Posted by: "{Me, Myself & I}" [EMAIL PROTECTED] nuri2608
FAKTA 1: Puteri Gunung Ledang
Setelah dikajiselidik melalui sebuah perkuburan yang terdapat dipinggir
Gunung Ledang, terdapat kesan-kesan peninggalan dan bukti yang menunjukkan
mayat di dalam kubur tersebut ialah Puteri Gunung Ledang. Di sebelah bawah
badan mayat tersebut terdapat secalik kertas dan setelah diselidik ia
sebenarnya Kad Pengenalan Puteri Gunung Ledang. Nama sebenar Puteri Gunung
Ledang yang tertera didalam IC itu ialah Tiara Jeaquelina bin Abdullah.
FAKTA 2: Batu Bersurat Terengganu
Mengikut sejarah, ada seorang hamba sultan Terengganu telah dipancung kerana
telah melakukan kesalahan. Namun tidak diberitahu apa kesalahannya. Di atas
kajiselidik kami, hamba yang dihukum bunuh itu sebenarnya ialah seorang yang
bekerja sebagai posmen tetapi tidak mahu menghantar surat-surat baginda
kemudian posmen itu melonggokkan surat dirumahnya. Pulis telah menemui 1,290
pucuk batu bersurat di rumah posmen tersebut. Alasan posmen itu ialah macammana
dia nak angkat batu-batu bersurat tu naik basikal untuk dihantar ke penerimanya.
FAKTA 3: Keris Taming Sari
Ramai yang mengatakan bahawa keris taming sari telah hilang dan tidak
dijumpai sehingga kini. Namun kami telah menemuinya di salah satu kawasan di
pendalaman Melaka. Setelah berbulan-bulan mengadakan ekspedisi mencari keris
taming sari barulah kami menemui motor Kris yang ditunggang oleh pakcik Taming
yang sedang memakai Sari.
FAKTA 4: Bangunan WTC Runtuh di New York
Sebenarnya bangunan ini dapat diselamatkan dari runtuh namun fakta kami
sangat jelas kenapa sebenarnya ia runtuh. Persoalan kenapa bangunan ini runtuh
terjawab kerana Superman pada masa tu spender dia basah lalu malu untuk dia
keluar tanpa spender dia, Batman pula takleh keluar siang sebab kelawar tidur
waktu siang. Spiderman pulak hari tu mengalami kincit perut dan terberak-berak
kerana tertelan sarang labah-labah. Manakala Kapten Amerika pada hari tu sedang
menghadiri majlis penerimaan pangkat sebagai Kapten. Hulk dan wolverine pula
tengah menghadiri interview sebagai pelayan hotel dan last sekali catwomen
tengah jahit kostumnya yang koyak. Ini semuanya fakta kenapa bangunan tu runtuh
kerana superhero amerika mengalami masalah.
FAKTA 5: Taliban
TalibanTaliban Sebelum Amerika ingin menyerang Afghanistan, sebenarnya mereka
ingin menyerang Malaysia terlebih dahulu kerana pada sangkaan mereka Malaysia
ialah pusat pentadbiran Taliban yang diketuai Osama Laden. Namun akhirnya
mereka malu pada tahap baboon kerana taliban yang mereka sangkakan itu
sebenarnya ialah sebuah syarikat telekomunikasi yang bernama Talikom Malaysia
Berhad.
FAKTA 6: Karam Sinkh Walia
Sebenarnya takda apa-apa yang berkaitan dengan dia. Saja je aku nak tulis
nama dia. Kui...kui... kui...kui. ..kono... kono..
---------------------------------
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it now.