kurang) Kalau tak balas... tak tidur lena pulak memikirkannya...
Jawab sajelah... sebab memang tak ada apa-apa nak buat petang-petang ni... lagipun memang dah ada orang lain balas... Kalau le ada sorang Makcik Senah tu memang tak ada transport untuk mengundi, duduk pulak kat kampung yg boleh keluar-masuk dengan motorsikal saja... carilah minah rempit untuk bawak Makcik Senah tu.... Tak payah le dia bersusah-payah menjauhkan badannya daripada si Leman (nama samaran Mat Rempit berkenaan). Kalau si Leman tu kornar baring ke, atau wheelie ke... tak le kematu jari-jemari Makcik Senah memegang besi kat belakang seat motor si Leman tu. Itu pun kalau Motor si Leman tu ada besi pemegang kat belakang. Kalau si Zack (nama sebenar Zakiah, tapi nama glamer semasa merempit ialah Zack) yang bawak makcik Senah, boleh le makcik Senah membonceng dengan selesa. Harap-harap si Zack tu tak buat wheelie le pulak. Tapi yang lebih baik, carilah Kak Timah ke, Si Ropeah ke sapa ke yang tidak tergolong dalam golongan yang merempit... kerana merempit adalah amalan orang yg berfikiran sempit. - TokMod --- In [email protected], Azizah Mat Yusop <[EMAIL PROTECTED]> wrote: > > nak mencelah skit > > kalau dah terpaksa sbb tak de transport nak gi undi ...... > biasanya warga tua mak cik /nenek nih kalau naik motor dia org tak pegang pun pinggang mat rempit tu. > Biasanya dia org akan pegang besi kat hujung tempat duduk tu...duduk pun ada jarak skit dari badan mat rempit tu... > > lain lah kalau mat rempit tu bawak pompuan muda ... > > > ----- Original Message ---- > From: Tok Mod [EMAIL PROTECTED] > To: [email protected] > Sent: Friday, February 22, 2008 3:15:45 PM > Subject: [(jdk)] Re: Mat Rempit bawa pengundi warga emas > > Beberapa minggu lepas, dalam soal-jawab agama di radio Perak, ada orang tanya pasal perkara ini kepada Dato' Seri Mufti. Kemusykilannya ialah jika mat-mat rempit tu bawa warga tua yang bukan mahram, bagaimana? > > Saya tak berapa ingat jawapan penuh Dato' Mufti (saya punya RAM dah penuh, memory overflow ) tapi kata beliau tak boleh le. Walaupun mengundi (memilih pemimpin) itu wajib, tapi ada berbagai cara untuk bawa warga-warga tua ni. Matlamat tidak menghalalkan cara. > > Tapi itu yg saya faham jika bawa dengan motorsikal le... kalau bawak kereta, van, bas lori atau kereta sorong, tak timbul le masalah ni... sebab kalau mat rempit bawak motor mesti kornar baring punya. Nenek atau makcik yg membonceng tu mesti sampai kematu jari peluk mat rempit tu. > > Kalau bawak atuk atau pakcik, mat rempit tu pun tak nak kornar baring, nanti atuk/pakcik peluk rapat-rapat, lain pulak rasanya ... > > Itu tambahan pendapatan.. . eh silap... pendapat saya le... > > Allahu-a'lam. > > - TokMod > > >
