Melayumerujuk kepada mereka yang bertutur Bahasa Melayu dan mengamalkan adat 
resam orang Melayu. Perkataan Melayu mungkin berasal daripada nama sebuah anak 
sungai yang bernama Sungai Melayu di hulu Sungai Batang Hari, Sumatera. Di sana 
letaknya Kerajaan Melayu sekitar 1500 tahun dahulu sebelum atau semasa adanya 
Kerajaan Srivijaya. Sehubungan itu, dari segi etimologi, perkataan "Melayu" itu 
dikatakan berasal daripada perkataan Sanskrit "Malaya" yang bermaksud "bukit" 
ataupun tanah tinggi. [1] Ada juga sumber sejarah yang mengatakan bahawa 
perkataan "Melayu" berasal dari "Sungai Melayu" di Jambi. [1]
Etimologi
Istilah "Melayu" ditakrifkan oleh UNESCO pada tahun 1972 sebagai suku bangsa 
Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, dan Madagaskar. 
Bagaimanapun menurut Perlembagaan Malaysia, istilah "Melayu" hanya merujuk 
kepada seseorang yang berketurunan Melayu yang menganut agama Islam. Dengan 
kata yang lain, bukan semua orang yang berketurunan daripada nenek moyang 
Melayu adalah orang Melayu.
Istilah "Melayu" untuk merujuk kepada nama bangsa atau bahasa adalah suatu 
perkembangan yang agak baru dari segi sejarah, iaitu setelah adanya Kesultanan 
Melayu Melaka.[2] Walaupun demikian, tidaklah sehingga abad ke-17 bahawa 
istilah "Melayu" yang merujuk kepada bangsa semakin digunakan secara meluas. 
Sebelum itu, istilah "Melayu" hanya merujuk kepada keturunan raja Melayu dari 
Sumatera sahaja.[2]
Penggunaan istilah "Melayu" muncul buat pertama pada kira-kira 100-150 Masihi 
dalam karya Ptolemy, Geographike Sintaxis, yang menggunakan istilah 
"maleu-kolon". G. E. Gerini menganggap istilah itu berasal daripada perkataan 
Sanskrit, iaitu malayakom atau malaikurram, yang merujuk kepada Tanjung Kuantan 
di Semenanjung Malaysia. Sebaliknya, Roland Bradell menganggap tempat itu 
merujuk kepada Tanjung Penyabung.
Istilah Malaya dvipa muncul dalam kitab Purana, sebuah kitab Hindu purba, yang 
ditulis sebelum zaman Gautama Buddha sehingga 500 Masihi. Dvipa bermaksud 
"tanah yang dikelilingi air" dan berdasarkan maklumat-maklumat yang lain dalam 
kitab itu, para pengkaji beranggapan bahawa Malaya dvipa ialah Pulau Sumatera.
Istilah "Mo-lo-yu" juga dicatat dalam buku catatan perjalanan pengembara Cina 
pada sekitar tahun 644-645 Masihi semasa zaman Dinasti Tang. Para pengkaji 
bersependapat bahawa perkataan "Mo-lo-yo" yang dimaksudkan itu ialah kerajaan 
yang terletak di Jambi di Pulau Sumatera, serta juga Sriwijaya yang terletak di 
daerah Palembang.[2]
Masalah dalam penakrifan orang Melayu
Penakrifan orang Melayu merupakan satu pekerjaan yang sukar. Sekiranya menurut 
penakrifan orang Melayu sebagai orang yang bertutur dalam Bahasa Melayu, 
penakrifan ini merangkumi kebanyakan orang di Malaysia, Indonesia, dan 
sebahagian daripada negeri Thai dan Filipina. Tetapi, apa yang menjadi 
masalahnya, di Indonesia orang Melayu hanya merupakan salah satu daripada 
beratus-ratus kaum/suku di negara itu. Lebih-lebih lagi, warga Indonesia lebih 
suka mengenali diri mereka sebagai orang Indonesia dan mengenali bahasa mereka 
sebagai bahasa Indonesia. Walaupun demikian, secara amnya terdapat dua jenis 
penakrifan untuk menentukan sama ada seseorang itu orang Melayu. Iaitu:
        * Penakrifan undang-undang 
        * Penakrifan antropologi 
Penakrifan undang-undang
Di negara Malaysia, orang Melayu didefinisikan menurut perlembagaan dalam 
pekara 160(2). Menurut perkara ini, orang Melayu ditakrifkan sebagai [3]:
        1. Seorang yang beragama Islam 
        2. Bertutur bahasa Melayu 
        3. Mengamalkan adat istiadat Melayu 
        4. Lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan atau di Singapura 
atau pada hari merdeka, dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura. 
Takrifan undang-undang ini adalah ditetapkan demi keperluan politik di negara 
Malaysia. Maka dengan itu, ia adalah tidak menepati hakikat di mana sebenarnya 
terdapat juga orang Melayu yang bermastautin di luar Persekutuan Malaysia. 
Contohnya di selatan Thailand terdapat juga kelompok manusia yang bertutur 
dalam Bahasa Melayu dan mengamalkan budaya orang Melayu.
Penakrifan antropologi
Menurut Syed Husin Ali yang merupakan ahli antropologi di negara Malaysia, 
orang Melayu itu dari segi zahirnya, lazimnya berkulit sawo matang, berbadan 
sederhana besar serta tegap dan selalu berlemah lembut serta berbudi bahasa. 
[4] Dari segi etnologi, Melayu bermakna kelompok masyarakat yang mengamalkan 
sistem kemasyarakatan dwisisi dan kegenerasian yang termasuk dalam bangsa 
Mongoloid [5]
Asal usul bangsa Melayu
Asal usul bangsa Melayu merupakan sesuatu yang sukar ditentukan. Walaupun 
terdapat beberapa kajian dilakukan untuk menjelaskan perkara ini, tetapi kata 
sepakat antara para sarjana belum dicapai. Secara amnya terdapat 2 teori 
mengenai asal-usul bangsa Melayu iaitu:
        * Bangsa Melayu Berasal daripada Yunnan(Teori Yunnan) 
        * Bangsa Melayu Berasal daripada Nusantara(Teori Nusantara) 
Selain itu ada juga pendapat yang mengusulkan bahawa orang Minangkabau itu 
berasal daripada pengikut Nabi Nuh, iaitu bangsa Ark yang mendarat di muara 
Sungai Jambi dan Palembang, semasa banjir besar berlaku di bumi. Tetapi 
pendapat ini masih belum mendapat bukti yang kukuh.
Teori ini disokong oleh beberapa sarjana seperti R.H Geldern, J.H.C Kern, J.R 
Foster, J.R Logen, Slametmuljana dan juga Asmah Haji Omar. Secara 
keseluruhannya, alasan-alasan yang menyokong teori ini adalah seperti berikut:
        1. Kapak Tua yang mirip kepada Kapak Tua di Asia Tengah ditemui di 
Kepulauan Melayu. Perkara ini menunjukkan adanya migrasi penduduk daripada Asia 
Tengah ke Kepulauan Melayu. 
        2. Adat resam bangsa Melayu mirip kepada suku Naga di daerah Assam 
(Berhampiran dengan sempadan India dengan Myanmar). 
        3. Bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa di Kemboja. Dengan lebih 
lanjut lagi, penduduk di Kemboja mungkin berasal daripada dataran Yunnan dengan 
menyusuri Sungai Mekong. Perhubungan bangsa Melayu dengan bangsa Kemboja 
sekaligus menandakan pertaliannya dengan dataran Yunan. 
Teori ini merupakan teori yang popular yakni diterima umum. Contohnya, dalam 
buku Teks Pengajian Malaysia, [6] adapun menyatakan "nenek moyang" orang Melayu 
itu berasal daripada Yunan.
Berdasarkan Teori ini, dikatakan orang Melayu datang dari Yunnan ke Kepulauan 
Melayu menerusi tiga gelombang yang utama, yang ditandai dengan perpindahan 
Orang Negrito, Melayu Proto, dan juga Melayu Deutro. Berikut adalah huraiannya.
Orang Negrito
Orang Negrito merupakan penduduk paling awal di Kepulauan Melayu. Mereka 
diperkirakan ada di sini sejak 1000 SM berdasarkan penerokaan arkeologi di Gua 
Cha, Kelantan. Daripada orang Negrito telah diperturunkan orang Semang yang 
mempunyai ciri-ciri fizikal berkulit gelap, berambut kerinting, bermata bundar, 
berhidung lebar, berbibir penuh, serta saiz badan yang pendek.
Melayu Proto
Perpindahan orang Melayu Proto ke Kepulauan Melayu diperkirakan berlaku pada 
2,500 SM. Mereka mempunyai peradaban yang lebih maju daripada orang Negrito, 
ditandai dengan kemahiran bercucuk tanam.Terdapat satu lagi persamaan antara 
Melayu Proto dimana dikenali sebagai Melayu Negosiddek dimana kebanyakan 
terdapat disebuah pulau yang dikenali sebagai pinang.Melayu Negosiddek ini 
mahir dalam bidang lautan tetapi tidak pandai berenang.
Melayu Deutro
Perpindahan orang Melayu Deutro merupakan gelombang perpindahan orang Melayu 
kuno yang kedua yang berlaku pada 1,500 SM. Mereka merupakan manusia yang hidup 
di pantai dan mempunyai kemahiran berlayar.
Teori Nusantara
Teori ini didukung oleh sarjana-sarjana seperti J.Crawfurd, K.Himly, Sutan 
Takdir Alisjahbana dan juga Gorys Keraf. Teori ini adalah disokong dengan 
alasan-alasan seperti di bawah:
        1. Bangsa Melayu dan bangsa Jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada 
abad kesembilan belas. Taraf ini hanya dapat dicapai setelah perkembangan 
budaya yang lama. Perkara ini menunjukkan orang Melayu tidak berasal dari 
mana-mana, tetapi berasal dan berkembang di Nusantara. 
        2. K.Himly tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa 
Bahasa Melayu serumpun dengan Bahasa Champa (Kemboja). Baginya, persamaan yang 
berlaku di kedua-dua bahasa adalah satu fenomena "ambilan" 
        3. Manusia kuno Homo Soloinensis dan Homo Wajakensis terdapat di Pulau 
Jawa. Penemuan manusia kuno ini di Pulau Jawa menunjukkan adanya kemungkinan 
orang Melayu itu keturunan daripada manusia kuno tersebut yakni berasal 
daripada Jawa dan mewujudkan tamadun bersendirian. 
        4. Bahasa di Nusantara (Bahasa Austronesia) mempunyai perbezaan yang 
ketara dengan bahasa di Asia Tengah (Bahasa Indo-Eropah). 
Teori ini merupakan teori yang kurang popular khususnya di negara Malaysia


      
____________________________________________________________________________________
Be a better friend, newshound, and 
know-it-all with Yahoo! Mobile.  Try it now.  
http://mobile.yahoo.com/;_ylt=Ahu06i62sR8HDtDypao8Wcj9tAcJ

Kirim email ke